MPEG-1
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Moving Picture Experts Group Phase 1 (MPEG-1) | |
|---|---|
| Sambungan fail: | .mpg, .mpeg, .mp1, .mp2, .mp3, .m1v, .m1a, .m2a, .mpa, .mpv |
| Jenis MIME: | audio/mpeg, video/mpeg |
| Dibangunkan oleh: | ISO, IEC |
| Jenis format: | audio, video, pengandung |
| Diperluas dari: | JPEG, H.261 |
| Diperluas ke: | MPEG-2 |
| Piawai: | ISO/IEC-11172 |
MPEG-1 ialah satu piawaian awal untuk pemampatan video dan audio yang "kehilangan" (iaitu, beberapa data tersingkir untuk mengurangkan saiz fail). MPEG-1 direka untuk memampatkan video digital mentah bermutu VHS dan audio CD ke 1.5 Mbit/s (nisbah mampatan masing-masing 26:1 dan 6:1)[1] tanpa kehilangan mutu yang ketara, maka membolehkan teknologi VCD, TV kabel/satelit digital dan penyiaran audio digital (DAB).[2] [3]
Kini, MPEG-1 menjadi format audio/video data kehilangan yang paling laris keserasiannya di dunia, dan digunakan dalam sebilanngan besar produk dan teknologi. Bahagian piawaian MPEG-1 yang paling terkenal mungkin sekali merupakan format audio MP3 yang diperkenalkannya.
Sungguhpun lama usianya, MPEG-1 tidak semestinya lapuk atau jauh lebih rendah berbanding teknologi terkini. Menurut Leonardo Chiariglione (pengasas bersama MPEG): "Sangkaan bahawa teknologi pemampatan sentiasa meningkat adalah dongeng."[4]
Piawaian MPEG-1 diterbit sebagai ISO/IEC-11172.
[sunting] Aplikasi
- Kebanyakan perisian komputer mainan video yang popular merangkumi penyahkodan MPEG-1, di samping mana-mana format lain yang disokong.
- Video dan audio Lapisan I/II MPEG-1 boleh dilaksanakan tanpa bayaran yuran lesen.[5] [6] [7] Due to its age, many of the patents on the technology have expired.
- Kelarisan audio MP3 telah mencetuskan kewujudan berbagai-bagai perisian yang boleh memainkan Audio MPEG-1 (ketiga-tiga lapisan).
- "Hampir kesemua peranti audio digital" boleh memainkan Audio MPEG-1.[8] Berjuta-juta peranti sedemikian sudah dijual setakat ini.
- Sebelum berkembangnya MPEG-2, kebanyakan perkhidmatan TV kabel/satelit digital hanya menggunakan MPEG-1.[9] [10]
- Kelarisan MPEG-2 di kalangan penyiar bererti MPEG-1 boleh dimainkan kebanyakan kotak atas set kabel dan satelit digital, serta pemain-pemain cakera dan pita digital, kerana adanya keserasian ke belakang.
- MPEG-1 ialah format video dan audio eksklusif yang digunakan dalam VCD, format video digital pengguna yang terulung, danmasih merupakan format yang amat laris di seluruh dunia.
- Piawaian Super Video CD yang berasaskan VCD, menggunakan Audio MPEG-1 sahaja, beserta Video MPEG-2.
- Format DVD-Video mengutamakan format video MPEG-2, namun sokongan MPEG-1 jelas ditakrifan dalam piawaian.
- Piawaian DVD Video asalnya memerlukan audio MPEG-1 Lapisan II auntuk negara-negara PAL, tetapi diubah untuk membolehkan cakera AC-3/Dolby Digital sahaja. Audio MPEG-1 Layer II masih dibernarkan untuk DVD, namun tambahan lebih baru pada format ini, seperti MPEG Multichannel, jarang disokong.
- Kebanyakan pemain DVD juga menyokong main balik VCD dan MP3 CD yang menggunakan MPEG-1.
- Piawaian antarabangsa Penyiaran Video Digital (DVB) mengutamakan penggunaan audio MPEG-1 Lapisan II, dan video MPEG-2.
- Piawaian antarabangsa Penyiaran Audio Digital (DAB) hanya menggunakan audio MPEG-1 Lapisan II kerana mutu MP2 yang sangat tinggi, keperluan prestasi dekoder yang sederhana, dan ketahanan ralat.
[sunting] Rujukan
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanmpeg_faqs1tidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanDidier_MPEGtidak disediakan - ↑ Chiariglione, Leonardo (October 21, 1989), Kurihama 89 press release, ISO/IEC, <http://www.chiariglione.org/mpeg/meetings/kurihama89/kurihama_press.htm> (retrieved on 2008-04-09)
- ↑ Chiariglione, Leonardo (March, 2001), Open source in MPEG, Linux Journal, <http://www.chiariglione.org/leonardo/publications/linux/linux00.htm> (retrieved on 2008-04-09)
- ↑ Ozer, Jan (12 Oktober 2001), Choosing the Optimal Video Resolution: The MPEG-2 Player Market, extremetech.com, <http://www.extremetech.com/article2/0,1697,1153916,00.asp> (retrieved on 2008-04-09)
- ↑ Comparison between MPEG 1 & 2, snazzizone.com, <http://www.snazzizone.com/TP09.html> (retrieved on 2008-04-09)
- ↑ MPEG 1 And 2 Compared, Pure Motion Ltd., 2003, <http://213.130.34.82/resources/technical/mpegcompared/index.htm> (retrieved on 2008-04-09)
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanmpeg1_audiotidak disediakan - ↑ Popp, Harald & Morten Hjerde (November 09, 1996), MPEG-FAQ: multimedia compression [2/9], faqs.org, <http://www.faqs.org/faqs/mpeg-faq/part2/> (retrieved on 2008-04-10)
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanbmrc_mpeg2_faqtidak disediakan
[sunting] Pautan luar
- Official Web Page of the Moving Picture Experts Group (MPEG) a working group of ISO/IEC
- MPEG Industry Forum Organization
|
|||||||||||||||||||||||

