M. Rajoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
M. Rajoli

M. Rajoli dalam sebuah filem
Lahir Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain
7 April 1945
Malaysia Pasir Mas, Kelantan
Nama lain Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain
Pasangan Hashimah Md. Din, Hajah Wan Chik Daud

M. Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an. Lakonan mantap beliau menjadikan beliau seorang pelakon yang disegani dan amat diminati ramai.


Isi kandungan

Kerjaya [sunting]

Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.

Pada awal kemunculannya pada lewat 70-an, beliau mengukir namanya dalam bidang seni lakonan dengan membintangi filem-filem dan juga drama tempatan sebagai watak pembantu. Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi. Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Filem lakonan [sunting]

  1. Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang (2009)
  2. Filem Skrip 7707 (2009)
  3. Filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)
  4. Filem Histeria (2008)
  5. Filem Congkak (2008 - Pelakon Utama)
  6. Filem Impak Maksima (2007)
  7. Filem Cinta Yang Satu (2007)
  8. Filem Misi 1511 (2006)
  9. Filem Cicakman (2006)
  10. Filem Diva Popular (2006)
  11. Filem Man Laksa (2006)
  12. Filem Persona Non Grata (2006)
  13. Filem Main-Main Cinta (2006)
  14. Filem Castello (2006)
  15. Filem Lady Boss (2005)
  16. Filem Cinta Fotokopi (2005)
  17. Filem Bintang Hati (2004)
  18. Filem Bisikan Remaja (2004)
  19. Filem Lang Buana (2003)
  20. Filem MX3 (2003)
  21. Filem Mr. Cinderella 2 (2003)
  22. Filem Diari Romeo (2003)
  23. Filem Gila-gila Pengantin (2003)
  24. Filem Mr. Cinderella (2002)
  25. Filem Idola (2002)
  26. Filem Anaknya Sazali (2000 -Pelakon Utama)
  27. Filem Puteri Impian 2 (1999)
  28. Filem Badai Mentera (1998)
  29. Filem Perempuan,isteri dan.....? (1993)
  30. Filem Oh Fatimah (1989)
  31. Filem Awang Spanar (1989)
  32. Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)
  33. Filem Bujang Lapok Kembali Daa (1986)
  34. Filem Azura (1984)
  35. Filem Tujuh Biang Keladi (1984)
  36. Filem Darah Satria (1983)
  37. Filem Mekanik (1983)

Barah Otak [sunting]

Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan berita beliau jatuh sakit. Beliau telah dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung kepada isteri-isteri beliau dalam menguruskan segala kelengkapan harian diri.

Menurut isteri beliau Hajah Wan Chik Daud, kesihatan beliau pada awal 2009 semakin pulih dan menjalani terapi setiap hari. Beliau yang kini hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda dijaga rapi oleh isteri pertama beliau Hashimah Md. Din di kediaman beliau di AU2, Keramat, Kuala Lumpur.[1]

Meninggal Dunia [sunting]

Allahyarham semasa hayatnya bersama isteri-isteri beliau

M. Rajoli meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.[2]

Rujukan [sunting]

  1. M Rajoli Tetap Puasa Walau Derita 26-Sep-2008 Oleh: Thani Hasbullah.
  2. M. Rajoli Meninggal Dunia

Pautan luar [sunting]