Loji Rawatan Air Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji Rawatan Air Gombak terletak di hulu Sungai Gombak, Selangor,Malaysia. Loji ini diuruskan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd sejak pengurusan air diswastakan. Air yang telah dirawat disalurkan kepada penduduk kawasan Gombak seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jalan Gombak-Genting (Lama), Hospital JHEOA di Batu 12, Kampung Simpang Tiga Gombak, Kampung Sungai Cincin, Bukit Lela, Taman Berlian, Kampung Changkat, Kampung Kerdas, Kampung Sungai Mulia dan Taman Kamariah.

Loji rawatan air juga terdapat di Sungai Batu dan Sungai Rumput.

Pencemaran air[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Januari 2009, loji ini tercemar akibat tumpahan minyak sawit daripada lori tangki yang terbalik di KM28 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Lori tangki itu berlanggar dengan sebuah van dobi menyebabkan 26,880kg minyak sawit mentah tumpah ke Sungai Gombak berdekatan Batu 14 Gombak yang meliputi kira-kira 3 km di kawasan hilir sungai itu dari lokasi kemalangan. [1]

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail menyatakan seramai 18,000 pengguna terjejas termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAA), British Malaysian Institute (BMI), Sekolah Menengah Teknik Gombak, Sekolah Menengah Integrasi Gombak, Tol Lebuhraya Karak, Sekolah Al-Amin Gombak, International Islamic School dan Stesen Minyak BHP Lebuhraya Karak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]