Lira Turki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lira Turki
Türk lirası (Turki)
Duit kertas dan syiling TRY
ISO 4217
KodTRY
Jenis mata wang
Subunit
 1/100Kuruş
SimbolTL
Wang kertas
 Kerap digunakan5, 10, 20, 50, 100
 Jarang digunakan200
Syiling
 Kerap digunakan
5, 10, 25, 50 kuruş, 1 lira
 Jarang digunakan
1 kuruş
Demografi
Pengguna
 Turki
Republik Turki Cyprus Utara Republik Turki Cyprus Utara
Pengeluaran
Bank Pusat Republik Turki
 Tapak web
www.tcmb.gov.tr
Pihak pencetak
CBRT Banknote Printer
 Tapak web
www.tcmb.gov.tr
Penilaian
Inflasi
6.13% (Turki, April 2009)
 Sumber[1] NTVMSNBC
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lira Turki ialah mata wang yang digunakan oleh Turki sejak dari 1 Januari 2005 (Lira Baru Turki) dan sebelum itu sejak 1844. Ia sama nilai dengan 1 juta Lira Turki yang lama (masih sah digunakan hingga akhir tahun 2005). Lira Baru Turki dibahagikan kepada 100 Kuruş Baru.

Spesifikasi mata wang[sunting | sunting sumber]

  • Simbol: YTL (Yeni Türk Lirası), Kod ISO 4217 untuk Lira Baru Turki ialah "TRY".
  • Duit kertas: 100, 50, 20, 10, 5 dan 1 YTL
  • Duit syiling: 1 YTL and 50, 25, 10, 5, dan 1 Kuruş Baru

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Akibat hiperinflasi yang dialami oleh Turki sejak dari dekad 1970-an sehingga dekad 1990-an, lira Turki mengalami susut nilai yang amat teruk. Dari 9 lira setiap dolar Amerika Syarikat pada puratanya pada akhir dekad 1960-an, nilainya susut sehingga lebih kurang 1.65 juta lira setiap dolar Amerika Syarikat pada akhir tahun 2001.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan menggelar masalah inflasi ini sebagai suatu "keaiban negara". Walaupun terdapat setakat pemulihan masalah inflasi itu, Parlimen Turki telah meluluskan sebuah undang-undang pada akhir bulan Disember 2004 yang membenarkan enam kosong dibuang daripada nilai mata wangnya, serta penciptaan lira Turki yang baru.

Kadar pertukaran mata wang pada 1 Januari 2005 adalah seperti yang berikut:

  • USD 1.00 = TRL 1,325,700.00 = TRY 1.3257
  • EUR 1.00 = TRL 1,798,179.00 = TRY 1.79818
  • TRY 1.00 = USD 0.75432
  • TRY 1.00 = EUR 0.55612

Pengenalan Lira Turki Baru diiringi oleh dua wang kertas yang baru yang tiada padanan dalam sistem lama, iaitu YTL100 dan YTL50.

Pada masa dahulu, negara-negara yang lain juga pernah menilai semula mata wang mereka. Satu kes yang serupa ialah Nuevo Sol (matahari baru), mata wang Peru, yang menggantikan sejuta Inti (matahari dalam bahasa Quechua) pada tahun 1991; Inti pada dirinya menggantikan Sol de Oro (matahari emas) pada tahun 1985 dengan kadar 100-1. Argentina telah menggantikan banyak versi pesonya sejak dari awal tahun 1970. Lagi satu kes ialah India yang telah menilai semula rupeenya yang ditetapkan pada sistem Paun Sterling kepada nilai yang mendasarkan piawai emas pada tahun 1966, dengan penggunaan duit syiling lama dihentikan secara berperingkat-peringkat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]