Lontong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lontong
لونتوڠ
Lontong
Nama alternatifLontong
JenisRice cake, makanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauJawa dan seluruh dunia (merangkumi negeri Johor dan Selangor dekat Malaysia)
Dicipta olehBangsa Jawa
Bahan utamaRice cake Sunting ini di Wikidata
Bahan yang biasa digunakanNasi, Daun pisang, air Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiKetupat
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
340 kcal (1424 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lontong (Jawa: ꦭꦺꦴꦤ꧀ꦠꦺꦴꦁ​) atau luntung (Jawi: لونتوڠ‎) ialah satu masakan nasi bangsa Jawa yang ditanak dengan air yang berlebih dalam daun pisang. Berasal daripada pulau Jawa, lontong pada masa moden ini boleh pula ditemui dekat pelbagai negara, pentadbiran, dan negeri yang ramai dengan bangsa Jawa; merangkumi pula negeri Johor dan Selangor di Malaysia.

Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.

Lontong dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ingram, Christine (2003), Rice and Risotto, London, UK: Hermes House, ISBN 1-84309-574-2.
  • "Kalori Lontong". Dicapai pada 2020-10-05.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]