Low Taek Jho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low adalah rakyat Malaysia berketurunan Cina merupakan seorang usahawan besar dan jutawan di Malaysia. Beliau dikenali kerana hubungan rapatnya dengan pelbagai artis Amerika Syarikat seperti Paris Hilton dan sebagainya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jho low lahir di Pulau Pinang . Beliau boleh berbahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan Bahasa Arab. Bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling dan Uplands School (O-Levels) Harrow School, London (1998-2000) (A-Levels). Kemudian sambung belajar di Wharton School of Business, University of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005) (Bachelor of Science in Economics majoring in Finance)

Ketika usia 20 tahun, sebelum tamat universiti, beliau telah menubuhkan syarikat Wynton Group dengan modal US25 milion hasil pelaburan keluarga , rakan Arab dan Asia Tenggara. Menjadi lembaga pengarah UBG Bhd pada 2008 dan terlibat dalam urusniaga global.[1]

Beliau berurusniaga dan mengembara dari Los Angeles ke New York, London, St Tropez, Abu Dhabi dan Kuala Lumpur. Beliau anaka bungsu Datuk Larry Low , pengasas syarikat kejuruteraan MWE.

Namanya muncul di media massa apabila intim dengan gadis jutawan Paris Hilton menonton bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Johannesburg . Dia juga kenal baik dengan Jamie Foxx, Lindsay Lohan ,Usher Nicky Hilton dan David Katzenberg. Ayah David adalah pengasas Dreamworks Studios .Pada Mei 2010, akhbar New York Post melaporkan Taek Jho Low (28 tahun) didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Penswastaan pangkalan Sungai Besi[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Sungai Besi dipindahkan . Tapaknya diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB). Jlo Low dikatakan menjadi penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu yang kini diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam satu wawancara dengan The Star, Jho Low enggan mengakuinya. Lapangan terbang ini ada hubungan terus dengan Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam.Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar. Pemindahan Electronic Warfare Support Centre (EWSC) di pusat itu amat sensitif dan kritikal memandangkan ia pusat operasi tentera udara. Lokasi baru belum dimaklumkan. Sedbelum ini beberapa kem tentera di tengah bandar telah dipindahkan. Antaranya ialah Kem Majidee (Johor Bharu), Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban, di Pulau Pinang.

[2][3][4]

Urusniaga[sunting | sunting sumber]

Beliau bijak berkomunikasi dan memilih rakan niaga dari Kuwait, Arab Saudi , Jordan serta Putera Yousef Al Otaiba dari Abu Dhabi . Yousef adalah Dr Mana Al Otaiba yang menjadi Menteri Minyak UAE. Hubungan rapat antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan di Timur Tengah meluaskan skop perniagaan dan pembinaan.

Rakan baiknya Hamad Al-Wazzan dari keluarga diraja Kuwait merupakan rakan sekolahan di Wharton Business School, University of Pennsylvania di Philadelphia, Amerika Syarikat dan Wall Street. Mereka tinggal di apartmen yang sama di Park Imperial dengan kadar sewa US$100,000 sebulan. Kebanyakan parti mewah seperti di Caesar Palace Las Vegas ditaja oleh rakan Arabnya. Selebriti yang hadir ialah Lindsay Lohan bersama arak Cristal Champagne.

Tuahnya mendadak semasa di universiti lagi apabila melabur dalam The Wynton Group dan pelbagai jual beli syer pelbagai syarikat di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Antara teman rapatnya ialah anak Raja Hussein dari Jordan. Syarikatnya berkonsep SOHO terdapat di Malaysia, Singapura dan ibu pejabat di British Virgin Island.

Rujukan[sunting | sunting sumber]