Louise Goodman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Louise Goodman adalah seorang penyampai TV yang berasal dari England. Dia bekerja dengan ITV dan menjadi salah seorang pemberita untuk siaran langsung Formula Satu ITV.

Sebelum menyertai ITV, Louise adalah seorang pegawai pemasaran pasukan Jordan F1. Dia kemudian berpindah ke dunia penyiaran pada tahun 1997. ITV yang ketika itu baru sahaja mendapat lesen penyiaran F1 langsung merekrutnya dan sampai kini Louise masih bekerja sebagai wartawan dan pemberita sukan F1.

Louise Goodman merupakan seorang dari dua wartawan rasmi ITV yang bertugas di pitlane (seorang lagi adalah Ted Kravitz). Louise selalunya menemurumah para pemandu manakala Ted menyampaikan berita teknik atau taktik pasukan.

Louise merupakan wanita pertama menjadi mekanik pitstop apabila dia mengeluarkan tayar kiri belakang untuk Tiago Montiero dari pasukan Midland F1 Racing di sesi hentian keduanya di Grand Prix British 2006.

Pada tahun 2007, Louise (bersama Ted Kravitz) juga menjadi penyampai siaran langsung British Touring Car Championship di ITV hingga sekarang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]