Liow Tiong Lai
| Yang Berhormat Datuk Seri Liow Tiong Lai |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 18 Mac 2008 – 3 April 2013 |
|
| Didahului oleh | Datuk Seri Chua Soi Lek |
|---|---|
| Digantikan oleh | Datuk Seri S. Subramaniam |
|
|
|
| Tempoh berjawat 1999 – kini |
|
| Majoriti | 379 (PRU-13) |
|
|
|
| Parti politik | |
| Pasangan | Lee Sun Loo李善如 |
| Anak | 3 |
| Pekerjaan | Pakar pemakanan |
| Agama | Buddha |
| Laman web | http://www.liowtionglai.com/ |
Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan Menteri Kesihatan Malaysia (2008-2013 ) serta ahli parlimen Bentong (1999-kini). Dia juga merupakan pengerusi bagi Pemuda MCA sejak 2005. Dalam pemilihan MCA pada Mac 2010, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.
Isi kandungan |
Pendidikan [sunting]
Beliau telah dilahirkan di Melaka. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Nutrisi. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dengan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).
Politik [sunting]
Beliau menyertai MCA mulai tahun 1981. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi Parlimen Bentong mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti sebanyak 12,549.
Kontroversi [sunting]
Hadiah kereta dari Axis Construction [sunting]
Berdasarkan sebuah artikel 'To The Health Minister YB Dato Liow' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today pada 14 Oktober 2009, mendakwa isteri Liow, Lee Su Loo dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari. Berikutan daripada itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pada 19 Oktober 2009 membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul.[1] Bagaimanapun laporan ini belum terbukti benar dan masih dalam siasatan.
Plet WWW 15 [sunting]
Pada Mei 2012, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa bidaan RM24,200 untuk nombor "WWW 15" itu adalah untuk kenderaan rasmi menteri .Sebaliknya akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily memetik kenyataan seorang pegawai kementerian menjelaskan bahawa tiada peruntukan ditetapkan kepada menteri untuk membida nombor pendaftaran bagi kenderaan rasmi mereka. Namun bekas Naib Presiden MCA, Datuk Fong Chan Onn mendedahkan bahawa tiada harga siling ditetapkan untuk nombor pendaftaran tersebut kerana ia disediakan secara percuma oleh kerajaan. Setiap menteri diperuntukkan satu nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi mereka.[2][3]
Pautan luar [sunting]
Rujukan [sunting]
| Penyandang Terdahulu | Menteri Kesihatan 2008 – 2013 |
Penyandang Kemudian |
| Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek | Datuk Seri S. Subramaniam |