Loin lembut lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Loin lembut lembu

Loin lembut lembu ialah potongan daging batang pinang lembu. Sebagaimana dengan semua kuadruped (haiwan empat kaki), loin lembut merujuk kepada bahagian lembu dari otot anterior Psoas major sehingga cuaran melintang vertebra lumbar yang berhampiran dengan buah pinggang. Disebabkan otot ini tidak banyak dikerjakan, ia merupakan bahagian lembu yang paling lembut. Potongan loin lembut boleh dipanggang atau dijadikan stik. Potongan bahagian itu daripada lembu kasi dan heifer paliing biasa dijumpai di saluran keluar runcit, manakala potongan loin lembut daripada lembu yang lain biasanya didapati di restoran stik yang lebih murah.

Apabila potongan loin lembut tidak dibahagikan, ia dikenali sebagai filet. Satu tanggapan salah yang umum adalah bahawa filet itu juga dikenali sebagai stik Chateaubriand. Sebenarnya, Chateaubriand ialah resipi untuk sesuatu stik loin lembut yang khusus yang berasal dari Perancis.

Apabila dihiris, potongan loin lembut menghasilkan berbagai-bagai jenis stik. Bahagian yang berhampiran dengan hujung loin potongan itu, apabila dihiris setebal satu atau dua inci, dikenali sebagai "filet" atau kekadangnya "filet mignon". "Filet mignon" kekadang juga merupakan nama untuk hidangan yang terdiri daripada filet loin lembut lembu dan bukan kepada potongan itu pada dirinya. Bahagian-bahagian loin lembut yang lain, apabila dijadikan stik, biasanya dikenali sebagai "stik loin lembut" sahaja dan bukannya "filet".

Potongan loin lembut yang tidak dihiris sering dijual sebagai PSMO (pismos), singkatan untuk "peeled, silver skin, and side muscle left on", iaitu "kulit fasia terkopek, otot sisi dikekalkan". PSMO yang dimaterivakumkan di dalam beg plastik boleh disimpan dengan selamat lebih lama daripada banyak potongan daging yang lain. Ia juga jauh lebih murah daripada potongan-potongan yang lebih kecil kerana ia tidak memerlukan banyak pengelolaan penjual daging tetapi sudah tentu, ia memerlukan lebih banyak persediaan daripada tukang masak. Oleh sebab potong loin lembut merupakan bahagian lembu yang paling kurang berurat, kebanyakan hidangan daging lembu yang memerlukan daging yang bermutu tinggi, misalnya stik tartar, dibuat daripada potongan ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]