Liverpool

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liverpool
Metropolitan borough & City
The three graces of Liverpool's waterfront: the Royal Liver Building, the Cunard Building and the Port of Liverpool Building. Visible in the background is Liverpool's Anglican Cathedral.
Location within England
Koordinat: 53°24′U 2°59′B / 53.4°U 2.983°B / 53.4; -2.983
Sovereign state United Kingdom
Constituent country England
Region North West England
Ceremonial county Merseyside
Admin HQ Liverpool City Centre
Founded 1207
City Status 1880
Kerajaan
 • Jenis Metropolitan borough, City
 • Governing body Liverpool City Council
Keluasan
 • Metropolitan borough & City 43.18 sq mi (111.84 km2)
Ketinggian 230 ft (70 m)
Populasi (2007 est / Urban=2006)
 • Metropolitan borough & City 434,900 (Ranked ke-9)
 • Kepadatan 12,950/sq mi (5,001/km2)
 • Bandar 816,900
 • Metro 1,103,089
 • Ethnicity
(2005 Estimate)[1]
91.9% White
2.2% Chinese and other
2.1% Asian or Asian British
1.9% Mixed Race
1.9% Black or Black British
Zon waktu Greenwich Mean Time (UTC+0)
 • Musim panas (DST) British Summer Time (UTC+1)
Postal Code L postcode area
Kod kawasan 0151
ISO 3166-2 GB-LIV
ONS code 00BY
OS grid reference SJ437905
NUTS 3 UKD52
Demonym Scouser/Liverpudlian

Liverpool (disebut /ˈlɪvəpuːl/) adalah sebuah bandar raya di bahagian Barat Laut England, dibangunkan di sebelah tebing Timur Muara Sungai Mersey. Liverpool adalah sebahagian daripada kawasan yang dipanggil Merseyside.

Liverpool dibangunkan di kawasan berbukit rendah, dengan kawasan Bukit Everton setinggi 70 meter sebagai kawasn palingtinggi. Pembangunan Liverpool berterusan sehingga Bootle and Crosby dalam daerah Sefton di sebelah utara, dan sehingga kawasan Huyton dan prescot dalam daerah Knowsley di sebelah Timur. Liverpool bertentang Wallasey dan Birkenhead di seberang Sungai Mersey di sebelah Barat. Pusat bandar Liverpool adalah kiria-kira 8 kilometer daripada Teluk Liverpool dan Laut Ireland.

Liverpool ditadbir oleh Majlis Bandaraya Liverpool, satu dari 5 buah Majlis Berkuasa Tempatan dalam Wilayah Metropolitan Merseyside. Liverpool adalah antara bandar utama di England dan mempunyai bilangan penduduk kelima paling ramai. Bilangan penduduk di Liverpool adalah 441,477 dalam tahun 2002, dan untuk kornubasi Merseyside, bilangan penduduk adalah 1,362,026

Penduduk Liverpool dipanggil Liverpudlians dan diberikan gelaran "Scousers", jolokan kepada 'scouse', makanan jenis stew. Scouse kini lebih dikaitkan dengan aksen ataupun pelat percakapan orang-orang Liverpool. Anda perlu hanya dengan Jamie Carragher bercakap untuk mengenal aksen "Scouse". Orang Liverpool juga terkenal kerana suka berjenaka (Scouse humour).

Pada akhir kurun ke-19, Liverpool megah dengan gelaran "Pelabuhan Kedua Empayar British" (Second Port of the Empire) kerana mengendalikan jumlah kargo paling banyak; hanya pelabuhan London sahaja yang mengendalikan lebih banyak. Liverpool juga menjadi pusat perindutrian, tetapi dalam kurun ke-20, Liverpool kehilangan asas perindustriannya dan kuasa ekonominya merosot. Kini Liverpool antara kawasan pasling daif di Britain.

Liverpool terkenal sebagai pusat budaya, khususnya kaitannya dengan muzik pop; Liverpool adalah tempat di mana lahirnya The Beatles, Cilla Black dan Gerry and The Pacemakers. Dalam tahun 2008, Liverpool akan ditabal menjadi Ibu Negeri (Bandaraya) Budaya Eropah (European Capital of Culture).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Piagam King John tahun 1207 mewujudkan Perbandaran Liverpool (Borough of Liverpool). Pada pertengahan kurun ke-16, jumlah penduduk Liverpool hanya sekitar 500 orang. Dalam kurun ke-17, pembangunan kawasan dan perdagangan agak lembab, dan bilangan penduduk tidak banyak bertambah. Semasa Perang Saudara Inggeris, beberapa pertempuran berlaku sekitar Liverpool, termasuk pengepungan selama 18 hari.

"Anak Watan Liverpool", The Beatles.

Pada tahun 1699, Liverpool dijadikan kariah (parish) melalui satu Akta Parlimen. Pada tahun yang sama, kapal abdi yang pertama, Liverpool Merchant, berlepas ke Afrika. Bila perdagangan antara Hindia Barat dan Eropah berkembang, Liverpool menjadi makmur. Dok basah pertama dibina dalam tahun 1715. Keuntungan besar daripada perniagaan hamba abdi menyumbang kepada perkembangan pesat Liverpool. Pada penghujung kurun ke-18, Liverpool menguasai 80% daripada perniagaan hamba abdi Britain dan 40% perniagaan hamba abdi di Eropah. Trivia : Penny Lane, seperti diabadikan dalam lagu The Beatles dinamakan sempena James Penny, seorang pedagang hamba abdi. [1]

Pada awal kurun ke-19, 40% daripada perdagangan dunia dikendalikan melalui Liverpool; kemewahan ini digambarkan dengan pembangunan bangunan besar dan idnah. Dalam tahun 1830, Liverpool dan Manchester menjadi bandar pertama mempunyai hubungan keretapi antara bandar. Jumlah penduduk terus meningkat. Pendatang Ireland dengan ramai dalam tahun 1840-an berikutan Kahat Besar (Great Famine) di Ireland. Menjelang 1851, lebih 25% daripada bilangan penduduk Liverpool merupakan penduduk yang dilahirkan di Ireland.

Pada awal abad ke-20, Liverpool masih menjadi tarikan kepada pendatang-pendatang dari seluruh pelusuk Eropah. Liverpool diserang sebanyak 80 kali semasa Perang Dunia II, dengan 2,500 penduduk menjadi korban dan mengakibatkan kemusnahan separuh kawasan Metropolitan Liverpool. Di zaman selepas perang, projek perumahan besar dilaksanakan dan Seaforth Dock, projek pembinaan terbesar bagi limbungan kapal dilaksanakan.

Tahun 1960-an melihat Liverpool bangkit sebagai pusat budaya. Rentak muzik "Merseybeat" seperti The Beatles dikaitkan dengan Liverpool, dan kumpulan pop dan penyanyi dari Liverpool menjadi rebutan. Ini melonjakkan Liverpool di pentas muzik antarabangsa. The Beatles turut mengabadikan Liverpool di dalam lagu-lagu mereka - "Penny Lane" dan "Strawberry Fields" dikenali di seluruh dunia. Namun, Liverpool mula kehilangan kepentingan ekonominya. kemelesetan dalam tahun-tahun 1970-an melihat majikan menggulung tikar. Penggunaan kontena bagi pengangkutan barang melihat pelabuhan Liverpool kian ditinggalkan. pada tahun 1980-an, kadar pengangguran di Liverpool adalah antara yang tertinggi di Britain.

Dalam tahun 1974, Liverpool bertukar menjadi wilayah metropolitan di dalam wilayah Metropolitan Merseyside; sebelum itu Liverpool berada dalam wilayah Lancashire. Pada penhujung abad ke-20, liverpool giat dengan program pembangunan semula kawasan bandaran, yang bersinambung hingga sekarang. Menggunakan The Beatles dan "Merseybeat" sebagai tarikan, pelancongan kini menjadi sumber ekonomi yang signifikan bagi Liverpool. Dalam tahun 2004, pemaju hartanah Grosvenor melaksanakan projek pembangunan "Paradise Development" bernilai £920 juta, di Paradise Street yang akan melibatkan perubahan besar kepada pusat bandar Liverpool.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Liverpool kini terkenal di seluruh dunia sebagai pusat kebudayaan, dengan sejarah gemilang dalam lapang muzik pop, persembahan dan seni visual. Dalam tahun 1960-an, Liverpool menjadi terkenal dengan penyajak seperti Roger McGough dan mendiang Adrian Henri. Antologi 'The Mersey Sound" oleh Adrian Henri, Roger McGough dan Brian Patten mencapai jualan 500,000 naskhah sejak diterbitkan dalam tahun 1967. Liverpool juga akan dijadikan Ibu negeri (Bandaraya) Budaya Eropah tahun 2008.

Bendera mempromosikan Liverpool European Capital of Culture 2008 di hadapan Bangunan Pelabuhan Liverpool

Teater[sunting | sunting sumber]

Liverpool kini mempunyai semua orkestra simfoni yang sedang bersemarak, dan membuat persembahan di Dewan Filharmonik Liverpool. Liverpool juga mempunyai banyak teater seperti Empire, Everyman, Liverpool Playhouse, Neptune, Royal Court dan Unity. Beberapa teater ini mempunyai kumpulan teater yang berjaya, seperti kumpulan teater Everyman, Liverpool Playhouse dan Unity.

Seni visual[sunting | sunting sumber]

Liverpool juga mempunyai budaya seni lukis yang bertenaga. Walker Art Gallery mempunyai beberapa lukisan Pra-Raphael dalam koleksinya. Sudley House pula mempyai kumpulan lukisan pra abad ke-20. Galeri Seni Lukis Tate Liverpool pula menyimpan koleksi lukisan moden Galeri Tate.

Pesta Senilukis Dwi Tahunan Liverpool diadakan dari September hingga November dan terbahagi kepada 3 kumpulan : Antarabangsa, Pelukis Bebas dan Pelukis Kontemporari Baru. Dalam pesta tahun 2004, karya Yoko Ono bertajuk "My mother is beautiful" dipamerkan.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Bola sepak[sunting | sunting sumber]

Perlawanan melawan Everton di Anfield

Liverpool mempunyai dua pasukan bolasepak yang bertanding dalam Liga Perdana : Liverpool F.C. di Anfield dan Everton F.C. di Goodison Park. Walaupun Everton juga agak berjaya, Liverpool telah menang 18 kejuaraan liga, 5 kejuaraan Piala Eropah, dan 7 kali juara Piala F.A. Tranmere Rovers tidak mempunyai pedigri seperti Liverpool dan Everton, tetapi kelab yang beraksi dalam Liga Satu Coca-Cola ini juga mempunyai ikutan yang kuat di Liverpool.

Golf[sunting | sunting sumber]

Royal Liverpool Golf Club menganjurkan Kejohanan Folf Terbuka 2006 dalam bulan Julai di Hoylake. Kejohanan ini menarik penyertaan jaguh besar seperti Tiger Woods. Hoylake juga akan mengajurkan kejohanan tahun 2008.

Lumba kuda[sunting | sunting sumber]

Padang Lumba kuda Aintree di sebelah utara Liverpool menganjurkan larian lumba kuda berhalangan "Grand National". Perlumbaan ini antara perlumbaan paling utama dalam kalendar perlumbaan dan dianjurkan dalam buklan April.

Olahraga[sunting | sunting sumber]

Liverpool Harriers di Pusat Olahraga Wavertree adalah satu dripada 5 Kelab Olahraga di Liverpool.

Liverpool juga mempunya tradisi dalam sukan tinju, dan telah melahir jaguh seperti John Conteh, Alan Rudkin and Paul Hodkinson.

Kelab Renang Liverpool pula menjuarai Kejohanan liga Kebangsaan Speedo untuk 8 daripada 11 tahun yang lepas.

Program Pembangunan Tenis Liverpool, bertempat di Pusat Tenis Wavertree adalah antara program terbesar seumpamanya di United Kingdom.

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Kawasan Pier Head area dilihat dari Albert Dock
Bangunan Royal Liver dan Dewan Bandaraya

Liverpool mempunayi kira-kira 2.500 buah bangunan yangdisenaraikan sebagai bangunan bersejarah, dengan 26 buah bangunan digredkan sebagai Bangunan Bersejarah Gred I dan 85 buah bangunan lagi dikelaskan sebagai Bangunan Bersejarah Gred II.

Kawasan Dermaga

Dalam tahun 2004, kawasan dermaga di Liverpool diisytiharkan oleh UNESCO sebagai kawasan Warisan Sedunia, sebagai pengiktirafan kepentingan yang dimainkan oleh Pelabuhan Liverpool kepada pembangunan perdagangan dan teknologi pelabuhan. Kawasan pelabuhan paling terkenal adalah Albert Dock, struktur pertama di Britain dibina dengan besi waja dan batu bata. Bangunan asal adalah rekaan Jesse Hartley. Bangunan ini dipelihara dalam tahun-tahun 1980-an. Sebahagian daripada dermaga ini kini digunakan untuk Muzium Laut Merseyside (Merseyside Maritime Museum), Muzium Kehidupan Liverpool (Museum of Liverpool Life) dan galeri seni lukis Tate Liverpool. Kawasan lain termasuk gudang tembakau di Stanley Dock, yang dibina dalam tahun 1901 dan merupakan bangunan terbesar di dunia semasa ia dibina.

Imej kawasan Pier Head berserta imej bangunan-bangunan dikenali sebagai Three Graces mungkin imej paling terkenal dikaitkan dengan Liverpool. Bangunan pertama adalah Bangunan Royal Liver, dibina pada awal tahun 1900-an, dan mempunyai 2 kubah gangsa dengan Liver Bird (simbol Bandaraya Liverpool) di atas setiap kubah. Bangunan Kedua adalah bangunan bekas ibupejabat Syarikat Perkapalan Cunard sementara bangunan ketiga adalah adalah bangunan yang dahulunya menjadi pejabat Lembaga Pelabuhan Mersey (Mersey Docks and Harbour Board).

Tempat-Tempat Keagamaan

Keadaan penduduk majmuk dari seluruh pelusuk dunia membawa kepada kepelbagaian anutan agama di Liverpool. Gereja kariah Liverpool adalah Gereja Anglican Our Lady and St Nicholas dan dikenali sebagai gereja pelaut, dan terletak di kawasan dermaga. Gereja ini mengadakan upacara sembahyang untuk pengikut Katolik. Gereja Greek Orthodox Church of St Nicholas dibina mengikut gaya Byzantine sementara gereja Gustav Adolfus Kyrka (Swedish Seamen's Church) dibina mengikut gaya orang-orang Nordic.

Kemewahan Liverpool membolehkan pembinaan 2 katedral besar. Katedral Anglican rekaan Sir Giles Gilbert Scott mempunayi ruang ibu (nave) yang terpanjang, mempunyai ogan paling besar dan gema loceng paling panjang di dunia. Katedral Roman Catholic Metropolitan rekaan Sir Frederick Gibberd berdasarkan rekaan asal Sir Edwin Lutyens mempunyai kaca berwarna terbesar di dunia. Liverpool juga mempunyai beberapa saumaah (synagogue), dan saumaah di Princes Road adalah yang paling terkenal.

Masjid pertama dibina di Britain adalah di Liverpool. Ia dibuka oleh William Abdullah Quilliam, seorang peguam Inggeris yang memeluk agama Islam. Bangunan asal masjid ini adalah di alamat 8 Brougham Terrace, dan kebanyakan penggunanya adalah Laskar daripada India. Bangunan ini sekarang digunakan sebagai Pejabat Daftar Kelahiran dan Kematian. Masjid yang dibuka oleh Quillam kini digantikan dengan Masjid Al-Rahmah. Masjid Al-Rahmah (Arab: مسجد الرحمة‎) kini di Jalan Hatherley, dan boleh memuatkan 1,000 orang jemaah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ethnicity tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan:
Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Liverpool.

Koordinat: 53°24′U 3°00′B / 53.4°U 3°B / 53.4; -3