M. Amin
| Muhammad Amin bin Haji Ihsan | |
|---|---|
M. Amin |
|
| Lahir | Muhammad Amin bin Haji Ihsan 1 September 1925 |
| Meninggal dunia | 8 Januari 2003 (umur 78) |
Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu. M Amin dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak.
M Amin bersekolah di Sekolah Bendang Panjang sehingga darjah enam. M Amin pernah berkhimat sebagai guru di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia II, beliau berkhidmat sebagai polis di depoh polis Ipoh antara tahun 1946 hingga tahun 1950. Beliau kemudian berhijrah ke Singapura dan bekerja di Malay Film Production (MFP).
Mula berlakon disisi Mariam (Mariam tahi lalat) dalam filem Kembar yang diarah oleh S. Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura di bawah arahan Jaafar Wariyo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. Beliau turut berlakon dalam filem Alladin (1950), filem Bakti (1950), filem Pembelaan (1950), filem Kembar (1952), dan filem Antara Senyum Dan Tangis (1952). Filem arahan pertama M Amin adalah Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
M Amin juga pernah berlakon sebagai Hang Tuah dalam filem Hang Jebat, dan Cinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1957).
Selepas itu beliau menjadi pengarah filem di Cathay Keris dan mengarah sebanyak 28 buah filem Melayu. Filem terakhir lakonan beliau ialah Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pada 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun.
[sunting] Filem Arahan
- Lancang Kuning (1962)
- Chuchu Datok Merah (1963)
- Tajul Ashikin (1963)
- Ayer Mata Duyong (1964)
- Rumah Itu Duniaku (1964)
- Panglima Besi (1964)
- Mata Dan Hati (1965)
- Muda Mudi (1965)
- Patong Chendana (1965)
- Ikan Emas (1965)
- Gurindam Jiwa (1965)
- Anak Dara (1966)
- Dua Kali Lima (1966)
- Mat Bond (1967)
- Dosa Wanita (1967)
- Serikandi (1969)
- Keris Emas (1969)
- Sial Wanita (1969)
- Aku Mahu Hidup (1970)
- Puaka (1970)
- Jahanam (1971)
- Semusim Di Neraka (1971)
- Satu Titik Di Garisan (1972)
- Semangat Ular (1972)
- Harimau Jadian (1972)
- Hati Batu (1972)
- Satu Penentuan (1974)
- Pertiwi (1975)
- Sumpah Semerah Padi (1981)
- Bertunang (1982)
- Manis Manis Sayang (1983)
- Diambang Kasih (1984)