MS Awazisan Maru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Karier (Jepun)
Nama: Awazisan Maru
Pemilik: Mitsui & Co. Ltd. (1939)
Tentera Laut Imperial Jepun
Pembina: Tama Shipbuilding Co.
Diperoleh: 1939
Nasib: Dikaramkan angkatan Bersekutu
Status: Bangkai kapal
Nota: Terletak pada dasar laut pesisir pantai Kelantan
Ciri-ciri
Sesaran: 9,794 tan kasar
Panjang: 476 kaki (145 m)[1]
Lebar: 64 kaki (20 m)
Drauf: 40 kaki (12 m)

MS Awazisan Maru, juga dikenali sebagai Awajisan Maru atau Awagisa Maru ialah sebuah kapal pengangkut berat 9,794 tan kasar yang dibina syarikat pembinaan kapal Tama, Tamano untuk syarikat perkapalan Mitsui & Co. Ltd.. Awazisan Maru dilancarkan dalam tahun 1939 dan termasyhur sebagai kapal pengangkut yang paling maju pada waktu pelancarannya.[2] Kapal ini ditaluliahkan oleh Tentera Laut Imperial Jepun untuk membawa anggota tentera semasa Perang Dunia Kedua dan merupakan sebahagian daripada angkatan Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.

Bersama-sama dengan kapal saudaranya, Ayatosan Maru dan Sakura Maru, ia membawa lebih kurang 5,000 orang tentera semasa pendaratan di Kota Bharu, Kelantan. Awazisan Maru telah dibom sebuah pesawat Lockheed Hudson daripada Skuadron Pertama RAAF, terbakar dan ditinggal serta dibiarkan hanyut. Dipercayai bahawa kapal pengangkut ini karam ataupun kemudiannya diserang dengan torpedo oleh kapal selam Belanda K-XII.

Serangan terhadap Malaya mendahului serangan terhadap Pearl Harbor dengan masa sejam setengah, lantas menjadikannya kempen Jepun pertama dalam Perang Dunia II. Ini bermakna kerugian kapal pertama dalam Perang itu ialah Awazisan Maru.

Awazisan Maru sekarang tersadai di dalam 20 meter (66 ka) air pada pesisiran Pantai Sabak di Kota Bharu dan menjadi tarikan popular buat para penyelam ekoran sejarahnya.[petikan diperlukan] Dalam kalangan para penyelam tempatan, ia lebih dikenali sebagai "bangkai Kapal Serangan Jepun".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Awazisan Maru". plimsollshipdata. http://plimsollshipdata.org/pdffile.php?name=38b1003.pdf. Capaian 20 April 2010. 
  2. "Mitsui Line". The Ships List. http://www.theshipslist.com/ships/lines/mitsui.htm. Capaian 2 March 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]