Living Things

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Living Things
Album studio oleh Linkin Park
Dikeluarkan pada 20 Jun 2012 (sila rujuk sejarah pelancaran)
Dirakam pada 2011–2012 di NRG Recording Studios
(Hollywood Utara, California)
Genre Rock alternatif,[1] rock elektronik,[1] rap rock[2] nu metal, metal alternatif, rap metal
Masa 36:58
Syarikat Warner Bros.
Penerbit Rick Rubin, Mike Shinoda
Kronologi Album studio Linkin Park
A Thousand Suns
(2010)
Living Things
(2012)
Single daripada album Living Things
  1. "Burn It Down"
    Dikeluarkan pada: 16 April 2012

Living Things merupakan album studio kelima bagi kumpulan rock Amerika Linkin Park. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Jun 2012 oleh Warner Bros. Records.[3] Penerbitan dilakukan oleh vokalis Mike Shinoda dan Rick Rubin, yang mana kedua-duanya bekerjasama menerbitkan dua album terdahulu kumpulan ini iaitu Minutes to Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010). Mike Shinoda menyatakan bahawa mereka memilih tajuk Living Things (harfiah: Benda Hidup) kerana album ini ialah mengenai manusia, interaksi peribadi, dan ia jauh lebih peribadi daripada album-album mereka yang lepas.[4]

Kumpulan ini menyatakan bahawa Living Things menggabungkan unsur-unsur daripada keempat-empat album mereka yang lepas untuk menghasilkan satu bunyi baharu. Mereka menyatakan bahawa mereka akhirnya berasakan berada dalam "bidang yang dikenali" serta "selesa dalam kepompong [mereka] sendiri" setelah bertahun-tahun cuba bereksperimentasi yang menghasilkan dua album terdahulu mereka, Minutes to Midnight dan A Thousand Suns.[5][6][7][8]

Single pertama mereka bagi album ini, "Burn It Down", mula diudarakan di radio serta dilancarkan oleh pengedar muzik digital pada 16 April 2012.

Latar belakang dan rakaman[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2011, penyanyi utama Chester Bennington mendedahkan kepada Kerrang! bahawa Linkin Park sudah mula membangunkan bahan untuk album kelima mereka. Dia menjelaskan, "Kami sudah mula membangunkan sebuah album baharu sejak dua bulan lalu. Muziknya hebat dan kami sudah mendahuluan jangkaan awal kami. Tidak akan ada banyak bunyi bising di dalamnya, tapi ada banyak lagu-lagu bagus."[9]

Vokalis bersama kumpulan serta penyanyi rap Mike Shinoda dan Rick Rubin berkhidmat sebagai penerbit album ini. "Biasanya kami mengadakan mesyuarat seminggu sekali untuk mendengar lagu yang mereka hasilkan dan berbincang mengenainya. Dari awal projek lagi mereka semakin sepakat berbanding semasa menghasilkan dua album terdahulu mereka. Dalam A Thousand Suns masih terdapat 'bara api di dalam besi'. Kami tahu, 'OK, kita tak boleh buat macam ini selama-lamanya. Kita tinggalkan batch ini dan kita cuba kembali dan menggunakannya bila kita mulakannya lagi'", kata Rubin.[10] Bennington menerangkan bahawa Rubin "memberi kami ruang untuk sekadar menjadi diri kami sendiri serta membuat kerja sendiri...Dia memberi kami penerangan yang terang dan jelas mengenai apa yang dia suka...Dia lebih gemar kami berusaha untuk menghasilkan suatu hasil yang lebih segar yang diambil daripada satu bunyi tertentu."[11] Dia juga menjelaskan bahawa Shinoda membimbing kumpulan itu sepanjang proses bagi setiap lagu, dan menggelarkan gandingan Shinoda dan Rubin "tiket keemasan kami."[11]

Pada Julai 2011, Bennington memberitahu Rolling Stone bahawa Linkin Park memasang matlamat untuk menghasilkan satu album baharu setiap lapan belas bulan, dan dia akan jadi terkejut jika satu album baharu tidak dapat dikeluarkan pada tahun 2012. Kumpulan tersebut terus merakam dan menghasilkan bahan baharu semasa konsert jelajah. Bennington memberi komen mengenai jadual Linkin Park, dengan menyatakan, "Membuat konsert jelajah selama dua tahun adalah mengazabkan. Bila kami membuat konsert jelajah sepanjang dua tahun, akhirnya orang yang paling kuat semangat dalam kumpukan kami pun akan rasa sangat sengsara."[12] Dia memperincikan lebih lanjut mengenai idea mereka dalam satu temu ramah dengan MTV dan menyatakan, "Kami ada permulaan yang begitu hebat. Kami ada muzik yang hebat, idea yang bagus. Kreativiti terus mengalir dalam tubuh kami sejak beberapa tahun lepas, secara konsisten."[13] Dia kemudian mendedahkan dalam satu temu ramah pada September 2011 bahawa kumpulan tersebut masih dalam fasa permulaan album selanjutnya, dengan menyatakan "Kami baru saja bermula. Kami suka memastikan idea-idea kreatif terus mengalir, jadi kami cuma untuk mengekalkannya sepanjang masa...kami suka dengan hala tuju kami."[14]

Shinoda bercakap kepada Co.Create mengenai lakaran kulit album, dengan mengatakan bahawa ia bakal "menggegarkan [peminat]...orang biasa tidak akan berupan\ya melihatnya dan berlalu sahaja, saya faham bahawa ia baharu sepenuhnya, seperti bukan sahaja imej tersebut tetapi bagaimana mereka menghasilkan imej tersebut adalah betul-betul baharu. Jadi keadaan akan jadi seperti itu."[15] Pada 9 April 2012, kumpulan tersebut melancarkan satu video "teaser" bagi album tersebut di Tumblr.[16][17] Warner Bros. Records mengumumkan bahawa kulit album akan dilancarkan pada 16 April 2012, hari yang sama dengan pelancaran single "Burn It Down".[18]

Pada 15 April 2012, Mike Shinoda menulis satu kemaskini blog mengesahkan judul album baharu sebagai Living Things dan tempahan awal bagu album tersebut boleh mula dilakukan melalui laman web mereka, bermula 16 April.[19] Living Things akan dilancarkan pada 26 Jun 2012.[20]

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

Dalam satu temu ramah pada isu 21 Mac 2012 bagi majalah Kerrang!, Bennington menyatakan bahawa kumpulan tersebut sudah kembali ke bidang yang lebih 'dikenali' bagi album baharu mereka, dengan menyatakan "dengan album [baharu] ini, kami menerapkan lebih banyak permainan gitar dengan korus-korus hebat dan kandungan elektronik yang lebih berat untuk memberikan satu dinding kepada perasaan bunyi yang begitu besar tanpa menjadi terlalu metal. Ia lebih mudah diserasikan kepada orang berbanding A Thousand Suns, di mana kami rasa macam 'Sial, kami cuma bakal jadi gila." Bennington juga menyatakan bahawa lirik album baharu ini akan jadi peribadi dan mengelak unsur politik, serta menambah "Kami banyak menulis mengenai perhubungan."[21][7] Bennington dan Shinoda menyatakan pendirian yang sama semasa temu ramah dengan Spin, di mana Bennington memberi komen bahawa "Kami sekarang sudah ada kemahiran dan peralatan untuk mengambil idea tersebut dan jadikan ia sebagai apa yang kami cari selama ini, dan bukannya mencarinya dan mendapati ia sekadar berbunyi betul-betul nü-metal. Itu sentiasa meloyakan kami, tetapi kami boleh ambil unsur tersebut dan menciptanya semula, untuk menjadikannya lebih terkini dan lebih segar."[6] Kedua-duanya membuat pra-dengar bagi lima lagu daripada album tersebut, di samping mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan pemuzik Kanada Owen Pallett.[6] Vokalis-vokalis tersebut juga menyatakan bahawa mereka telah mengambil beberapa pengaruh dan topik dalam album tersebut, terutamanya mengenai manusia.[6] Bennington memberitahu Live 105 bahawa kumpulan tersebut sedang "mendekati segalanya yang [mereka] telah lakukan sebelum ini," mengambil "bahagian terbaik" daripada empat album terdahulu mereka dan "menghempaskannya bersama untuk album baharu ini."[11] Shinoda menjelaskan dalam satu temu ramah dengan NME bahawa album ini tidak akan kembali kepada bunyi nu metal mereka; walau bagaimanapun, mereka menjamin bahawa album ini "berbalik semula kepada asal-usul kami dan ia menguasai satu perasaan yang tidak pernah hilang selama bertahun-tahun."[22] Dia juga membuat kenyataan sama dengan Bennington mengenai penggabungan unsur-unsur dari keempat-empat album, dengan menyatakan, "Kami sudah banyak belajar daripada kesemua album yang kami hasilkan, jadi kami ambil kesemua yang kami telah pelajari dan mencampurkannya menjadi satu."[8] Shinoda menyatakan bahawa album ini lebih "ke arah rap" berbanding dua album terdahulu mereka.[23] Shinoda memberitahu majalah Musique Mag bahawa kumpulan ini mahukan album tersebut "lebih bertenaga [dan] berasaskan lagu", jika dibandingkan dengan album terdahulu mereka, A Thousand Suns, yang lebih kepada sebuah album konsep.[24]

Kumpulan tersebut mempunyai beberapa pengaruh serta inspirasi yang digunakan dalam Living Things. Shinoda memberitahu Rolling Stone bahawa "Skin to Bone" dan "Roads Untraveled" muzik rakyat yang dipengaruhi hasil kerja Bob Dylan, di samping inspirasi daripada Dylan.[25] Dalam runut ketujuh "Victimized", yang mana Rolling Stone mentakrifkannya sebagai "runut paling agresif daripada kumpulan ini dalam beberapa tahun",[26] dipengaruhi kumpulan punk rock seperti Pennywise dan Dirty Rotten Imbeciles.[24] Shinoda mengingatkan bahawa kandungan lagu punk rock yang minima menyumbang kepada tempoh lagu "Victimized" yang pendek; pemain bass Dave "Phoenix" Farrel mengingatkan bahawa tajuk kerja lagu ini, "Battle Axe", "pada saya ialah..apa yang lagu ini mengisahkan; ia cuma satu 'retakan' kecil ini dan anda keluar."[24] Seperti dua album terawal Linkin Park, lagu kedua terakhir ("Tinfoil") merupakan lagu instrumental.[27] Brad Delson, gitaris kumpulan ini, turut menyumbangkan suaranya dalam runut kesepuluh "Until It Breaks", yang merupakan idea Delson sendiri.[24]

Pelancaran dan promosi[sunting | sunting sumber]

Linkin Park akan mengadakan konsert jelajah bersama-sama Incubus dan MuteMath untuk siri konsert jelajah Honda Civic Tour 2012.[28] Konsert kumpulan ini yang diadakan di Teater Admiralspalast di Berlin, Jerman dirakam dan akan ditayangkan pada 25 Jun 2012 untuk semalaman sahaja.[29] Kumpulan tersebut akan mengadakan satu konsert peribadi semasa temasya 2012 X Games Los Angeles.[30]

Pada 28 Mac 2012, Shinoda mengesahkan bahawa single pertama bagi album ini ialah "Burn It Down".[31] Pada 11 April 2012, adalah disahkan bahawa ia akan mula dimainkan di radio serta dilancarkan untuk muat-turun digital iTunes pada 16 April 2012.[18] Shinoda juga mengesahkan bahawa mereka sedang membikin sebuah video muzik untuk lagu berkenaan,[32] dengan pemain turntable Joe Hahn mengarah video berkenaan.[33] Kumpulan tersebut turut bergandingan dengan pasukan Lotus F1 untuk membina satu perisian aplikasi perlumbaan muzikan untuk iPad berjudul Linkin Park GP, di mana pemain memandu kereta Lotus E20 serta berinteraksi dengan sekeliling yang membolehkan pemain mencipta lagu remix untuk "Burn It Down", di samping keupayaan zum bahagian individu lagi tersebut.[34] Video muzik untuk "Burn It Down" mula ditayangkan di MTV pada 24 Mei 2012.[35]

Pada 15 April 2012, Mike Shinoda menulis satu kemaskini blog mengesahkan judul album baharu ini sebagai Living Things serta tempahan awal album ini boleh dilakukan di laman sesawang mereka, bermula 1 April.[36] Living Things akan dilancarkan pada 26 Jun 2012.[20] Tempahan awal album bermula pada 17 April 2012; semasa pembelian, peminat turut melanggan Living Things Remixed, iaitu lagu-lagu remix daripada album.[37] Untuk meraikan pelancaran Living Things, kumpulan berkenaan bekerjasama dengan laman muzik aliran Spotify untuk melancarkan kompilasi rasmi setiap era album.[38][39]

Pada 9 Mei 2012, satu acara mencari harta karun dilancarkan.[40] Shinoda mengesahkan bahawa pada penghujung acara tersebut pada 23 Mei 2012, dia akan memanggil DJ BBC Radio 1 Zane Lowe keesokan harinya untuk mula memainkan sebuah lagu baharu dari Living Things, hasil penamat pencarian harta karun tersebut.[41] Lagu yang mula ke udara di BBC Radio 1 pada 24 Mei 2012 merupakan runut keempat album berkenaan berjudul "Lies Greed Misery".[42]

Pada 4 Jun 2012, video lirik rasmi "Lies Greed Misery" mula disiarkan.[43] Pada hari yang sama, "Lies Greed Misery" ditampilkan pada video klip trailer bagi permainan video Medal of Honor: Warfighter, mula didedahkan oleh Electronic Arts semasa E3 2012.[44][45] "Castle of Glass" juga disahkan bakal ditampilkan dalam Medal of Honor: Warfighter.[46] "Powerless", runut kedua belas dan terakhir bagi album berkenaan, ditampilkan dalam barisan penghargaan penutup filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter.[47] Video muzik persembahan lagu "Powerless" yang menampilkan babak-babak dari filem berkenaan dilancarkan di laman Yahoo!.[48]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Kritikal[sunting | sunting sumber]

Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Entertainment Weekly B[49]
The Guardian 3/5 starsStar full.svgStar full.svgStar empty.svgStar empty.svg[50]
Under the Gun 8/10[51]
MusicReview 8.5/10[52]
Noisecreep diminati [53]
The Observer 3/5 starsStar full.svgStar full.svgStar empty.svgStar empty.svg[54]
About.com 2.5/5 starsStar full.svgStar half.svgStar empty.svgStar empty.svg[2]
Bring The Noise 7/10[55]

Reviu bagi Living Things setakat ini positif, The Guardian memberikan album ini 3 daripada 5 bintang, dengan menyatakan "Living Things lebih peribadi daripada A Thousand Suns, dengan tema tersembunyi mengenai pemulihan daripada pengalaman traumatik. Satu pengecualian iaitu Burn It Down yang mengisahkan sentimen anti perang melalui Depeche Mode-y electro-bounce, sementara Roads Untraveled merupakan satu balada pengakuan yang menyeramkan",[50] dan membuat rumusan bahawa "Living Things boleh mendapat manfaat daripada lebih pengembaraan berkenaan, tetapi mereka seolah-olah berbunyi seperti sebuah kumpulan yang menikmati kehidupan kedua yang tidak disangka-sangka".[50] The Observer juga memberikan Living Things 3 daripada 5 bintang dalam reviu mereka mengenai album berkenaan.[54]

Sergio Pereira dengan MusicReview memberikan markah 8½ daripada sepuluh, dengan mengatakan Living Things "sememangnya bagai sirih pulang ke gagang, i.e. gorengan gitar mencangkuk yang hebat, korus raksasa dan suara Chester Bennington yang bagus gila, sementara satu lapisan elektronik hanya digunakan untuk menyerlahkan lagu-lagu tersebut."[52]

Namun, Living Things juga memperolah satu reviu purata setakat ini. Tim Grierson dengan About.com memberikan 2.5 daripada 5 bintang, dengan mengatakan bahawa Living Things ialah "satu koleksi yang jelas dan mudah yang memainkan kekuatan rap-rock mereka, dan sementara ia seringkali menawan secara muzikal, 12 lagu ini tidak mempunyai impak terkumpul yang mencukupi. Hasilnya, album ini lebih merupakan pengalaman yang melencong daripada menawan."[2]

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Tarikh Label Format Katalog
Jepun[56] 20 Jun 2012 Warner Bros. CD WPCR-14496
Rusia 21 Jun 2012 CD
Ukraine
Australia 22 Jun 2012 CD, digital 9362495048
Austria[57]
Belgium[58] CD, digital 9362495048
Croatia CD, digital 9362495048
Jerman[59] CD, digital 9362495048
Greece CD, digital 9362495048
India CD
Ireland[60] CD, digital 9362495048
Itali CD, digital 9362495048
Belanda[61] CD, digital 9362495048
New Zealand[62] CD, digital 9362495048
Norway[63] CD, digital 9362495048
Switzerland[64] CD, digital 9362495048
Denmark[65] 25 Jun 2012 CD, digital 9362495048
Perancis[66] CD, digital 9362495048
Poland[67] CD, digital 9362495048
United Kingdom[68] CD, digital 9362495048
Portugal[69] CD, digital
Kanada[70] 26 Jun 2012 CD, digital 9362495048
Turki[71] CD, digital 9362495048
Amerika Syarikat[20] CD, digital 9362495048
Argentina 27 Jun 2012 CD
Finland[72] CD, digital 9362495048

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Semua lagu ditulis dan digubah oleh Linkin Park[62], kecuali jika dinyatakan sebaliknya.. 

No. Tajuk Masa
1. "Lost in the Echo"   3:25
2. "In My Remains"   3:20
3. "Burn It Down"   3:50
4. "Lies Greed Misery"   2:26
5. "I'll Be Gone" (susunan alat tali oleh Owen Pallett) 3:31
6. "Castle of Glass"   3:25
7. "Victimized"   1:46
8. "Roads Untraveled"   3:49
9. "Skin to Bone"   2:48
10. "Until It Breaks"   3:43
11. "Tinfoil"   1:11
12. "Powerless"   3:44
Jumlah masa:
36:58
Runut bonus edisi Jepun[56]
No. Tajuk Masa
13. "What I've Done" (live) 4:04

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Review: Linkin Park – LIVING THINGS". MusicReview. http://www.musicreview.co.za/2012/06/20/review-linkin-park-living-things/. Capaian 2012-06-20. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Grierson, Tim (24 June 2012). "Linkin Park - 'Living Things' Review". About.com. http://rock.about.com/od/reviews/fr/Linkin-Park-Living-Things-Review.htm. Capaian 24 June 2012. 
  3. "Rolling Stone Spring Album Previews: Linkin Park". Rolling Stone. 28 March 2012. http://www.rollingstone.com/music/lists/spring-music-preview-20120405/linkin-park-title-tbd-19691231. Capaian 06 March 2012. 
  4. "Linkin Park: 'Our new record is far more personal'". NME. 2012-04-20. http://www.nme.com/news/linkin-park/63360. Capaian 2012-04-22. 
  5. "Exclusive New Album Details: Chester Talks to Kerrang! Magazine; Full Interview". Linkin Park Association/Kerrang!. 21 March 2012. http://www.lpassociation.com/forums/showthread.php?t=35643. Capaian 06 March 2012. 
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 Martins, Chris (12 April 2012). "Linkin Park Open Up About Hybrid Vibe of June Album". Spin. http://www.spin.com/articles/linkin-park-open-about-hybrid-vibe-june-album. Capaian 12 April 2012. 
  7. 7.0 7.1 "Linkin Park: 'Our last album was bonkers'". March 21, 2012. http://www.nme.com/news/linkin-park/62762. Capaian 28 March 2012. 
  8. 8.0 8.1 "Linkin Park: 'We finally feel comfortable in our own skin'". NME. 19 April 2012. http://www.nme.com/news/linkin-park/63330. Capaian 19 April 2012. 
  9. "Linkin Park: 'Our next album will polarize people'". June 15, 2011. http://www.nme.com/news/linkin-park/57334. Capaian June 16, 2011. 
  10. "Rick Rubin on New Chili Peppers & Metallica Albums, Why Adele's Hot Streak Is 'Just Beginning'". June 20, 2011. http://www.billboard.com/#/news/rick-rubin-on-new-chili-peppers-metallica-1005242142.story. Capaian June 21, 2011. 
  11. 11.0 11.1 11.2 Miles the DJ (12 April 2012). "Audio: Linkin Park Tells Us About Their New Music; LIVE 105 To World Premiere The New Single On Monday, April 16th". Live 105. http://live105.radio.com/2012/04/12/audio-linkin-park-tells-us-about-their-new-music-live-105-world-premieres-the-new-single-on-monday-april-16th/. Capaian 12 April 2012. 
  12. "Linkin Park Planning Album for Early Next Year". July 26, 2011. http://www.rollingstone.com/music/news/linkin-park-planning-album-for-early-next-year-20110726. Capaian July 27, 2011. 
  13. Montgomery, James and Horowitz, Josh (24 June 2011). "Linkin Park Talk Next Album From Moscow's Red Square". MTV.com. MTV. http://www.mtv.com/news/articles/1666401/linkin-park-a-thousand-suns-album.jhtml. Capaian 20 December 2011. 
  14. Montgomery, James and WhiteWolf, Vanessa (2 September 2011). "Linkin Park 'Getting The Wheels Rolling' On Next Album". MTV.com. MTV. http://www.mtv.com/news/articles/1670220/linkin-park-chester-bennington-new-album.jhtml. Capaian 20 December 2011. 
  15. Karpel, Ari (2 April 2012). "Linkin Park’s Mike Shinoda On Scoring “The Raid: Redemption,” And How it Will Shape the Band’s next album". Co.Create. http://www.fastcocreate.com/1680341/linkin-parks-mike-shinoda-on-scoring-the-raid-redemption-and-how-it-will-shape-the-bands-nex. Capaian 2 April 2012. 
  16. Linkin Park (9 April 2012). "Could This Be Something?". Tumblr. http://lp2k12.tumblr.com/. Capaian 9 April 2012. 
  17. Shinoda, Mike (10 April 2012). "Mike Shinoda tweet". Twitter.com. http://twitter.com/#!/m_shinoda/status/189578908050530305. Capaian 9 April 2012. 
  18. 18.0 18.1 Park "16.04.: Neue Single, Album-Artwork". Warner Music Germany. Warner Bros. Records. 11 April 2012. http://www.warnermusic.de/news/?article=8a0af81236a0a4610136a199392c000b&artistName=Linkin Park. Capaian 11 April 2012. 
  19. Shinoda, Mike (15 April 2012). "Monday News: Burn It Down, Release Dates, The Album, and a Toolbox.". Mikeshinoda.com. http://mikeshinoda.com/2012/04/15/monday-news-burn-it-down-release-dates-the-album-and-a-toolbox/. Capaian 15 April 2012. 
  20. 20.0 20.1 20.2 Linkin Park (15 April 2012). "LINKIN PARK - LIVING THINGS Teaser". YouTube. http://www.youtube.com/watch?v=ndpvc0FSPgw. Capaian 15 April 2012. 
  21. "Kerrang! Magazine 21/03/12, Highlights.". Kerrang.com. http://www.kerrang.com/blog/2012/03/kerrang_magazine_210312.html. Capaian 28 March 2012. 
  22. "Linkin Park promise to 'get back to their roots' on 'Living Things'". NME. 18 April 2012. http://www.nme.com/news/linkin-park/63308. Capaian 19 April 2012. 
  23. "Exclusive: Linkin Park and Incubus Chat With Fans". Rolling Stone. 1 May 2012. http://www.rollingstone.com/music/news/exclusive-linkin-park-and-incubus-chat-with-fans-20120501. Capaian 17 May 2012. 
  24. 24.0 24.1 24.2 24.3 "Linkin Park : interview Living Things avec Mike et Phoenix". Musique Mag. 15 June 2012. http://musique.jeuxactu.com/interview-linkin-park-interview-living-things-avec-mike-et-phoenix-11859.htm. Capaian 16 June 2012. 
  25. Diehl, Matt (June 2012). "Linkin Park Rage Again on New LP". Rolling Stone (1157). ""Kami melihat bukan sahaja kepada Bob Dylan, tetapi muzik yang memberi inspirasi kepada Dylan," kata penyanyi itu. "Mempunyai rentak yang memacu daripada melodi country-rakyat ini memang pelik - tapi itu sememangnya Linkin Park."" 
  26. Diehl, Matt (June 2012). "Linkin Park Rage Again on New LP". Rolling Stone (1157). "...lagu hangguk kepala "Victimized" yang ganas ini ialah runut kumpulan ini yang paling agresif dalam beberapa tahun ini." 
  27. Florino, Rick (12 May 2012). "Rick Florino tweet". Twitter. http://twitter.com/#!/rickflorino/status/201014453670653954. Capaian 17 May 2012. 
  28. "Linkin Park and Incubus - Honda Civic Tour". Linkinpark.com. http://hondacivictour.linkinpark.com/events/. Capaian 15 April 2012. 
  29. Ruehmer, Adam (7 June 2012). "Linkin Park One Night Concert Event Trailer". Linkinpark.com. http://www.linkinpark.com/profiles/blogs/linkin-park-one-night-concert-event-trailer. Capaian 14 June 2012. 
  30. Tunney, Brian (8 June 2012). "Linkin Park to play X Games LA". ESPN. http://espn.go.com/action/xgames/summer/2012/story/_/id/8022023/linkin-park-perform-x-games-los-angeles-introduction-x-games-music. Capaian 14 June 2012. 
  31. "Mike Shinoda tweet last=Shinoda". Twitter. 28 March 2012. http://twitter.com/#!/m_shinoda/status/185035346000625665. Capaian 29 March 2012. 
  32. "Video at Viddy.com: Mike Shinoda announces New Single "Burn It Down"". http://www.viddy.com/video/3907d782-b471-45fc-a9f2-0ae470813bea. Capaian 28 March 2012. 
  33. Farrell, Dave (27 March 2012). "Dave "Phoenix" Farrell tweet". Twitter. http://twitter.com/#!/phoenixlp/status/184649420313346048. Capaian 25 March 2012. 
  34. Shinoda, Mike (21 May 2012). "Linkin Park Teams Up With Lotus F1 To Create "Linkin Park GP"". Linkinpark.com. http://www.linkinpark.com/profiles/blogs/linkin-park-teams-up-with-lotus-f1-to-create-linkin-park-gp. Capaian 21 May 2012. 
  35. Hahn, Joe (24 May 2012). ""BURN IT DOWN" Music Video". Linkinpark.com. http://www.linkinpark.com/profiles/blogs/burn-it-down-music-video. Capaian 24 May 2012. 
  36. Shinoda, Mike (15 April 2012). "Monday News: Burn It Down, Release Dates, The Album, and a Toolbox.". Mikeshinoda.com. http://mikeshinoda.com/2012/04/15/monday-news-burn-it-down-release-dates-the-album-and-a-toolbox/. Capaian 15 April 2012. 
  37. "Linkin Park - Living Things Pre-Order". Linkinpark.com. http://livingthings.linkinpark.com/. Capaian 15 May 2012. 
  38. Ruehmer, Adam (31 May 2012). "Linkin Park: Live Around The World". Linkinpark.com. http://www.linkinpark.com/profiles/blogs/linkin-park-live-around-the-world. Capaian 14 June 2012. 
  39. "Linkin Park - Spotify - Live Collections". Spotify. Linkinpark.com. http://www.wmuk-apache.co.uk/linkinparkspotify/GB/. Capaian 14 June 2012. 
  40. Shinoda, Mike (14 May 2012). "The Story of The Linkin Park Scavenger Hunt So Far". Mikeshinoda.com. http://mikeshinoda.com/2012/05/14/the-story-of-the-linkin-park-scavenger-hunt-so-far/. Capaian 15 May 2012. 
  41. Shinoda, Mike (23 May 2012). "Almost There: Final Steps of the #LinkinParkScavengerHunt". Mikeshinoda.com. http://mikeshinoda.com/2012/05/23/almost-there-final-steps-of-the-linkinparkscavengerhunt/. Capaian 24 May 2012. 
  42. Lowe, Zane (24 May 2012). "Hottest Record - Linkin Park - Lies Greed Misery". BBC. http://www.bbc.co.uk/blogs/zanelowe/2012/05/hottest_record_-_linkin_park_-_2.html. Capaian 17 June 2012. 
  43. Ruehmer, Adam (4 June 2012). ""LIES GREED MISERY" Official Lyric Video". Linkinpark.com. http://www.linkinpark.com/profiles/blogs/lies-greed-misery-official-lyric-video. Capaian 14 June 2012. 
  44. "Check out the new Medal of Honor Warfighter trailer featuring "LIES GREED MISERY"". Twitter. 2012-06-04. http://twitter.com/linkinpark/status/209760923836096512. Capaian 2012-06-04. 
  45. "Linkin Park Medal of Honor Warfighter Trailer - E3 2012 Multiplayer Gameplay". Youtube. 2012-06-04. http://www.youtube.com/watch?v=7aiLV4VW8FU. Capaian 2012-06-04. 
  46. ""Medal Of Honor" Trailer: Video". Warner Music Germany. Warner Music Group. 8 June 2012. http://www.warnermusic.de/linkinpark/news/. Capaian 14 June 2012. 
  47. Gallo, Phil (13 June 2012). "Linkin Park Score 'Abe Lincoln' End Credits". Billboard. http://www.billboard.com/news/linkin-park-score-abe-lincoln-end-credits-1007312552.story#/news/linkin-park-score-abe-lincoln-end-credits-1007312552.story. Capaian 14 June 2012. 
  48. "Linkin Park & Abraham Lincoln: Vampire Hunter Exclusive". Yahoo!. 16 June 2012. http://uk.video.yahoo.com/yahoomovies-1266505/exclusive-5129897/linkin-park-abraham-lincoln-vampire-hunter-exclusive-29675041.html. Capaian 16 June 2012. 
  49. Anderson, Kyle (22 June 2012). "LIVING THINGS". Entertainment Weekly. http://www.ew.com/ew/article/0,,20605743,00.html. Capaian 22 June 2012. 
  50. 50.0 50.1 50.2 Simpson, Dave (21 June 2012). "Linkin Park: Living Things - review". guardian.co.uk. The Guardian. http://www.guardian.co.uk/music/2012/jun/21/linkin-park-living-things-review. Capaian 22 June 2012. 
  51. Garza, Adrian (21 June 2012). "REVIEW: LINKIN PARK - LIVING THINGS". Under the Gun Review. http://www.underthegunreview.net/2012/06/21/review-linkin-park-living-things. Capaian 22 June 2012. 
  52. 52.0 52.1 Pereira, Sergio (20 June 2012). "Review: Linkin Park – LIVING THINGS". MusicReview. http://www.musicreview.co.za/2012/06/20/review-linkin-park-living-things. Capaian 24 June 2012. 
  53. http://www.noisecreep.com/2012/05/11/linkin-park-living-things-review/
  54. 54.0 54.1 Mongredien, Phil (24 June 2012). "Linkin Park: Living Things - review". guardian.co.uk. The Observer. http://www.guardian.co.uk/music/2012/jun/24/linkin-park-living-things-review. Capaian 24 June 2012. 
  55. Rose, Jessie (24 June 2012). "ALBUM REVIEW: Linkin Park – Living Things". Bring The Noise. http://www.bringthenoiseuk.com/201206/music/reviews/album-review-linkin-park-living-things. Capaian 24 June 2012. 
  56. 56.0 56.1 "Living Things LINKIN PARK [CD]". CDJapan.co.jp. Retrieved on April 23, 2012.
  57. "iTunes Austria". iTunes. http://itunes.apple.com/at/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  58. "iTunes Belgium". iTunes. http://itunes.apple.com/be/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  59. "iTunes Germany". iTunes. http://itunes.apple.com/de/preorder/living-things/id518464080. Capaian 24 April 2012. 
  60. "iTunes Ireland". iTunes. http://itunes.apple.com/ie/preorder/living-things/id518464080. Capaian 16 June 2012. 
  61. "iTunes Netherlands". iTunes. http://itunes.apple.com/nl/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  62. 62.0 62.1 "Living Things tracklisting". iTunes. http://itunes.apple.com/nz/preorder/living-things/id519284747. Capaian 15 April 2012. 
  63. "iTunes Norway". iTunes. http://itunes.apple.com/no/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  64. "iTunes Switzerland". iTunes. http://itunes.apple.com/ch/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  65. "iTunes Denmark". iTunes. http://itunes.apple.com/dk/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  66. "iTunes France". iTunes. http://itunes.apple.com/fr/preorder/living-things/id518464080. Capaian 28 May 2012. 
  67. "iTunes Poland". iTunes. http://itunes.apple.com/pl/preorder/living-things/id518464080. Capaian 17 April 2012. 
  68. Eames, Tom (2012-04-16). "Linkin Park release new single, confirm album release date - listen". Digital Spy. http://www.digitalspy.co.uk/music/news/a376619/linkin-park-release-new-single-confirm-album-release-date-listen.html. Capaian 2012-05-02. 
  69. Eames, Tom (2012-04-16). "Linkin Park release new single, confirm album release date - listen". Digital Spy. http://www.digitalspy.co.uk/music/news/a376619/linkin-park-release-new-single-confirm-album-release-date-listen.html. Capaian 2012-05-02. 
  70. "iTunes Canada". iTunes. http://itunes.apple.com/ca/preorder/living-things/id518464080. Capaian 16 June 2012. 
  71. {{citeweb|url=http://www.radioeksen.com/linkin-parkin-yeni-abumu-living-thingsi-dinleyin%7C
  72. "Living Things (Albumi)". CDON. http://cdon.fi/musiikki/linkin_park/living_things-20299743. Capaian 2012-06-17. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]