Lubuk China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lubuk China terletak di Alor Gajah, Melaka, berhampiran dengan Negeri Sembilan. Lubuk China terletak kira-kira 13 km dari laut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1988, beberapa tempat di kawasan ini pernah banjir dan jalan utama di Lubuk Cina dilintasi air. Hanya kenderaan berat sahaja boleh melaluinya. Kini Sungai Rembau yang melaluinya telah dikorek dan diluruskan serta tebatan banjir telah dilakukan.

Menurut sumber lisan tempatan, Lubuk China mendapat nama dari kisah sekumpulan orang Cina yang sedang mudik menggunakan tongkang besar di sungai itu. Beberapa orang daripadanya telah terjun ke dalam sungai di bahagian yang dalam dengan begitu gembira sekali. Malangnya, beberapa orang daripadanya tidak keluar-keluar dari sungai tersebut. Beberapa usaha dilakukan oleh penduduk Melayu setempat. Akhirnya mayat mereka ditemui di sebuah lubuk di dalam sungai. Keadaaan mereka dalam keadaan berpelukan dan tidak bernafas lagi. Sejak itu, kawasan tersebut dinamakan Lubuk Cina.