Little Italy, Toronto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Little Italy
Kawasan kejiranan
Sempadan Anggaran Little Italy
Lokasi Little Italy di Toronto
Negara Bendera Kanada Kanada
Wilayah  Ontario
Bandar Toronto Toronto

Little Italy, kadangkala dirujukkan College Street West, adalah sebuah kawasan di Toronto, Ontario, Kanada. Ia sangat dikenali dengan berbilangan restoran dan bisnes Orang Itali Kanada. Ada juga suatu komuniti Latin Amerika dan Portugis di kawasan ini. Kawasan ini berpusat di keliling sebuah jalur restoran/bar/beli-belah di sepanjang College Street, pusat di mana persimpangan College Street dan Grace Street dan bersebelahan kawasan kediaman, tetapi menyebar di antara Bathurst Street dan Dufferin Street. Sempadan tepat kawasan ini tidak tepat. Kawasan selatannya College ke Dundas Street hampir selalu dianggap sebahagian Little Italy. Kawasan utara Harbord Avenue digelar Palmerston atau Bickford Park.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Royal Cinema

College Street telah secara penuh disusun di kawasan pada 1900 dan kawasan ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan dari awal 1900an. College Street dihadapankan dengan bangunan dua dan tiga tingkat, dengan kegunaan komersial di tingkat bawah dan kediaman atau kegunaan simpanan di tingkat-tingkat atas.

Dari Manning Avenue ke arah timur terhadap Shaw Street di barat, ada beberapa kedai kopi tepi jalan, termasuk Cafe Diplomatico, Bitondos Pizza, Bar Italia, Riviera Bakery, dan Sicilian Ice Cream. Dua kelab malam telah dibuka di blok di antara Shaw dan Crawford, dan ada sebuah plaza kecil dan pasar raya di bahagian selatan College di antara Shaw dan Crawford. Jalan curved di antara Grace dan Crawford disusunkan dengan tepi jalan yang lebih besar. Bahagian ini disusunkan kemudian untuk memangkahi Garrison Creek, yang ditanam bawah Crawford. Tepi jalan yang lebih luas telah membenarkan lebih patio kedai kopi luas di kawasan ini. Di Clinton, di bahagian utara, adalah pawagam repertori Royal, yang baru-baru ini direnovasikan dan mempunyai suatu sistem unjuran ditingkatkan oleh kerana ia digunakan untuk tujuan terbitan wayang sewaktu siang hari dan pawagam repertory pada waktu petang. Sementara unit komersial dikuasai oleh kedai kopi dan restoran, ada beberapa bisnes kecil lain mengkhidmat kawasan kejiranan.

Tepi jalan kebanyakannya rumah berasingan atau sebandung satu keluarga bermula pada awal 1900an zaman Edward, dengan anjung hadapan dan lot-lot lebih kecil, adatnya pada zaman itu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Orang Itali tiba di Toronto dalam bilangan besar sewaktu abad ke-20. Orang-orang Itali pertama kali menetap di sebuah kawasan yang kemudian digelar The Ward, dipusatkan di keliling University Avenue dan College Street. Pada 1920an, banyak orang Itali telah pindah ke baratnya Bathurst Street dan kawasan College-Clinton telah timbul sebagai Little Italy bandar utama. Rumah-rumah yang berkemampuan zaman Edward yang membariskan tepi jalan-jalan kawasan kejiranan ini telah dibawa oleh para pendatang Itali, banyak dari mereka yang mendapatkan pekerjaan di landasan kereta api dan pembinaan jalan. Orang Itali bermula perniagaan di dan di keliling College Street.

Stesen radio pelbagai budaya di Kanada adalah CHIN, dilancarkan pada 1966 oleh Johnny Lombardi, dan disiarkan dari studio-studio di bahagian selatan College di antara Grace dan Clinton, di tingkat kedua pasar raya Lombardi di 637 College Street. Lombardi pertama membeli waktu siaran di stesen-stesen radio bahasa Inggeris sebelum menubuhkan CHIN Radio yang berbahasa Itali. Studio ini, banyaknya dipanjangkan, kini terletak di 622 College Street, dan bahagian jalan itu telah secara rasmi diberikan nama samaran Johnny Lombardi Way oleh City of Toronto; sebuah plak bersejarah dipasangkan di hujung barat daya College dan Grace Street. Lombardi meninggal dunia pada 2002 dan CHIN kini dijalankan oleh anak lelakinya, menyiarkan dalam 30 bahasa.

Kawasan ini lebih pelbagai etnik hari ini. Orang Itali Kanada yang lahir sewaktu perledakan bayi Selepas Perang Dunia II dan pendatang Itali dari 1960an terus lebih menetap di kawasan kejiranan Corso Italia di keliling St. Clair Avenue dan Dufferin Street dan di subbandar-subbandar Toronto. Kini ada ketumpuan lanjut orang Itali Kanada di Downsview di Toronto; Woodbridge dan Maple di Vaughan; Richmond Hill, dan Mississauga.

Little Italy juga menjadi semakin masyhur dengan orang-orang muda oleh kerana kehidupan malamnya yang vibrant dan its proximity dengan teras pusat bandar. Sejak 1980an, banyak orang profesional telah membeli rumah di kawasan kejiranan ini.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Toronto District School Board menguruskan sekolah awam sekular bahasa Inggeris.

Dewson Street Junior Public School adalah sebuah sekolah rendah awam, terletak di 65 Concord Avenue, berhampiran dengan persimpangan Ossington Avenue dan College Street. Sekolah ini dibina pertama kali pada 1884 dengan pendaftaran 76 pelajar. Bangunan asal terdiri dari sebuah tingkat bawah tanah dan empat bilik di dua tingkat. Ia dibina di tanah yang terdahulunya sebahagian dari Village of Dovercourt, ditambahkan pada City pada 1910. Pada 1965, Board of Education (Lembaga Pendidikan) berkeputusan untuk mengganti bangunan lama, yang, selepas suatu turutan penambahan, terdiri dari 23 bilik kelas, 4 tadika, bilik permainan dan pejabat. Pada September 1968 sebuah bangunan sekolah tiga tingkat dibina. Sebuah taman permainan dibuka pada musim gugur 2002.

Tanda tempat[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • De Kerck, Denis; Paina, Corrado, ed (2006). College Street, Little Italy: Toronto's Renaissance Strip. Toronto, Ontario: Mansfield Press. ISBN 1894469275. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 43°39′18″U 79°24′47″B / 43.655°U 79.413°B / 43.655; -79.413