M. Sani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Sani
Nama lahirMd. Sani bin Abu Yamin
Kelahiran1952 (1952)
Kuala Lumpur, Malaysia
Meninggal dunia10 Januari 2022 (berumur 69–70)
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakaman
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Sharifah Aini

M. Sani (dilahirkan sebagai Md. Sani bin Abu Yamin, 1952 – 10 Januari 2022) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan bekas "Juara Bintang RTM 1971" dan menerima hadiah wang sebanyak $1000 di samping pingat dan piala pusingan. Beliau kemudiannya mendapat peluang untuk merakamkan album bersama syarikat rakaman EMI. Antara album beliau ialah Kerna Senyum Ku Terpikat (1974) selain beberapa album EP seperti Rindu Hati Ku Tidak Terkira dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.[1]

Kes mahkamah[sunting | sunting sumber]

Genap 30 tahun selepas memenangi pertandingan tersebut, beliau tidak lagi menyanyi dan sibuk menguruskan gerai makanan. Pada ketika itu, orang ramai telah dikejutkan dengan kes mahkamah mengenai beliau atas tuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun. Tarikh kejadian rogol itu adalah pada 26 September 2001. Setelah dibicarakan pada tahun 2005, mahkamah mendapati bahawa beliau bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 10 Januari 2022 di Hospital Kuala Lumpur.[2] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Anda digalakkan untuk menambahnya.

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album EP[sunting | sunting sumber]

  • Rindu Hati Ku Tidak Terkira
  • Hidup Hanya Sementara
  • Hujan Malam

Album Duet[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bintang RTM - Sani Abu Yamin (1971)". 28 September 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012.
  2. ^ Fatin Farhan Ariffin (11 Januari 2022). "M Sani meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 11 Januari 2022.