Limbungan Kapal Philadelphia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Armada simpanan di Philadelphia pada tahun 1955.

Limbungan Kapal Tentera Laut Philadelphia ( Philadelphia Naval Shipyard ), dahulunya dikenali sebagai Limbungan Tentera Laut, merupakan limbungan kapal tentera laut pertama bagi Amerika Syarikat. Ia ditutup secara rasmi pada 30 September, 1995, walaupun pelbagai projek masih diteruskan pada 2003.

Limbungan kapal itu terletak di Pulau League di Sungai Delaware di Philadelphia, Pennsylvania, dan pada asalnya didirikan oleh tentera laut Amerika Syarikat pada tahun 1801.

Kilang kapal terbang tentera laut telah ditubuhkan di sini pada tahun 1917.

Tempoh kemuncaknya adalah ketika Perang Dunia II, apabila limbungan tersebut menggajikan 40,000 orang dalam pembinaan 53 kapal dan memperbaiki 574 yang lain.

Selepas perang, tenaga kerja merosot kepada 12,000, dan pada tahun 1960s kapal baru mulai di kontrak kepada syarikat swasta. Kapal baru terakhir dibina adalah kapal pemerintah USS Blue Ridge, pada tahun 1970.

Penutupan limbungan tersebut pada asalnya dicadangkan pada 1991 oleh Jawatankuasa Penutupan Pengkalan Pertahanan dan Penyelarasan ( Defense Base Closure and Realignment Commission ), sebagai pengakuan mengenai keperluan menurun akibat berakhirnya Perang Dingin, tetapi dengan kemungkinan kehilangan 7,000 kerja mengakibatkan campurtangan Senator Arlen Specter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]