Lotus Exige

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lotus Exige
Lotus Exige
Pengilang Lotus Cars
Pengeluaran 2000-present
Kelas Kereta sport
Panjang 3797 mm
Lebar 1727 mm
Tinggi 1158 mm
Berat Curb 914 kg
Berkait Lotus Elise, Vauxhall VX220
Lotus Exige

Lotus Exige (sebutan: ex-seej) adalah kereta sport 2 pintu, 2 tempat duduk keluaran Lotus Cars. Ia sebenarnya adalah versi coupe bagi Lotus Elise, yang merupakan kereta roadster.

Model Exige asal (pernafasan biasa) dilancarkan pada tahun 2000 dan menggunakan enjin 1.8 L Rover Siri K. Ia menghasilkan 170 bhp dalam keadaan piawai dan 190 bhp bagi versi VHPD. Berbanding Elise, ia mempunyai arca roda lebih besar, pengasing hadapan, spoiler belakang besar serta bumbung gentian kaca.

Pada tahun 2004, Exige Siri 2 telah diperkenalkan. Ia menampilkan enjin Toyota/Yamaha 1.8 L 16 injap DOHC yang menghasilkan 190 bhp bagi enjin Toyota 2ZZ-GE.[1] Berbanding Elise Siri 2, ia mempunyai pengasing hadapan, bumbung gentian kaca, penutup enjin belakang dan spoiler belakang. Tujuan utama penambahan ciri aerodinamik tersebut ialah untuk menghasilkan lebih daya ke bawah (hampir 100 paun daya ke bawah pada kelajuan 160 km/j pada Exige berbanding hanya 13 paun pada kelajuan 160 km/j pada Elise).[1]

Pada Februari 2005, Lotus mengumumkan pengeluaran 50 buah kereta edisi terhad Exige, menggunakan enjin Toyota dengan pengecas super, yang meningkatkan kuasa kuda kepada 243 bhp. Kereta tersebut hanya boleh didapati dalam pilihan warna kuning dan hitam, mewakili warna rasmi Lotus Sport, serta dilabelkan sebagai 240R. Model tersebut menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan 0-160 km/j dalam masa 9.9 saat, dengan kelajuan maksimum 249 km/j.

Spesifikasi Exige[sunting | sunting sumber]

Menurut Lotus, spesifikasi model standard Exige Siri 2 adalah seperti berikut:

Enjin:

Enjin Toyota, 1796 cc I-4, DOHC dengan VVTL-i (pemasaan dan bukaan injap boleh laras pintar) - Direka oleh Yamaha - Kod enjin: 2ZZ-GE
Lubang/Lejang 82 mm/85 mm
190 bhp (142 kW) @ 7800 rpm
138 ka·lbf (187 N·m) @ 6800 rpm
Nisbah mampatan: 11.5:1

Transmisi: 6 kelajuan, bernisbah rapat dengan klac kering plat tunggal

Berat: 914 kg

Prestasi:

0-100 km/j: 4.7 saat
0-160 km/j: 12.9 saat
Kelajuan maksimum: 237 km/j
Penggunaan bahan api: 11.77 L/100 km di bandar / 9.74 L/100 km di lebuh raya

Spesifikasi Exige S[sunting | sunting sumber]

Exige S
2007 Lotus Exige S
Pengilang Lotus
Pengeluaran 2007 - sekarang (Amerika Utara)
Pendahulu Lotus Elise, Lotus Exige
Kelas Kereta sport
Panjang 3797 mm
Lebar 1727 mm
Tinggi 1163 mm
Berat Curb 933 kg
Berkait Lotus Elise, Lotus Exige

Menurut Lotus, spesifikasi model Exige S adalah seperti berikut:

Enjin:

Enjin Toyota, 1796 cc I-4, DOHC with VVTL-i (pemasaan dan bukaan injap boleh laras pintar), dengan pengecas super dan penyejuk perantara
Lubang/Lejang 82 mm/85 mm
218 hp (162.5 kW) @ 7800 rpm
158.6 ka·lbf (215 N·m) @ 5500 rpm
Nisbah mampatan: 11.5:1

Transmisi: 6 kelajuan, bernisbah rapat dengan klac kering plat tunggal

Berat: 935 kg

Prestasi Exige S:

0-100 km/j: 4.1 saat
0-160 km/j): 9.98 saat
Kelajuan maksimum: 238 km/j
Penggunaan bahan api: 11.77 L/100 km di bandar / 9.74 L/100 km di lebuh raya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Chris Walton (2006-06-28). "Full Test: 2006 Lotus Exige". Edmunds Inc. Diperoleh pada 2008-03-07. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]