Team Lotus (2010–11)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lotus Racing)
Lompat ke: pandu arah, cari
Lotus
Lotus logo.jpg
Nama penuh Team Lotus (2011)
Lotus Racing (2010)
Pangkalan Hingham, Norfolk, United Kingdom
Kakitangan terbaik Riad Asmat
Tony Fernandes
Mike Gascoyne
Kamarudin Meranun
SM Nasarudin
Keith Saunt
Mia Sharizman
Pemandu terbaik Finland Heikki Kovalainen
Itali Jarno Trulli
India Karun Chandhok
Nama seterusnya Caterham F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Perlumbaan pertama Grand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan 38
Kejuaraan
Pengeluar
0
Kejuaraan
Pemandu
0
Kemenangan perlumbaan 0
Podium 0
Petak pertama 0
Pusingan terpantas 0
Perlumbaan terakhir Grand Prix Brazil 2011

Lotus Racing (kemudiannya dinamakan sebagai Team Lotus) merupakan nama yang diberikan kepada pasukan milikan penuh Malaysia dalam Formula Satu, yang berpangkalan di United Kingdom, pada musim 2011. Pasukan ini dinamakan sebagai Lotus Racing pada tahun 2010, dan menggunakan nama syarikat 1Malaysia Racing Team.[1]

Pasukan ini ditubuhkan oleh beberapa ahli perniagaan Malaysia, yang diketuai oleh Tony Fernandes, dengan menggunakan lesen daripada pemilik Proton, Lotus Cars, untuk menggunakan nama Lotus dalam Formula Satu. Pasukan ini memasuki Formula Satu selepas pengunduran pasukan BMW pada tahun 2009. Selepas lesen tersebut ditamatkan, pasukan ini menggunakan nama Team Lotus untuk musim 2011.

Caterham Group ditubuhkan selepas Fernandes membeli pengilang kereta British, Caterham Cars.[2] Walaupun Team Lotus telah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu, mereka terus bersaing di bawah nama Lotus untuk musim 2011. Nama pasukan ini ditukar kepada "Caterham F1 Team" pada akhir tahun 2011, dan akan bersaing di bawah jenama Caterham bersama-sama dengan pasukan GP2 Series, Caterham Racing GP2 Team.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Lotus Racing dikendali oleh 1Malaysia F1 Team, iaitu usahasama Kerajaan Malaysia dan sebuah konsortium usahawan Malaysia[3] seperti Proton (pemilik Lotus Cars), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Walaupun demikian, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa kerajaan sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini[4] selain melabur melalui Proton.[5]

Pasukan ini terbentuk setelah pasukan Litespeed F3 berjumpa dengan Tony Fernandes.[6] Litespeed pernah cuba menyertai musim 2010 sendiri dengan nama pasukan Lotus, tetapi gagal.

Ini menandakan kembalinya nama Lotus sebagai pengeluar kereta Formula Satu sejak musim 1994, ketika syarikat Team Lotus yang asal menarik diri dari sukan ini. Tiada apa-apa hubung kait antara pasukan baru dan lama tersebut selain namanya.

Tony Fernandes, pengasas dan CEO Malaysian-based Tune Ventures, pemilik syarikat penerbangan AirAsia adalah pengarah pasukan. Pada mulanya bercadang ntuk meletakkan jawatan selepas musim bermula,[7] beliau telah mengindikasikan beliau akan kekal memegang jawatannya.[8] Pengarah teknikal pasukan adalah Mike Gascoyne.[3]

Pihak pasukan mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd.[9] Asmat pernah bertugas sebagai Pengurus Besar di pejabat pengarah pengurusan Proton Holdings Berhad, di mana pada tahun 2006, beliau dipertanggungjawabkan membangunkan program sukan bermotornya, termasuk R3 dan Proton Axle Team, selain penglibatan syarikat ini dalam pasukan A1 Team Malaysia. Keith Saunt turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pasukan yang menguruskan penyusunan teknikal di Britain, melapor kepada Ketua Pegawai Teknikal Mike Gascoyne. Saunt ditugaskan memantau operasi teknikal seharian di pangkalan pasukan di Hingham. Pengalaman Saunt dalam bidang teknikal F1 termasuk bersama Team Lotus International, Benetton, Renault dan Red Bull Racing, di mana beliau pernah bertugas sebagai ketua pegawai operasi dan pengarah Red Bull Technology.[10]

Pasukan itu pada awalnya akan berpangkalan di kemudahan RTN (Racing Technology Norfolk Ltd.) di Norfolk, UK, 10 batu daripada kilang Lotus Cars. Pusat rekaan masa depan pasukan mereka, R&D, pembuatan dan pusat teknikal akan dibina khas di Litar Antarabangsa Sepang Malaysia.[3]

Pada 2 Mac 2010, pasukan itu mengumumkan bahawa sebuah perjanjian penajaan telah ditandatangani dengan CNN.[11]

Musim 2010[sunting | sunting sumber]

Jarno Trulli memandu Lotus T127 semasa ujian pra-musim di Jerez.
Heikki Kovalainen tamat dalam kedudukan kelima belas semasa perlumbaan pertama, di Grand Prix Bahrain 2010.

Pembangunan kereta 2010 bermula lewat, kerana penerimaan lewat kemasukan pasukan. Bekerja dengan Fondtech pada aerodinamik, pasukan ini akan menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Cosworth,[3] dan kotak gear daripada Xtrac.[12] Reka bentuknya didedahkan pada awal Oktober 2009 melalui program terowong angin.[13]

Pada 14 November, Tony Fernandes memberitahu media bahawa pasukannya telah menandatangani pemandu pertamanya, tanpa mendedahkan namaya.[14] Sebulan kemudian, pihak pasukan mengumumkan nama-nama pemandunya untuk musim 2010, iaitu bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen, McLaren.[15] Pemandu Malaysia Fairuz Fauzy turut disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan pasukan.[16]

Kereta 2010, T127, dicuba secara persendirian di Silverstone oleh Fauzy pada 9 Februari 2010.[17] Kereta ini dilancarkan secara rasmi pada 12 Februari 2010 di London.[18]

Lotus Racing membuat penampilan sulung di Grand Prix Bahrain, apabila Kovalainen dan Trulli menghabiskan perlumbaan masing-masing di tempat ke-15 dan ke-17, walaupun Trulli menarik diri disebabkan masalah hidraulik di pusingan terakhir. Pada 27 Jun 2010, pasukan ini menyambut perlumbaan ke-500 dalam sejarah jenama Lotus. Pada musim ,Grand Prix British diketahui bahawa Lotus sedang berunding demi enjin Renault untuk musim 2011, di samping well as a formal renaming of the team to Team Lotus.[19][20]

Biarpun tidak meraih apa-apa mata, namun Lotus menghabiskan musim 2010 di tangga ke-10 kedudukan pengeluar muktamat, hasil tempat ke-12 yang diraih oleh Kovalainen di Grand Prix Jepun, mengatasi pasukan-pasukan baru lain, Hispania dan Virgin.

Musim 2011[sunting | sunting sumber]

Logo Team Lotus yang digunakan oleh pasukan bagi musim 2011.

Pada 5 Oktober 2010, Lotus Racing mengumumkan bahawa pihaknya menerima perjanjian dengan Red Bull Technology untuk bekalan kotak gear dan sistem hidraulik mulai tahun 2011.[21] Dalam penaiktarafan teknikal besar ini, ramai kakitangan Force India meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Lotus dan membantu pembangunan kereta.[22][23]

Pada 24 Oktober 2010, pasukan Lotus mengesahkan rancangan membina kemudahan terowong angin khas di pangkalannya di UK. Selain itu, Lotus dan pasukan GP2-nya, Team Air Asia bakal membesarkan operasi di tapak kilang sedia ada dengan alih dua lagi unit supaya Team Air Asia ada pangkalan tetap di samping operasi Lotus.[24] Pada 5 November 2010, Lotus mengesahkan persahabatan enjin bersama Renault selama dua tahun seterusnya.[25]

Pada 30 November 2010, FIA mengeluarkan senarai kemasukan musim 2011 yang mana Lotus Racing disenaraikan dengan nama "Team Lotus".[26] Untuk menunjukkan kelancaran rancangannya, Lotus menjenamakan semula kilangnya, menukar tapak web rasminya dan memperkenalkan logo barunya.[27]

Lotus mengumumkan pelancaran kereta baru mereka, Lotus T128 – menerusi saluran Internet pada 31 Januari 2011.[28]

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Mata WCC
2010 Lotus T127 Cosworth CA2010 V8 B BHR
AUS
MAL
CHN
ESP
MON
TUR
CAN
EUR
GBR
GER
HUN
BEL
ITA
SIN
JPN
KOR
BRA
ABU
0 Ke-10
Itali Jarno Trulli 17† DNS 17 Ret 17 15† Ret Ret 21 16 Ret 15 19 Ret Ret 13 Ret 19 21†
Finland Heikki Kovalainen 15 13 NC 14 DNS Ret Ret 16 Ret 17 Ret 14 16 18 16† 12 13 18 17
2011 Lotus T128 Renault RS27-2011 V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 0 Ke-10
Finland Heikki Kovalainen Ret 15 16 19 Ret 14 Ret 19 Ret 16 Ret 15 13 16 18 14 14 17 16
Itali Jarno Trulli 13 Ret 19 18 18 13 16 20 Ret Ret 14 14 Ret 19 17 19 18 18
India Karun Chandhok 20

Pemandu diklasifikasikan walaupun tidak menamatkan perlumbaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=451141
  2. http://www.formula1.com/news/headlines/2011/4/11970.html
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 "Lotus confirmed for 2010 as FIA pushes for 14 teams". The Official Formula 1 Website. 15 September 2009. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  4. No govt equity in 1Malaysia F1 Team project, The Star Online, 26 September 2009. Retrieved 2009-10-31.
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan parliament tidak disediakan
  6. "Exclusive Q&A with Lotus's Tony Fernandes". The Official Formula 1 Website. 2009-09-25. Diperoleh pada 2009-11-29. 
  7. Noble, Jonathan (2009-09-18). "Lotus boss plans to step down soon". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 2009-09-18. 
  8. "Italy's Jarno Trulli heads Lotus F1 shortlist". BBC Sport (BBC). 2009-12-09. Diperoleh pada 2010-02-28. 
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Riad tidak disediakan
  10. 1 Malaysia Lotus F1 appoints former Proton GM as CEO, The Malaysian Insider, 31 October 2009. Retrieved 2009-10-31.
  11. Elizalde, Pablo (2010-03-02). "Lotus Racing joins forces with CNN". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 2010-03-02. 
  12. "Lotus target February car launch". BBC News. 2009-10-15. Diperoleh pada 2009-10-15. 
  13. Lotus reveals 2010 F1 design, Racecar Engineering, 14 Oktober 2009. Diterima pada 31 Oktober 2009.
  14. "BBC SPORT | Motorsport | Formula 1 | Lotus F1 team sign first driver". BBC News. 2009-11-14. Diperoleh pada 2009-11-27. 
  15. "Prime Minister announces Lotus F1 Racing 2010 drivers - Lotus F1 Fan Site". Diperoleh pada 2009-12-14. 
  16. "Trulli, Kovalainen confirmed at Lotus". autosport.com (Haymarket Publications). 2009-12-14. Diperoleh pada 2009-12-23. 
  17. "'Big moment' as Lotus F1 completes shakedown". crash.net (Crash Media Group). 2010-02-10. Diperoleh pada 2010-12-24. 
  18. Elizalde, Pablo (2010-01-14). "Lotus reveals 2010 car launch date". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 2010-01-14. 
  19. Benson, Andrew (2010-07-12). "Lotus set to switch to Renault engines next season". BBC Sport (Silverstone Circuit, Silverstone: BBC). Diperoleh pada 2010-07-13. 
  20. "Cosworth, Lotus agree to end deal". Autosport (Haymarket Publications). 2010-09-12. Diperoleh pada 2010-09-12. 
  21. "Lotus to use Red Bull gearbox in 2011". ESPN F1 (ESPN Emea Ltd.). 2010-10-05. Diperoleh pada 2010-10-05. 
  22. Noble, Jonathan; Elizalde, Pablo (2010-10-18). "Green to replace Smith at Force India". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 2010-10-18. 
  23. Collantine, Keith (2010-06-02). "Mark Smith leaves Force India for Lotus". F1 Fanatic (Keith Collantine). Diperoleh pada 2010-10-18. 
  24. "Wind Tunnel Lays Foundation For Future Success". lotusracing.my (Lotus Racing). 2010-10-24. Diperoleh pada 2010-10-26. 
  25. "Renault Engine Partnership". lotusracing.my (Lotus Racing). 2010-11-05. Diperoleh pada 2010-11-05. 
  26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FIA021210 tidak disediakan
  27. Noble, Jonathan (21 December 2010). "Team Lotus rebrands factory". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 22 December 2010. 
  28. Noble, Jonathan (25 January 2011). "Lotus to unveil new car online". Autosport (Haymarket Publications). Diperoleh pada 26 January 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman sesawang Caterham F1