Lost

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lost
Lost main title.svg
Intertitle
Genre Drama
Seram
Fiksyen sains
Pengembaraan
Misteri
Pencipta Damon Lindelof
J.J. Abrams
Jeffrey Lieber
Komposer Michael Giacchino
Negara asal Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Bilangan musim 3
Bilangan episod 69
Penerbitan
Penerbit eksekutif Damon Lindelof
Carlton Cuse
Bryan Burk
Jack Bender
J. J. Abrams
Lokasi Oahu, Hawaii
Tempoh siaran Kira-kira 43 minit
Penyiaran
Saluran asal ABC
Format gambar 480i (SDTV), 720p (HDTV) ABC HD, 1080i (HDTV) Sky HD
Siaran asal 22 September 2004 – present
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Lost ialah sebuah siri drama televisyen Amerika Syarikat dan pemenang anugerah Emmy yang mengisahkan kisah kehidupan mangsa-mangsa nahas kapal terbang yang terselamat di atas sebuah pulau tropika yang penuh misteri, selepas pesawat penumpang yang mengangkut mereka dari Australia ke Amerika Syarikat terhempas di suatu tempat di Pasifik Selatan. Setiap episod lazimnya menceritakan jalan cerita utama di pulau serta jalan cerita sekunder dari suatu titik lain dalam hidup seseorang watak. Rancangan ini direka oleh Damon Lindelof, J. J. Abrams dan Jeffrey Lieber, dan penggambarannya dijalankan terutamanya di Oahu, Hawaii.[1] Episod perintisnya mula-mula disiarkan pada 22 September 2004.[2] Semenjak itu, tiga musim sudah disiarkan. Rancangan ini diterbit oleh ABC Studios, Bad Robot Productions dan Grass Skirt Productions dan bersiaran di rangkaian ABC di Amerika Syarikat. Muzik sampingannya digubah oleh Michael Giacchino. Penwerbit=penerbit eksekutif kini ialah Abrams, Lindelof, Bryan Burk, Jack Bender dan Carlton Cuse.[3] Oleh sebab barisan pelakonnya yang besar dan cos penggambaran di Hawaii, siri ini merupakan antara yang termahal di televisyen.[4]

Lost yang mencapai kejayaan dari segi mutu dan populariti ini meraih purata 16 juta penonton per episod di ABC ketika tahun pertamanya, serta memenangi banyak anugerah industri termasuk Anugerah Emmy untuk Siri Drama Cemerlang pada tahun 2005,[5] Import Amerika Terbaik di Anugerah Televisyen Akademi British, juga pada tahun 2005, dan Golden Globe untuk Drama Terbaik pada tahun 2006.

Mencerminkan tapak peminatnya yang setia, rancangan ini menjadi bahan utama budaya pop Amerika dengan penyentuhan pada rancangan ini dan unsur-unsurnya yang muncul di rancangan televisyen lain,[6] iklan, buku komik,[7][8] webkomik, majalah lawak dan lirik lagu. Alam fiksyen rancangan ini turut diterokai melalui novel, permainan papan dan video yang berkaitan, serta satu permainan realiti alternatif berjudul The Lost Experience.[9]

Pada Mei 2007, adalah diumumkan bahawa Lost akan diteruskan untuk musim keempat, kelima, dan keenam, dan berakhir pada 117 episod pada Mei 2010. Tiga musim terakhir ini akan terdiri daripada 16 episod setiap satu.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ABC's 'Lost', about the show
  2. "Pilot: Part 1". J. J. Abrams, Writ. J. J. Abrams, Damon Lindelof & Jeffrey Lieber (story) and J. J. Abrams & Damon Lindeloff, (teleplay). Lost. ABC. 2004-09-22. No. 1, musim 1.
  3. Lost: Missing Pieces," ABC. Dipetik pada 9 November 2007.
  4. Ryan, Tim. "High filming costs force ABC network executives to consider relocating", Honolulu Star-Bulletin, 26-1-2005. 
  5. Emmys.tv
  6. Thomas, Rob. "Your Veronica Mars Questions Answered!", TVGuide.com Insider, 1 February, 2006. 
  7. Hughes, Adam (cover artist). Catwoman, issue 51. 25 January, 2006
  8. "Thing, vol 2 #6". FFPlaza.com. http://www.ffplaza.com/library/?issue=tg6v2. 
  9. "Global interactive phenomenon, Lost Experience, to reveal meaning behind mysterious numbers on international Hit TV show LOST", Disney-ABC Television Group, July 25, 2006. 
  10. "Lost" set for three more years, Variety.com, 6 Mei 2007
  11. A Map for 'Lost', Entertainment Weekly

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: