Lunas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lunas merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan Kedah, Malaysia. Lunas juga dikira sebahagian daripada daerah Kulim. Sebaliknya, wakil rakyat Lunas adalah dimasukkan ke dalam kawasan parlimen Padang Serai semasa pilihan raya. Kedudukan Lunas adalah terletak di persimpangan ketiga terakhir di Lebuhraya Butterworth-Kulim sebelum persimpangan Sg. Seluang atau Kawasan Perindustrian Kulim dan persimpangan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Lebuhraya Butterworth-Kulim ini sepatutnya adalah tamat di kawasan Lunas, bukannya dekat dengan bandar Kulim. Persimpangan Lunas di BKE boleh dikatakan terletak jauh lagi dari bandar Kulim. Perjalanan bandar Kulim untuk sampai di persimpangan Lunas BKE adalah kira-kira 8km lagi. Sebuah kawasan perumahan yang bernama Kulim Square juga terletak di Jalan Lunas. Sebuah pekan lagi iaitu Paya Besar juga adalah di bawah kawasan Lunas.

Pautan luar [sunting]