MT Bunga Kelana 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Bendera MalaysiaMalaysia
Nama: MT Bunga Kelana 3
Pendaftaran pelabuhan: Malaysia
Pembina: Industri Berat Hyundai, Korea Selatan
Disiapkan: 1998
Dalam perkhidmatan: 1998
Pengenalan: IMO nombor 9178331
Nota: [1]
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal tangki minyak, Kapal bermotor
Jenis: VLCC
Berat (tan): 57,017 tan (tanan kasar)
Panjang: 800.07 ka
Lunas: 137.80 ka
Tinggi: 48.95 ka
Jana kuasa: Skru tunggal, B & W
Halaju: 15 kt
Kapasiti: 105,784 DWT
Nota: [1]

MT Bunga Kelana 3 adalah sebuah kapal tangki minyak jenis Aframax seberat 105,784 dwt milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC). Kapal yang dibina pada tahun 1998 ini digunakan bagi mengangkut petroleum.[2]

Kemalangan di Selat Singapura[sunting | sunting sumber]

MT Bunga Kelana 3 telah berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut pukal di Selat Singapura, 13 km ke tenggara Changi East pada 25 Mei 2010 jam 6.10 pagi.Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan bahawa kapal tangki itu berlanggar dengan kapal pengangkut pukal 'MV Waily' yang berdaftar di St Vincents dan Grenadines di laluan pemisah trafik (TSS) di Selat Singapura, 13 km dari Changi East.

Setakat ini tiada kecederaan di kalangan anak-anak kapal. Kapten kapal tangki menyatakan 2,000 tan metrik minyak mentah mungkin telah tumpah ke laut. Minyak sebanyak 14,660 tong atau 616,000 gelen A.S. itu boleh memenuhi kolam renang bersaiz Olimpik.

Kapal MV Waily milik Treasure Marine berlabuh di Selat Singapura. Kapal MT Bunga Kelana 3 yang berdaftar dengan Malaysia berada kira-kira 7km ke selatan Changi East. Lalu lintas di TSS tidak terjejas tetapi diarahkan supaya lebih berhati-hati. Sekitar 140,000 buah kapal belayar dan singgah di Singapura setiap tahun. Pulau kecil untuk merupakan perhentian kapal terbesar di Asia.

MPA mengarahkan tiga buah kapal lengkap dengan peralatan membersih minyak untuk membersihkan minyak yang tumpah. Stuart Traver dari Gaffney, Cline & Associates di Singapura menyatakan kesan tumpahan 'masih rendah', tidak sama dengan kesan tumpahan di Teluk Mexico. Lebih 5000 minyak mentah milik BP Plc tumpah setiap hari dan merebak hingga ke Louis++ sejak 20 April 2010. Pelantar gerudi Deepwater Horizon di Teluk Mexico membunuh 11 pekerja.[3]

Kapal Bunga Kelana 3 itu milik syarikat Petronas / MISC Bhd membawa minyak mentah dari Bintulu, Sarawak. Terdapat 27 pekerja di dalamnya. Bunga Kelana 3 dibina pada 1998 boleh membawa 105,784 tan cecair. Ada 12 tangki kargo di dalamnya. Kedalamannya 11.4 meter. [4] [5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Jane's Merchant Ships". Dicapai pada 27 Mei 2010.
  2. ^ "Spesifikasi umum kapal tangki MISC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-12. Dicapai pada 2010-05-25.
  3. ^ Tanker Collision Spills 2,000 Tons Oil off Singapore (Update2)
  4. ^ Tanker and bulk carrier collide off Singapore
  5. ^ Kapal Tangki Malaysia Berlanggar Di Selat Singapura
  6. ^ Collision causes oil spill off Singapore coast