Luz Casal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Luz Casal (lahir 11 November 1958) ialah penyanyi wanita muzik pop Sepanyol. Nama pertamanya, Luz, membawa pengertian “cahaya” dalam bahasa Sepanyol.

Dilahirkan di Boimorto, Galicia, Casal dibesarkan di Asturias dan menyertai kelas nyanyian, piano, dan balet, sebelum berpindah ke Madrid untuk mengejar kerjayanya sebagai seorang ahli muzik.

Akhirnya, Casal mencapai kemasyhuran pada awal dekad 1980-an dan menjadi seorang tokoh utama dalam muzik pop Sepanyol pada sepanjang dekad itu dan selepasnya, dengan suaranya semakin matang menjadi suara pop dewasa yang lembut. Beliau membuat rakaman versi kulit "Duel au Soleil", sebuah lagu Perancis oleh Étienne Daho, dalam bahasa Sepanyol. Lagunya itu yang dikenali sebagai "Un nuevo día brillará"  menjadi lagu kegemaran ramai.

Pada tahun 1992, Casal mencapai kejayaan yang besar apabila beliau muncul dalam lagu tema filem Tacones Lejanos, sebuah filem sanjungan Pedro Almodóvar.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • El ascensor (1980)
  • Luz (1982)
  • Luz V (1989)
  • A contraluz (1991)
  • Como la flor prometida (1995)
  • Pequeños y grandes éxitos (1996)
  • Un mar de confianza (2000)
  • Con otra mirada (2002)
  • Sencilla alegría (2005)

Lagu-lagu:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]