Luo Guanzhong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Luó Guànzhōng (k.k. 1330 - 1400; Cina tradisional: 羅貫中; Wade Giles: Lo Kuan-chung ) ialah penulis Cina abad ke-14 yang dikatakan menulis Hikayat Tiga Kerajaan  dan mengedit Hikayat Penjahat-penjahat Paya  (juga dikenali sebagai Hikayat Pinggir Air ), dua daripada mahakarya pengembaraan yang paling dihormati dalam kesusasteraan Cina.


Identiti[sunting | sunting sumber]

Luo Guanzhong telah disahkan hidup pada akhir Dinasti Yuan dan awal Dinasti Ming oleh rekod sezaman Jia Zhongming (賈仲明) yang bertemu dengan beliau pada tahun 1364. Rekod Jia Zhongming mengatakan bahawa Luo Guanzhong berasal dari Taiyuan, manakala ahli-ahli sejarah kesusasteraan mencadangkan kemungkinan-kemungkinan yang lain, termasuk Hangzhou dan Jiangnan. Menurut Meng Fanren (孟繁仁), Luo Guanzhong dapat disusur-galur keturunannya kepada keluarga Luo, dan Taiyuan merupakan tempat asalnya yang paling mungkin.

Para ahli sejarah kesusasteraan tidak pasti adakah Shi Naian (sila lihat Karya) dan Luo Guangzhong merupakan orang yang sama, atau adakah nama "Shi Naian" itu dipergunakan oleh editor Hikayat Penjahat-penjahat Paya  sebagai nama samaran kerana tidak hendak dikaitkan dengan sebarang tema anti-kerajaan yang mungkin didapati di dalam karya ini.

Karya[sunting | sunting sumber]

Cerita-cerita dalam Hikayat Tiga Kerajaan  dan Hikayat Penjahat-penjahat Paya  telah dianggap sebagai dikembangkan oleh para pencerita lisan. Editor pertama yang menyusun Hikayat Penjahat-penjahat Paya  dianggap sebagai Shi Naian, manakala Luo Guanzhong ialah editor sekundernya yang memberikan karya ini bentuk 100 bab terkini. Luo Guanzhong dikatakan merupakan editor untuk Hikayat Tiga Kerajaan, walaupun Shi Naian juga telah dicadangkan sebagai lagi seorang editor yang mungkin.

Pingyaozhuan  (平妖傳) ialah sebuah cerita hantu yang ditulis oleh Luo Guanzhong. Dikembangkan daripada cerita-cerita lisan yang asal, buku ini mengandungi 20 bab dan mendasarkan sebuah pemberontakan pada akhir Dinasti Song Utara. Buku ini kemudian diperluas oleh Feng Menglong (馮夢龍) menjadi 40 bab.

Can-Tang Wudai Shi Yanzhuan  (殘唐五代史演義傳) ialah sebuah babad tentang keakhiran Dinasti Tang dan Zaman Lima Dinasti yang menyusul. Himpunan cerita ini berdasarkan pemberontak Zhu Wen.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]