Loji Rawatan Air Kogopon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji Rawatan Air Kogopon terletak di Kogopon,Papar,Sabah,Malaysia ini disiapkan dengan kos RM198 juta dan dibina mulai 2005 dan dijangka siap pada 2008. Ia mampu menyalurkan tambahan 40 juta liter air sehari (MLD). Jumlah pengeluaran air di daerah Papar pada 2008 meningkat kepada 50 MLD berbanding permintaan penduduk hanya kira-kira 27 MLD dan dapat bertahan sehingga 2020.

Masalah air di Papar selama 15 tahun akan berakhir .Antaranya penduduk di Kinarut, Papar ,Beringgis dan Kimanis yang selalu terganggu bekalan air. Selama ini mereka mengharapkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Limbahau yang dibina pada 1960-an. Ahli Parlimen Papar juga Ketua Puteri UMNO Sabah , Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan penduduk juga menerima bekalan air tambahan dari Loji Rawatan Air Membakut dan Loji Rawatan Air Kota Kinabalu di Kota Kinabalu. [1] Penduduk yang akan menikmati bekalan air ini termasuklah 17 buah kampung antaranya ialah Langkawit, Langsat, Melagui, Kelatuan, Benoni, Andus, Lanas, Jawa, Gadong, Gansing, Lakut Batu 20, Koduko, Brunei, Rancangan Kimanis, Pekan Kimanis, Baru dan Sinar Baru.

Banci populasi kawasan Papar pada tahun 2000 ialah 86,649 penduduk. Jumlah ini akan meningkat pada tahun 2015 kepada 160,000 penduduk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]