Litosfera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Plat tektonik litosfera Bumi

Litosfera (Bahasa Yunani:λίθος lithos untuk "berbatu" dan σφαῖρα sphaira untuk "sfera") merujuk kepada permukaan yang paling tegar[1] permukaan sesuatu planet. Pada permukaan bumi, litosfera merujuk kepada kerak dan bahagian atas mantel yang bersifat elastik berdasarkan skala ribuan tahun atau lebih. Dalam teks kini dan kajian sains sistem bumi, geosfera merujuk kepada bahagian pejal Bumi dan digunakan bersama dengan atmosfera, hidrosfera dan biosfera dalam menerangkan sistem bumi. Dalam konteks tersebut, kadang-kala terma geosfera digantikan dengan litosfera. Namun begitu, litosfera hanya merujuk kepada permukaan paling atas lapisan pepejal Bumi (lautan dan kerak benua dan mantel atas).[2]

Litosfera bumi[sunting | sunting sumber]

Litosfera bumi termasuk kerak dan lapisan mantel atas, yang merupakan permukaan keras teratas Bumi. Litosfera dilapisi astenosfera, lapisan nipis yang lebih panas dan lebih mendalam bahagian mantel atas. Sempadan antara litosfera dan astenosfera didefinisikan berdasarkan tindak balas terhadap tekanan: berdasarkan tempoh geologi, litosfera tetap tegar untuk jangka masa yang lama melalui perubahan elastik dan kerapuhan manakala astenosfera mengalami perubahan likat melalui perubahan plastik. Litosfera terbahagi kepada lapisan plat tektonik. Lapisan teratas litosfera mengalami tindak balas kimia dengan atmosfera bumi, hidrosfera dan biosfera melalui proses penghasilan tanah yang dikenali sebagai pedosfera.

Konsep litosfera Bumi dihasilkan oleh Joseph Barrell, yang telah menulis suatu siri kajian untuk memperkenalkan konsepnya.[3][4][5][6] Konsep ini berdasarkan kehadiran anomali graviti yang ketara sepanjang kerak benua, yang beliau menyimpulkannya sebagai kewujudan lapisan atasan kuat (yang dirujuk sebagai litosfera) di atas lapisan lemah yang mampu mengali (yang dirujuk sebagai astenosfera)


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Skinner, B.J. & Porter, S.C.: Physical Geology, page 17, chapt. The Earth: Inside and Out, 1987, John Wiley & Sons, ISBN 0-471-05668-5
  2. Allaby,A. and Allaby, M. (eds). 2003. The Dictionary of Earth Sciences. Oxford University Press. Oxford University Press Inc., New York. 2nd edition. pg. 320.
  3. Barrell, J (1914). "The strength of the Earth's crust". Journal of Geology 22 (4): 289–314. Bibcode 1914JG.....22..289B. doi:10.1086/622155. JSTOR 30056401. 
  4. Barrell, J (1914). "The strength of the Earth's crust". Journal of Geology 22 (5): 441–468. Bibcode 1914JG.....22..441B. doi:10.1086/622163. JSTOR 30067162. 
  5. Barrell, J (1914). "The strength of the Earth's crust". Journal of Geology 22 (7): 655–683. Bibcode 1914JG.....22..655B. doi:10.1086/622181. JSTOR 30060774. 
  6. Barrell, J (1914). "The strength of the Earth's crust". Journal of Geology 22 (6): 537–555. Bibcode 1914JG.....22..537B. doi:10.1086/622170. JSTOR 30067883.