Lorong kecemasan lori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lorong kecemasan lori di Autobahn A7 di Jerman.
Lorong kecemasan lori di Australia Barat, terletak di kaki bukit sebelum melalui simpang.

Lorong kecemasan lori merupakan satu peranti lalu lintas yang membolehkan kenderaan berat dengan masalah brek untuk berhenti dengan selamat. Ia terdiri daripada satu lorong susur yang panjang dan diisi dengan pasir atau batu kerikil selari dengan sesebuah jalan raya yang curam, serta direka bagi memuatkan sebuah lori besar. Lapisan batu kerikil yang dalam membolehkan momentum lori disingkirkan dengan cara yang terkawal serta tidak berbahaya, bagi membolehkannya berhenti dengan selamat.

Di Malaysia, terdapat sebuah lorong kecemasan lori di kaki Banjaran Keledang di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Mes-e1.png (arah selatan) berhampiran Jelapang, Ipoh, Perak.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Lorong kecemasan lori biasanya terletak di kawasan pergunungan dengan kos pembinaan yang tinggi serta kesukaran pemilihan tapak semasa.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. DOT Arizona (May-June 1993). "Full-Scale Arrester Bed Testing Leads to More Cost-Effective Design" (pdf). TR News (166): 20–21. http://www.trb.org/publications/trnews/rpo/rpo.trn166.pdf. Capaian 2006-07-23. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]