MTUC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MTUC
MTUC logo.png
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
Founded 1949
Members 802,323
Country Malaysia
Affiliation ITUC
Key people Presiden MTUC - Khalid Atan
Setiausaha Agung MTUC - Abdul Halim Mansor .
Office location Subang Jaya, Selangor
Website www.mtuc.org.my

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau singkatannya MTUC merupakan satu kongres persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia. Kongres ini asalnya ditubuhkan pada 1949 dan didaftarkan di bawah Akta Kemasyarakatan, 1955. Ia merupakan pusat kesatuan kebangsaan yang tertua mewakili pekerja-pekerja Malaysia. Kesatuan yang bergabung dengan MTUC berasal dari semua industri dan sektor utama dengan anggaran 500,000 ahli.Pada 2011, ahlinya seramai 802,323 pekerja.

  • Sebelum ini Syed Shahir sebagai Presiden dan G. Rajasekaran sebagai Setiausaha.
  • Pada 2011, Presiden MTUC ialah Khalid Atan dan Setiausaha Agung MTUC ialah Abdul Halim Mansor .

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung tidak sah[sunting | sunting sumber]

Pemilihan jawatan dalam MTUC bagi penggal 2008-2010 yang diadakan pada 18 Disember 2007 bagi jawatan setiausaha agung MTUC, menyalahi Peraturan 6(6) Perlembagaan MTUC. Pada 29 Mei 2008 MTUC memfail saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan bahawa keputusan pengundian bagi jawatan MTUC untuk penggal 2008-2010 pada 18 Disember 2007 adalah tidak sah dan terbatal. Mereka turut memohon supaya MTUC mengadakan mesyuarat khas perwakilan bagi mengadakan semula pemilihan untuk jawatan setiausaha agung dalam tempoh 60 hari mengikut perintah mahkamah.Peguam R.Sivarasa mewakili plaintif iaitu MTUC dan setiausaha agungnya Abdullah Sani Abdul Hamid.Defendan gagal menyediakan senarai perwakilan yang hadir pada pemilihan itu sehingga ke hari ini bagi membolehkan plaintif mengesahkan sekiranya perwakilan berkenaan layak mengundi.

Pada 2 Jun 2009, kes itu didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Ariff Md Yusof .

Peguam D.Kalai yang mewakili Rajasekaran berhujah bahawa berdasarkan kepada amalan MTUC semua perwakilan layak diwakili semasa pemilihan pada 18 Disember 2007.Senarai perwakilan tidak perlu diberi kepada sesiapa kecuali diminta berbuat demikian. Bantahan hanya dibuat selepas sembilan bulan keputusan dibuat.Plaintif juga seharusnya menulis surat kepada MTUC bagi memohon untuk mendapatkan senarai perwakilan itu.Data keahlian dalam komputer tidak dikemaskini.[1]

Bantah Pindaan Akta Kerja 1955[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Oktober 2011, MTUC mendesak Pindaan Akta Kerja 1955 ditarik balik kerana menguntungkan majikan sahaja.Pindaan Akta diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011.Jika tidak, kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor, 5.7 juta pekerja akan menentukan nasib kerajaan dalam PRU13. [2] Presiden MTUC Khalid Atan menyatakan bahawa antara tindakan MTUC ialah mengadakan piket pada 3 Oktober 2011 lalu di hadapan Parlimen. Piket kedua diadakan pada 3 November 2011 di 20 lokasi di seluruh negara.Surat telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri . Memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.Ikhtiar lain ialah membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember 2011.MTUC disokong oleh 107 pertubuhan bukan kerajaan , dalam dan luar negara.

Kesan Pindaan Akta itu ialah memudahkan para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.