Loji Janakuasa Arang Batu Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Loji Janakuasa arang batu Lahad Datu terletak di Lahad Datu,Sabah,Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati lokasi Kampung Sinakut, Felda Sahabat, Lahad Datu lebih sesuai .

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Joseph Pairin Kitingan selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah menyatakan loji itu akan menghasilkan 300 megawatt tenaga elektrik . Sektor perindustrian da penduduk di Gugusan Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) amat memerlukan tenaga elekterik yang stabil.

Bantahan penduduk[sunting | sunting sumber]

Sebilangan penduduk membantah pembinaan loji kerana akan asap loji akan mencemarkan alam sekitar dan aktiviti perlancongan pastinya akan terjejas.Cadangan asal loji ini ialah di Silam atau di Sandakan.

September 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Felda Sahabat di [[Lahad Datu] sebagai pilihan terbaik loji ini.[1] Felda Sahabat terletak kira-kira 100 km dari Lahad Datu. Tanpa pembinaan janakuasa, bekalan elektrik pasti akan terputus dan menjejaskan kerancakan ekonomi pantai timur Sabah. Aktiviti keagamaan termasuk di Masjid Al-Kauthar, Tawau juga akan terjejas.

Sejak tahun 2007, dua forum awam telah dilaksanakan di Lahad Datu, tiga di Sandakan dan dua di Kota Kinabalu bagi menjelaskan segala kemusykilan anggota masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan berhubung projek . Ramai wartawan tempatan di Sabah dibawa menyaksikan operasi loji janakuasa arang batu di Manjung, Perak dan Kapar, Selangor.Pengurus Kanan Perhubungan Korporat SESB Chenderamata Sinteh menyatakan Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]