Lotus Elise

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lotus Elise
Siri 2 (tahun 2000 ke atas)
Pengilang Lotus Cars
Pengeluaran 1996–sekarang
Pendahulu Lotus Elan[1]
Kelas Kereta sport
Stail badan "Convertible" 2 pintu
Reka letak RMR
Berkait Exige, 340R, Vauxhall VX220, 2-Eleven, Europa, Elise GT1, Tesla Roadster
Siri 1
Lotus Elise 111S
Pengeluaran 1996–2001[1]
Enjin 1.8 L Rover Siri K[1]
Transmisi 5 kelajuan manual[1]
Pereka Julian Thomson[1]
Siri 2
Lotus Elise Siri 2
Pengeluaran 2002–sekarang
Enjin 1.8 L Rover Siri K
1.8 L Toyota 1ZZ-FE[2]
1.8 L Toyota 2ZZ-GE[3]
Transmisi 5 kelajuan manual[2]
6 kelajuan manual[3][4]
Tapak roda 2300 mm[5]
Panjang 3785 mm[5]
Lebar 1719 mm[4][5]
Tinggi 1117 mm[5]
Berat kering 860 kg[6]
910 kg[7]
Muatan bahan api 40.1 L[4][7]
43.5 L[6]

Lotus Elise adalah kereta sport "roadster" yang mula diilhamkan pada tahun 1994 dan mula dikeluarkan pada September 1996 oleh pengeluar kereta Inggeris, Lotus Cars. Kereta tersebut mempunyai badan gentian kaca di atas tetulang aluminium yang seterusnya membentuk satu kerangka yang tegar bagi sistem gantungan sementara menjimatkan berat serta kos pembuatan. Kereta tersebut mampu mencapai kelajuan setinggi 240 km/j. Nama Elise diambil sempena nama cucu perempuan kepada bekas pengerusi Lotus Romano Artioli iaitu "Elisa"[8].

Siri 1[sunting | sunting sumber]

Falsafah rekabentuk Lotus adalah "Prestasi melalui badan yang ringan", mula diguna pakai oleh pengasas Lotus, Colin Chapman. Cogan kata tersebut menyebabkan Lotus memperoleh prestasi tinggi melalui kereta-kereta yang ringan daripada keluaran enjin yang tinggi, menumpukan kepada ketulenan dan dinamik pemanduan.

Lotus Elise Siri 1 di pinggir selekoh Russell Chicane, Litar Snetterton.

Hasilnya ialah kereta sport yang mula dikeluarkan pada tahun 1996 seberat hanya 720 kg. Jika dibandingkan, kereta Porsche Boxster pula 74% lebih berat iaitu 1,250 kg.

Elise mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat walaupun enjinnya hanya sekuat 118 bhp[1]. Daya membrek, pengendalian di selekoh serta penggunaan bahan api juga bertambah baik hasil pengurangan berat kereta.

Walaupun berteknologi tinggi, ia mampu dimiliki penggemar kereta sport yang mahu berjimat tetapi tetap mahukan prestasi tinggi serta rupa.

Selain varian berprestasi tinggi "standard" di bawah, Lotus juga menghasiklan beberapa edisi terhad seperti Sport 135 (1998/9) dengan kuasa kuda 145 bhp (108 kW), Sport 160 (2000) dengan kuasa kuda 150–160 bhp (112–119 kW) dan Sport 190 (190 bhp / 142 kW). Model tersebut lebih sesuai di litar lumba dengan sistem gantungan, roda dan tayar serta tempat duduk sport, bergantung kepada model. Ada juga edisi terhad yang hanya sekadar perubahan kosmetik seperti Edisi Ulang Tahun ke-50 (hijau/emas) sempena sambutan ulang tahun Lotus ke-50, Type 49 (merah "Daun Emas" dan putih dwi-tona), dan Type 72 (hitam "JPS"/emas) sempena mengenang angka jenis kereta Grand Prix mereka yang berjaya.

Varian:-

Siri 2[sunting | sunting sumber]

Diumumkan pada 9 Oktober 2000, Elise Siri 2 adalah Siri 1 yang direkabentuk semula menggunakan kerangka Siri 1 yang diubah suai serta enjin Siri K yang sama tetapi dengan ECU baru buatan Lotus.

Siri 2 juga boleh didapati dalam model 111S, dengan teknologi pemasaan injap boleh laras. Model 111S dihentikan pengeluarannya pada tahun 2005 menurut penghentian pengeluaran enjin Siri K bagi menggantikannya dengan enjin Toyota.

Dua lagi model berasaskan litar, 135R dan Sport 190 turut didapati dengan masing-masing menghasilkan 135bhp dan 192bhp. Model tersebut didatangkan dengan naik taraf pengendalian seperti Sistem Gantungan Lotus Sport serta roda lebih lebar dengan tayar Yokohama Advan A048. Di beberapa pasaran, 135R digantikan dengan "Sport 111" yang serupa tetapi dengan enjin VVC 156bhp berbanding enjin Siri K 135bhp yang ditala semula.

Model 2008[sunting | sunting sumber]

Bagi tahun 2008, terdapat beberapa tambahan kepada barisan model Lotus. Terdapat 2 versi Elise, iaitu versi pernafasan biasa yang menghasilkan 189bhp serta Elise SC yang menggunakan pengecas super tanpa penyejuk perantara yang menghasilkan 218bhp. Pecutan 0-100 km/j dikurangkan kepada 4.9 saat bagi model asas Elise dan 4.7 bagi Elise dengan pakej Sport kepada 4.4 saat bagi Elise SC. Gaya model Elise pernafasan biasa adalah sama seperti model-model lepas. Elise SC pula boleh dikenal pasti melalui spoiler belakang yang menyerupai edisi Type 72-D serta roda-roda baru. Beratnya pula hanyalah 901 km, 1.4 kg lebih berat daripada model tahun sebelumnya.

Edisi Khas[sunting | sunting sumber]

  • Sport 190
  • Sport 135R
  • Type 23
  • Type 25
  • Type 49
  • Type 72
  • Type 99T
  • Sports Racer

Exige[sunting | sunting sumber]

Lotus Exige Siri 2
Rencana utama: Lotus Exige

Exige Siri 2, didatangkan dengan enjin berputaran tinggi Toyota serta kotak gear 6 kelajuan yang sama dengan model Elise 111R, menggantikan enjin Siri K Rover pada model Exige sebelumnya.

Exige Siri 2 turut diikuti dengan edisi khas Lotus Sport Exige 240R, menampilkan pengecas super yang dibangunkan oleh Lotus selain enjin Toyota. Versi Persekutuan AS dengan pengecas super dikenali sebagai Exige S 240.

Senarai kereta yang berkongsi platform dengan Elise[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]