Lord Canselor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lord Canselor
Lord High Chancellor of Great Britain
Royal Arms seperti digunakan oleh His Majesty's Government
Penyandang
Alex Chalk
sejak 21 April 2023
GelaranYang Amat Berhormat (The Right Honourable)
Anggota bagiKabinet United Kingdom Edit the value on Wikidata
Bidang kuasaUnited Kingdom Edit the value on Wikidata
InstitusiCourts of England and Wales (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Dilantik olehRaja United Kingdom
atas nasihat Perdana Menteri
Penjawat sulungThe Lord Cowper
DibentukMei 1707
di Kerajaan Great Britain
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
United Kingdom
Jata Kerajaan UK

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
United Kingdom



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Lord Canselor dan pada zaman dahulu, Canselor England dan Lord Canselor Scotland, ialah seorang pegawai kanan yang penting dalam kerajaan United Kingdom, dan negeri-negeri pendahulunya. Beliau merupakan Pegawai Agung Negara, dan dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Menurut kelaziman, Lord Canselor selalu dilantik daripada golongan bangsawan, walaupun tidak adanya penghalang di sisi undang-undang terhadap pelantikan orang biasa. Tanggungjawab asal Lord Canselor ialah untuk bertindak sebagai penjaga Mohor Agung. Beliau ialah salah satu ahli Kabinet dan, mengikut undang-undang, adalah bertanggungjawab kepada kefungsian cekap dan kebebasan mahkamah-mahkamah. Pada masa dahulu, beliau juga merupakan pengerusi Dewan Pertuanan, serta ketua badan kehakiman, tetapi Akta Pembaharuan Perlembagaan 2005 memindahkan kedua-dua peranan ini kepada orang-orang yang lain. Sejak 2003, Lord Falconer dari Thoroton merupakan Lord Canselor serta juga Menteri Negara untuk Hal-ehwal Perlembagaan.

Lord Penyimpan Mohor Agung juga boleh dilantik sebagai ganti untuk Lord Canselor. Kedua-dua jawatan melibatkan tugas-tugas yang sama, dengan perbezaan yang tunggal merupakan cara pelantikannya. Selain itu, jawatan Lord Cancelor boleh disandang oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai "Lord-lord Pesuruhjaya Mohor Agung". Bagaimanapun, sejak abad ke-19, Lord Canselor selalu dilantik, dan kedua-dua jenis jawatan yang lain itu tidak digunakan lagi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal jawatan Lord Canselor boleh dikesani sejak dari zaman pemerintahan beraja Carolingian. Ketika itu, Canselor bertindak sebagai penyimpan mohor diraja. Di England, jawatan itu wujud sekurang-kurangnya sejak Penaklukan Norman (1066), dan mungkin juga lebih awal. Sesetengah ahli sejarah mengatakan bahawa Canselor England yang pertama ialah Angmendus pada tahun 605 Masihi. Sumber-sumber yang lain mengatakan bahawa raja pertama yang melantik seorang Canselor ialah Santo Edward si Pengaku. Baginda dikatakan mengamalkan pemeteraian dokumen-dokumen sebagai ganti untuk penandatanganan. Bagaimanapun, jawatan itu telah diisi secara berterusan sejak Penaklukan Norman.

Sir Thomas More, salah satu daripada Lord Canselor awal yang paling masyhur, berkhidmat di bawah Raja Henry VIII.

Pada masa dahulu, jawatan Lord Canselor hampir selalu diisi oleh golongan paderi kerana pada Zaman Pertengahan, golongan paderi merupakan salah beberapa orang yang kenal huruf di alamnya. Lord Canselor melaksanakan berbilang fungsi — beliau merupakan Penyimpan Mohor Agung, ketua paderi diraja, serta penasihat untuk kedua-dua hal-hal rohaniah dan duniawi. Oleh itu, jawatan ini muncul sebagai salah satu daripada jawatan yang terpenting dalam kerajaan. Beliau hanya lebih rendah daripada Justiciar, satu jawatan yang kini telah usang.

Sebagai salah satu daripada menteri kepada Raja, Lord Canselor menghadiri Curia Regis, atau Mahkamah Diraja. Jika beliau merupakan seorang biskop, Lord Canselor itu akan menerima writ saman; jika beliau merupakan paderi yang bertaraf lebih rendah, atau jika beliau merupakan orang biasa, beliau akan hadir tanpa sebarang perintah. Curia Regis kemudian berkembang menjadi Parlimen, dan Lord Canselor menjadi prolokutor untuk Dewan Pertuanan. Seperti yang disahkan oleh statut yang diluluskan semasa pemerintahan Henry VIII, seseorang Lord Canselor boleh mengerusikan Dewan Pertuanan, walaupun beliau sendiri bukan Lord.

Tanggungjawab kehakiman Lord Canselor juga berkembang melalui peranannya di dalam Curia Regis. Petisyen-petisyen untuk keadilan biasanya ditujukan kepada Raja dan Curia, akan tetapi pada tahun 1280, Edward I menitahkan hakim-hakimnya supaya memeriksa dan mengolahkan petisyen-petisyen itu dengan diri sendiri sebagai anggota Kehakiman Diraja. Petisyen-petisyen yang penting dihantar kepada Lord Canselor untuk keputusannya, dan yang lebih penting lagi dibawa kepada pengetahuan Raja. Bagaimanapun menjelang pemerintahan Edward III, sebuah tribunal untuk Lord Canselor telah dikembangkan. Dalam badan ini yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Canseri, Lord Canselor akan menghakimi kes-kes menurut keadilan (atau "ekuiti"), berbanding dengan prinsip-prinsip common law yang ketat. Ketika itu, Lord Canselor juga dikenali sebagai "Penyimpan Hati Nurani Raja". Golongan paderi terus menguasai jawatan Lord Canselor sehingga abad ke-16.

Pada tahun 1529, selepas Thomas Kardinal Wolsey, Lord Canselor serta Ketua biskop York, dipecat kerana gagal mendapat pembubaran perkahwinan pertama Henry VIII, golongan paderi tidak lagi disokong oleh raja, dan orang-orang biasa dilantik untuk jawatan itu. Golongan paderi kembali buat satu tempoh yang singkat semasa pemerintahan Mary I tetapi selepas itu, hampir semua Lord Canselor merupakan orang biasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]