Lut (alat muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah lut.

Lut merujuk kepada alat muzik yang dimainkan dengan memetik tali yang ada padanya. Alat ini memiliki tengkuk (sama ada terdapat fret atau tidak), dan bahagian belakang yang bulat dan dalam.

Lut Eropah dan oud moden Timur Tengah datang daripada leluhur yang sama tetapi melalui jalan yang berlainan. Lut digunakan dalam pelbagai jenis muzik instrumental daripada muzik Zaman Pertengahan sehingga era Baroque terkemudian dan berkemungkinan besar merupakan alat muzik yang terpenting dalam muzik sekular pada Zaman Pembaharuan. Ia juga kerap menjadi alat iringan, terutamanya dalam karya-karya vokal (suara), sering kali memainkan basso continuo, atau memainkan karya tertulis.


Nama[sunting | sunting sumber]

Perkataan-perkataan "lut" dan "oud" datang dari perkataan Arab al'ud (العود; harfiah, "kayu").[1] Kajian terbaharu Eckhard Neubauer menyarankan bahawa ud maungkin perkataan Arab yang terbit daripada perataan Parsi rud yang bermaksud "tali" atau "alat bertali".[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Etymology Online". Dicapai pada July 12, 2010.
  2. ^ Douglas Alton Smith. A History of the Lute from Antiquity to the Renaissance. p. 9. Lute Society of America (LSA), 2002. ISBN 0-9714071-0-X.