Lun Bawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lun Bawang
Lun Bawang
Gadis-gadis Lun Bawang memakai pakaian tradisional
Jumlah penduduk
Kira-kira 38100
Kawasan ramai penduduk
Bendera Indonesia Indonesia 25000 (banci penduduk 1987)
Bendera Malaysia Malaysia 12800 (1982 SIL)
Bendera Brunei Brunei 300 (1987 Langub)

1500(2013 RTB)

Bahasa

Lun Bawang; Dialek-dialek termasuklah Trusan, Lun Daye, Papadi, Lun Dayah, Adang, Tabun, Treng, Kolur, Padas, Trusan & Lepu Potong

Agama

Majoriti Kristian, sebilangan kecil menganut agama Islam, agama Buddha atau mengamalkan animisme

Kelompok etnik berkaitan

Kelabit, Lengilu, Putoh, Sa'ban & Tring

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kalimantan Timur, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.

Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan atau orang pribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Sejarah asal penempatan awal suku kaum Lun Bawang ialah di tanah tinggi Kerayan Kelabit kawasan tengah utara Borneo. Mereka telah berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Brunei sekitar abad ke-16 dan ke-17 akan tetepi kebanyakan mereka masih ada di Kalimantan.

Budaya dan cara hidup[sunting | sunting sumber]

Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar).

Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main. Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan pata di kepala, beret di pinggang, bane di leher dan gileng atau pakel di tangan serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat popular dengan alat muzik yang diperbuat dari buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniup suling dan lelaki meniup bass.

Di Sarawak bermula pada 1hb Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak. Semasa perayaan ini berlangsung pelbagai pertunjukan kebudayaan dari suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan.

Agama[sunting | sunting sumber]

Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh Kristian sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei majoriti mereka dari aliran gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB dan ahli parlimen Bukit Mas (Lawas), Sarawak pada tahun 1976, sewaktu Tun Dr. Mahathir masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 di Ba'kelalan, Sarawak juga adalah dari suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Taraf hidup[sunting | sunting sumber]

Sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku kaum Lun Bawang, dan sehingga kini belum ada pembinaan sekolah menengah di kawasan Long Pasia atau Ba'kelalan. Mereka juga kurang mengisi peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Namun begitu atas usaha yang berterusan, ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih dari 20 orang peguam dan 10 orang bergelar doktor dari suku bangsa Lun Bawang pada 2012.[perlu rujukan]