Lingkaran api Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lingkaran Api Pasifik

Lingkaran Api Pasifik (bahasa Inggeris: Ring of Fire) merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 km. Kawasan ini juga sering disebut sebagai plat gempa Pasifik.

Hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api ini. Daerah gempa berikutnya (5–6% dari seluruh gempa dan 17% dari gempa terbesar) adalah plat Alpide yang merentangi dari Jawa ke Sumatera, Himalaya, Mediterranean hingga ke Atlantik. Berikutnya adalah Rabung Tengah Atlantik. [1] [2].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]