Lot 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lot 10 Kuala Lumpur
LokasiBukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaan1 Ogos 1991
PengurusanYTL Land
PemilikYTL Land
Bil. tingkat5

Lot 10 ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di tengah kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, menempatkan kedai-kedai barangan mewah untuk pelanggan kaya-raya, setara dengan medan beli-belah mewah yang lain seperti Fifth Avenue dan Knightsbridge pada 1990-an.[1] Lot 10 yang dirasmikan pada 13 March 1991 oleh Dr Mahathir ini, mudah dikenali dengan muka bangunan yang berwarna hijau dan seni bina moden yang ketara. Lot 10 menempatkan hampir 100 kedai runcit dan butik. Pernah menempatkan jenama terkemuka seperti Versace dan Aigner, tetapi sejak merudum pada akhir 1990-an, Lot 10 kini dianggap sebagai tempat beli-belah golongan menengah atas.

Hasil jualan kedai-kedainya merupakan campuran produk mewah dan belian golongan menengah seperti Timberland, Ed Hardy, Adidas, Esprit, dan G2000. Di tingkat bawah tanahnya juga terletaknya sebuah medan selera. Di pintu masuk utamanya ada kafe Dôme dan gedung membeli-belah Debenhams serta butik lambang Zara. Gedung serbanekanya ialah Isetan dari Jepun yang menjual beraneka barangan seperti barang runcit, peralatan elektronik dan pakaian yang kebanyakannya berjenama Jepun. Pusat kecergasan Celebrity Fitness Express dan Actors Studio juga terdapat di aras bumbung. National Geographic juga telah membuka kedai konsepnya di sini pada jun 2010.

Lot 10 boleh dicapai dengan menaiki monorel ke stesen Monorel Bukit Bintang yang bersambung dengan bangunannya dengan jejantas ke tingkat 1 dan 2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ziauddin Sardar, The consumption of Kuala Lumpur, m/s. 111 et seq.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]