MESSENGER

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MESSENGER
MESSENGER.jpg
Gambaran artis MESSENGER mengorbit Utarid
Pengendali NASA / APL
Kontraktor utama APL
Jenis misi Lintas terbang / Pengorbit
Lintas terbang Bumi, Zuhrah, Utarid
Satelit kepada Utarid
Tarikh Masuk Orbit 2011-03-18 01:00 UTC[1]
Tarikh Berlepas 2004-08-03 06:15:56 UTC
(10 tahun, 4 bulan dan 18 hari ago)
Kenderaan Pelancar Delta II 7925H-9.5
Kawasan Pelancaran Space Launch Complex 17B
Cape Canaveral Air Force Station
Tempoh misi (dijangka bermula 4 April 2011)
 Lintas terbang Bumi
 (siap 2005-08-02)

 Lintas terbang Zuhrah 1
 (siap 2006-10-24)

 Lintas terbang Zuhrah 2
 (siap 2007-06-05)

 Lintas terbang Utarid 1
 (siap 2008-01-14)

 Lintas terbang Utarid 2
 (siap 2008-10-06)

 Lintas terbang Utarid 3
 (siap 2009-09-29)

 Suntikan orbit Utarid
 (siap 2011-03-18)
ID COSPAR 2004-030A
Laman web Tapak JHU/APL
Jisim Templat:Kg to lb
Kuasa 450 W (Susunan suria / 11 Bateri NiH2)

Kuar MErcury Surface, Space ENvironment, GEochemistry and Ranging (MESSENGER) ialah satu kuar angkasa lepas Amerika Syarikat tanpa manusia seberat 485 tan yang kini dalam orbit mengelilingi planet Utarid. Ia dilancarkan oleh NASA pada Ogos 2004 untuk mengkaji kandungan kimia, geologi dan medan magnet Utarid. Ia menjadi misi kedua yang berjaya sampai ke Utarid apabila ia terbang lalu pada 14 Januari 2008, diikuti oleh lintas terbang kedua pada 6 Oktober 2008,[2] dan seterusnya buat kali ketiga pada 29 September 2009.[3][4] (Kuar pertama yang tiba di Utarid ialah Mariner 10 pada 1975.)

MESSENGER merupakan kapal angkasa lepas pertama mengorbit planet Utarid. Ini merupakan suatu hal yang sukar kerana satelit yang tiba langsung dari Bumi akan dipercepat oleh graviti Matahari dan melepasi Utarid terlalu pantas untuk mengorbitnya. Untuk itu, lintas terbang dilakukan dahulu. Usaha memasukkan kapal angkasa lepas ini ke orbit bermula pada 12:45 AM (jam 00:45) UTC 18 Mac 2011. Gerakan penujah berlaku selama kira-kira 15 minit, dengan pengesahan kapal berada dalam orbit Utarid diterima pada 1:10 AM UTC, 18 Mac (9:10 PM EDT, 17 Mac, A.S.).[5] Orbit MESSENGER berbentuk elips, membawanya sedekat 200 km ([convert: unknown unit]) permukaan Utarid dan kemudian 15,000 km ([convert: unknown unit]) jauh daripadanya setiap 12 jam. Orbit ini dipilih untuk melindungi kuar daripada suhu tertinggi Utarid.[6]

Alatan sains yang dibawa MESSENGER berfungsi dengan baik pada lintas terbang yang lampau terhadapi Bumi, Zuhrah dan Utarid sendiri. Alat-alat ini diaktifkan semula pada 23 Mac, manakala misi pengumpulan data sains rasminya dijangka akan bermula pada 4 April 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jimmy Lee; Mike Galuska (18 Mac 2011). "NASA Chats - MESSENGER Prepares to Orbit Mercury". NASA. Diperoleh pada 2011-03-18. 
  2. Johns Hopkins University (14 Januari 2008). Countdown to MESSENGER's Closest Approach with Mercury. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2009-05-01.
  3. Johns Hopkins University (19 Mac 2008). Critical Deep-Space Maneuver Targets MESSENGER for Its Second Mercury Encounter. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2010-04-20.
  4. Johns Hopkins University (4 Disember 2008). Deep-Space Maneuver Positions MESSENGER for Third Mercury Encounter. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2010-04-20.
  5. NASA/APL (17 Mac 2011). MESSENGER Begins Historic Orbit around Mercury. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2011-03-18.
  6. Ron Cowen (17 Mac 2011). "MESSENGER eases into Mercury’s orbit". Science News. Diperoleh pada 18 Mac 2011.