Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari MABM)
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1997 untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Mesyuarat pertama diadakan pada tahun 1998 dengan peserta-peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Perancis, Inggeris, Rusia, Jerman, Amerika Syarikat, India, Kemboja, Thailand, Australia, New Zealand, Cina, Korea Selatan.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |