Limbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Limbang merupakan sebuah bahagian dan juga ibu kota bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Sarawak ini terletak di sebelah utara, dan mempunyai kawasan seluas 3,978.1 kilometer persegi dan jumlah penduduk 42,600 orang (banci tahun 2000). Anehnya Bandar Limbang diapit oleh Brunei Muara dan Temburong. Bahagiah luar pantai banyak petroleum dan gas. Bagi meneroka petonsi itu, Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei telah diadakan.

Tuntutan Brunei[sunting | sunting sumber]

Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, Brunei terbahagi dua, dipisahkan oleh Limbang. Sejak itu dikatakan Brunei menuntut wilayah Limbang daripada Malaysia.[1]

Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei rupa-rupanya menyebabkan Malaysia kehilangan medan minyak Blok L dan Blok M yang terletak di luar pantai Limbang / Brunei. Berikutan itu Petronas menamatkan usaha carigali dengan syarikat Murphy Oil Corp dari Amerika Syarikat kerana ia bukan lagi milik Malaysia.

Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 menetapkan bahawa kawasan luar pantai Brunei itu milik Brunei. Kawasan itu yang selama ini bertindih sempadan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia. [2]

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  • Muzium Wilayah Limbang terletak di sebuah kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke pada 1897. Muzium yang telah dibuka pada 1994 ini mempamerkan sejarah dan kebudayaan rakyat di wilayah ini seperti alat buluh, cara pembuatan garam, seni manik, pakaian daripada kulit kayu, barangan logam, bakul dan sebagainya.

Bukit Mas terletak berhampiran dengan Muzium Wilayah Limbang tempat ini merupakan tempat menarik untuk dikunjungi. Bukit Mas adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga, rakan taulan mahupun bersendirian. Tempat ini mempunyai pemandangan sejuk mata memandang. Terdapat trek menaiki puncak Bukit Mas. Biasanya sempena Hari Bukit Mas pertandingan naik ke puncak Bukit Mas akan diadakan.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006-2011 bagi kawasan pilihan raya N. 68 Bukit Kota Limbang ialah Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Bin Haji Ismail. Beliau bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]