Liyana Jasmay
| Liyana Jasmay | |
|---|---|
![]() |
|
| Lahir | Liyana binti Jasmay 28 Mac 1988 (25 tahun) [1] Kuantan, Pahang, |
| Nama lain | LJ |
| Pasangan | Fathuddin Mazlan |
| Laman web | |
| http://www.liyanajasmay.com/ | |
Liyana binti Jasmay ialah seorang pelakon dan penyanyi berketurunan Melayu. Beliau berpengalaman dalam bidang lakonan sejak berusia 9 tahun[2]. Wajah Liyana disifatkan oleh media dengan daya penarik kegadisan, senyuman manis, mata yang penuh perasaan dan bibir bermuncung, berpadanan dengan keyakinan yang ditonjolkan apabila menyentuh mengenai lakonan.[2]
Isi kandungan |
Biografi [sunting]
Sewaktu mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Liyana hanya berlakon dalam siri televisyen.[2] Pada tahun 2006, barulah Liyana melangkah ke layar besar dengan memegang watak utama Phim dalam filem Castello. Peranan ini yang memberi pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun yang sama.
Pada awal tahun 2007, Liyana ditampilkan dalam filem Syaitan, tetapi cuma memegang watak sampingan. Pada tahun yang sama Liyana kembali ke layar kecil dengan memegang watak Lyn dalam KAMI. Beliau juga muncul dalam video muzik lagu Salahku oleh kumpulan Sofaz.[3]
Pada tahun 2009, Liyana menceburi bidang nyanyian pula dengan mengeluarkan album Aku Tak Percaya Cinta[4] pada 18 November 2009[5], menampilkan lagu-lagu seperti "Aku Tak Percaya Cinta". Pada tahun yang sama, beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Papadom di Fesitval Filem Malaysia ke-22, dan Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk KAMI The Movie di Anugerah Skrin 2009.[6]
Filmografi [sunting]
Filem [sunting]
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2006 | Castello
Suhan Movies |
Phim Solo
Watak Utama
|
|
| 2007 | Syaitan
Tayangan Unggul |
Ana Adam
Watak Pembantu |
|
| 2008 | KAMI The Movie
Redfilms & Grand Brilliance |
Lynn
Watak Utama
|
(Menang) Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2009 |
| Histeria
Tayangan Unggul |
Murni
Watak Utama |
||
| 2009 | Maut
Tayangan Unggul |
Lina
Watak Utama |
|
| Papadom
Tayangan Unggul |
Mia Sara Saadom
Watak Utama
|
(Menang) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 | |
| Pisau Cukur
Redfilms |
Suri Datuk Zakaria Hitam
Watak Pembantu |
||
| Duhai Si Pari Pari
Tayangan Unggul |
Pari
Watak Utama
|
||
| 2010 | Niyang Rapik
Metrowealth |
Laila
Watak Utama
|
|
| Misteri Jalan Lama
Tayangan Unggul |
Puteri Botak
Watak Undangan |
||
| 2011 | Khurafat
Skop Production |
Aishah
Watak Utama
|
|
TV [sunting]
| Tahun | Judul | Saluran | Peranan |
|---|---|---|---|
| 2009 | Laila Sari (telefilem) | ASTRO (Astro Ria) | Pelakon utama (Laila) |
| 2008 | Puaka Niyang Rapik | TV3 (Slot Seram) | Pelakon utama |
| 2007 | KAMI | 8TV | Pelakon utama (Lynn) |
| 2007 | Cinta Si Rempit (cerekarama) | TV3 | Pelakon utama |
Diskografi [sunting]
Album [sunting]
- Aku Tak Percaya Cinta (2009)
- Album LJ (2010)
Anugerah [sunting]
- Festival Filem Malaysia ke-22 (2009)
- Pelakon Wanita Terbaik (Papadom)
- Anugerah Skrin 2009
- Pelakon Wanita Terbaik Filem (KAMI The Movie)
- Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2009
Rujukan [sunting]
- ↑ Liyana Jasmay's Blurbs, Liyana Jasmay di MySpace
- ↑ 2.0 2.1 2.2 "Youth2 : No plastic". the Star. 2007. http://thestar.com.my/youth2/story.asp?file=/2007/10/17/youth2/19135841&sec=youth2. Capaian 2007-10-26.
- ↑ Sofaz - Salahku di YouTube.
- ↑ Siti Azira Abdul Aziz. "Liyana Jasmay elak bercakap pasal Aizat kerana takut dikutuk", mStar Online, 4 Ogos 2009. Dicapai pada 31 Ogos 2009.
- ↑ "Liyana Jasmay: Saya Boleh Nyanyi", gua.com.my, 19 November. Dicapai pada 27 November 2009. “"Ditemui selepas majlis pelancaran album itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang semalam, Nana memberitahu dia sangat gembira kerana akhirnya album itu dapat dilancarkan setelah beberapa lama tertangguh."”
- ↑ Li Ee Kee. "Tuah Liyana Jasmay", gua.com.my. Dicapai pada 6 Disember 2009.
|
|||||
Pautan luar [sunting]
- Blog Liyana Jasmay
- Liyana Jasmay di MySpace
- Liyana Jasmay di portal Sinema Malaysia
- liyana jasmay di Facebook
- Liyana Jasmay di Twitter
