MABBIM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

MABBIM (singkatan untuk "Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia") merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Majlis ini dianggotai oleh tiga negara, iaitu Brunei, Indonesia, dan Malaysia.

MABBIM merupakan waris kepada "Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia" (MBIM) yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia dan Bapak Mashuri Saleh S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985 iaitu pada persidangan yang ke-24. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]