MÄR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MÄR
Marcast.jpg
メル
(Meru)
Genre Shōnen, Fantasi, Komedi Pengembaraan
Manga
Märchen Awakens Romance
Pengarang Nobuyuki Anzai
Penerbit Jepun Shogakukan
Amerika Syarikat Kanada VIZ Media
Jerman EMA
Sepanyol Ivrea
Indonesia Elex Media Komputindo
Malaysia Komik Remaja, Tora Aman
Anime
MÄR Heaven
Pengarah Masaharu Okuwaki
Studio SynergySP
Penyiaran Asal Jepun TV Tokyo
Amerika Syarikat Cartoon Network
Malaysia TV3
Kanada YTV
Dikeluarkan pada 3 April 200525 Mac 2007
Episod 102
Permainan
MÄR Heaven: Demon of Kaldea
Pembangun Konami
Genre Touch ÄRM RPG
Pelantar Nintendo DS
Permainan
MÄR Heaven: Bōkyaku no Clavia
Pembangun Konami
Genre Touch ÄRM RPG
Pelantar Nintendo DS
Portal Anime dan Manga

MÄR, singkatan bagi "Märchen Awakens Romance", ialah siri manga popular yang dihasilkan oleh mangaka bernama Nobuyuki Anzai. Siri anime yang diadaptasi dari manga ini erjudul MÄR -MÄR Heaven- (MÄR -メルヘヴン- Meru -Meru Hevun-?) dan mulanya disiarkan di Jepun melalui stesen TXN. MÄR disifatkan dengan motif cerita dongeng yang didapati sepanjang siri ini. "Märchen" ialah perkataan bahasa Jerman bagi "cerita dongeng".

Satu siri susulan bagi MÄR, berjudul MÄR Omega, diumumkan pada bulan September 2006. Kali ini, Kouichiro Hoshino menggantikan tempat Anzai bagi sekuel ini.


Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan Ginta Toramizu, seorang remaja lelaki yang mudah teruja dan sering bermimpikan dunai fantasi, lalu dia terpindah oleh ÄRM Dimensi yang amat berkuasa dikenali sebagai "Badut Penjaga Pintu", ke suatu dunia sedemikian, iaitu Syruga MÄR. Dia dipindahkan atas sebab terdesak di Syurga MÄR, yang sedang mengalami zaman penindasan dan ketidakstabilan yang disebabkan kemunculan semula Tentera Buah Catur yang penuh misteri. Badut itu pergi sejauh yang mampu untuk mengerah Ginta keluar dari bilik kelas pada suatu hari yang biasa, di mana, sebagai mat jenin dalam kelas, dia sering siejek rakan sekelasnya kerana kepincangannya dari segi fizikal, kecuali sahabat zaman kanak-kanaknya Koyuki yang menggalakkan Ginta menceritakan mimpinya.

Setibanya di Syurga MÄR, kelemahan fizikalnya diganti dengan kekuatan serta stamina dan ketahanan yang tinggi. Penjelasan yang diketahui bagi fenomena ini ialah bahawa graviti lebih rendah di Syurga MÄR, maka adanya kekuatan dan ketahanan kepadan on Ginta. Namun, tiada penjelasaan diberi bagi mutu penglihatan yang turut meningkat. Di Bumi, Ginta seorang yang gila permainan video yang kurang memuaskan pencapaian akademiknya, dan ibunya ialah soerang penulis yang ketagih arak dan rokok. Ginta sudah mendapati impiannya yang paling fantastik menjadi kenyataan dengan menemui dunia di luar dunias sendiri di mana dia boleh menjadi seseorang yang jauh berbeza daripada dirinya.

Ginta kemudian menemui tukang sihir misteri bernama Dorothy yang memperkenalkan benda ajaib bergelar ÄRM kepadanya.

Dorothy bercadang untuk memperoleh ÄRM misteri bernama Babbo, dan membawa Ginta bersama. Babbo sebagai ÄRM mat istimewa sekali: ia boleh berubah menjadi pelbagai bentuk dengan menggunakan imaginasi dan memiliki kehendak sendirinya. Namun, ia sudah kehilangan segala memorinya, lalu menganggap dirinya "seorang yang mulia". Setelah menyelamatkan Dorothy dari penjaga Babbo, Ginta menjadi pemilik baru Babbo, sungguhpun mual-mulanya mereka berdua kurang mesra sesama sendiri.

Ginta menjalankan pengembaraan yang penuh penemuan di dunai baru ini, tetapi pada masa yang sama dia merindui dunia asalnya. Maka Ginta cuba sedaya upaya untuk kembali ke dunia asalnya dan pada masa yang sama menikmati sebanyak mana yang boleh di Syurga MÄR. Namun, tidak lama kemudian Ginta menyedari bahawa Syurga MÄR tidak sedamai mana, setelah dierang penyamun yang hendak meragut Babbo (yang sedang dikehendaki Buah Catur). Dia kemudian menemui Alviss, orang yang membawanya ke Syurga MÄR menggunakan Badut Penjaga Pintu, lalu mengakui perang terhadap Buah Catur makin tiba. Penjahat-penjahat itu hendak menghuru-harakan Syurga MÄR.

Banyak lagi rahsia dan watak baru ditemui, tertutamanya yang mengenai Perang Syurga MÄR yang meletus enam tahun dahulu, di mana seorang misteri bernama Danna dari dunia Ginta menewaskan kesatria utama Buah Catur, iaitu Phantom (pemilik asal Babbo), lalu mengorbankan nyawa sendiri untuk meleraikan Perang Syurga MÄR. Setelah berlalunya masa itu, cerita ini menyatakan bahawa Phantom sudah bangkit semula dan hendak meletuskan semula keganasan di seluruh dunia, dengan bantuan permaisuri jahat Lestava.

Lagu anime[sunting | sunting sumber]

Pembuka[sunting | sunting sumber]

Judul Transkripsi/Terjemahan Artis Episod
君の思い描いた夢 集メル HEAVEN Kimi no Omoi Egaita Yume - Atsu MÄR HEAVEN GARNET CROW 1-26
晴れ時計 Haredokei GARNET CROW 27-51
夢・花火 Yume Hanabi GARNET CROW 52-77
風とRAINBOW Kaze to RAINBOW GARNET CROW 78-102

Penutup[sunting | sunting sumber]

Judul Transkripsi/Terjemahan Artis Episod
I just wanna hold you tight I just wanna hold you tight Miho Komatsu 1-13
不機嫌になる私 Fugen ni Naru Watashi (You Get Sullen Toward Me) Sayuri Iwata 14-26
毎日アドベンチャー Mainichi Adobenchā (Mainichi Adventure - Everyday Adventure) Sparkling☆Point 27-39
桜色 Sakurairo (The Color of a Cherry Blossom) Shiori Takei 40-51
Miracle Miracle Rina Aiuchi 52-64
Koyoi Eden no Katasumi De Koyoi Eden no Katasumi De GARNET CROW 65-77
もう心揺れたりしないで Mou kokoro yuretari shinaide Aiko Kitahara 78-90
この手を伸ばせば Kono te wo Nobaseba GARNET CROW 91-102

Siaran Televisyen di Malaysia[sunting | sunting sumber]

MÄR sekarang disiarkan kembali oleh TV3 setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]