Loji Kumbahan Jelutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Loji Rawatan Kumbahan Jelutong dibina di kawasan bandar Jelutong, daerah Timur Laut , Pulau Pinang, Malaysia. Kos pembinaan RM478 juta.[1]

Tujuannya untuk merawat sisa kumbahan penduduk kawasan Georgetown, Gelugor, Tanjung Bunga, Tanjong Tokong dan Ayer Itam dengan kapasiti 1.2 juta penduduk. Sejak 9 November 2007, saluran air kumbahan yang belum dirawat telah mula disalurkan ke loji itu dan tiada lagi air kumbahan disalur terus ke laut tanpa dirawat. Loji ini akan memproses 150,000 meter padu enapcemar setiap hari dari tangki septik atau loji kecil di Pulau Pinang.

Pelbagai gas yang terhasil daripada proses rawatan enapcemar ini akan dikitar semula untuk menghasilkan kuasa elektrik dan menyalakan lampu-lampu jalan di kawasan sekitar Jelutong.

Sebelum ini Pulau Pinang terkenal dengan sungai dan parit yang kotor, hitam dan permukaan yang berminyak terutama di Selat Utara menghadap ke Seberang Perai. Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak berupaya mengatasi masalah pencemaran di Pulau Pinang sebelum ini.

Penduduk setinggan dan kampung-kampung yang terlibat telah diberi pampasan dalam bentuk rumah pangsa .

Rujukan[sunting | sunting sumber]