Logik kabur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Logik kabur, yang berdasarkan set kabur, membabitkan nilai-nilai kabur bagi pembolehubah-pembolehubahnya. Ia diasaskan oleh Lotfi Zadeh.

Teori set kabur memodifikasikan teori set lazim dengan memperkenalkan konsep keahlian kabur. Dengan itu, keahlian sesuatu unsur dalam sesuatu set itu mempunyai nilai yang selanjar, yang berada di antara keahlian mutlak dan ketakahlian mutlak.

Sejajar dengan lanjutan teori set kepada logik secara lazim, teori set kabur membawa kepada logik kabur. Dalam logik kabur, nilai kebenaran suatu pembolehubah logik itu mempunyai nilai selanjar di antara kebenaran mutlak dan kepalsuan mutlak. Seterusnya, penyambung-penyambung logik seperti konjungsi dan disjungsi perlu diubahsuai untuk menangani kebenaran kabur sebegini.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.