MV Faina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MV Faina sideview.jpg
MV Faina seperti dilihat daripada kruiser peluru berpandu A.S USS Vella Gulf.
Karier (Ukraine) Flag of Ukraine.svg
Nama: MV Faina
Pemilik: Waterlux AG[1]
Pengguna: Tomex Team [1]/Kaalbye Shipping Ukraine [2]
Pembina: Lödöse Varv AB
Yard number: 179
Pengenalan: nombor IMO 7419377
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: KM* L3
Tanan: 3,280 panjang tan
Sesaran: 13,650 panjang tan
Drauf: 6.72 m
Kedalaman: 13.35 meter
Kelajuan: 15.0 knot (27.8 km/j atau 17.3 bsj)
Anak kapal: 21

MV Faina (Bahasa Ukraine: Фаїна) adalah sebuah kapal kargo Ukrainian yang berdaftar di Belize.[2] Kapal Faina dimiliki oleh Waterlux AG dari Panama City, Panama, dan diuruskan sama ada oleh anak syarikat Waterlux, Tomex Team di Odessa, Ukraine, atau Kaalbye Shipping Ukraine.[3]

Kapal ini telah dirampas oleh lanun-lanun Somalia pada 25 September, 2008, merupakan kali ke-26 serangan yang serupa dalam tahun 2008.[4] Anak kapal Faina terdiri daripada 17 rakyat Ukrainie, 3 rakyat Russia dan 1 rakyat Latvia, dan di antara mereka adalah seorang budak lelaki yang berusia 14 tahun.[4][5] Pada 28 September 2008, Viktor Nikolsky, Pegawai Pertama kapal Faina, telah mengatakan bahawa Vladimir Kolobkov, kapten kapal yang merupakan seorang rakyat Rusia, telah meninggal dunia disebabkan oleh serangan strok yang disebabkan oleh ketegangan-melampau.[6][7][8]

Rampasan[sunting | sunting sumber]

Foto dari USS Howard menunjukan lanun Somalia dalam bot-bot kecil yang telah merampas kapal MV Faina.

Pada 25 September, 2008, Faina telah dirampas oleh kira-kira 50 orang lanun-lanun Somalia dari Pengawal Pantai Muda Somalia,[2][8] yang juga dikenali sebagai "Pengawal Pantai Wilayah Tengah."[9] Semasa dirampas, kapal ini dikatakan sedang menuju ke Mombasa, Kenya, dari Ukraine dan telah membawa 33 buah kereta kebal T-72 buatan Soviet, persenjataan termasuk roket pelancar grened dan meriam anti pesawat,[4] serta peluru.[10] Lanun-lanun ini mengatakan mereka tidak tahu mengenai kargo kapal semelum merampasnya.[11] Bagaimanapun, lanun ini mendakwa berdasarkan dokumen-dokumen yang dijumpai di atas kapal menunjukan kargo persenjataan akan dihantar ke Juba, Selatan Sudan, dan bukannya ke Kenya mengikut pemahaman awal.[2]

Pihak lanun telah meminta wang tebusan sebanyak AS$ 20 juta (14.4 juta) bagi membebaskan kapal ini, dan berjanji akan berlawan habis-habisan sekiranya diserang.[6] Pada mulanya, lanun ini meminta tebusan sebanyak AS$ 35 juta, tetapi kemudian menurunkan jumlah tuntutan.[12] Lanun-lanun ini dipercayai cuba belayar ke tempat persembunyian di Eyl, Somalia dalam cubaan untuk menurunkan beberapa kargo di sana.[4] Sugule Ali, jurucakap bagi lanun-lanun di atas kapal Faina telah mengatakan "...Tiada masalah kekurangan makanan dan kesemua anak kapal berada dalam keadaan baik dan sihat termasuk kami."[13]

Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Howard, kruiser peluru berpandu Aegis Kelas Ticonderoga USS Vella Gulf,[2] bersama-sama dua buah kapal frigat Tentera Laut Diraja British Type 23,[perlu rujukan] telah cuba menarik perhatian Faina dalam cubaan untuk mengejarnya dalam beberapa ratus ela untuk menghalang lanun dari memunggah keluar kargo kapal.[2] Setakat 1 Oktober, sekurang-kurangnya lima buah kapal perang telah mengepung Faina dan frigat peluru berpandu Rusia Neustrashimy sedang dalam perjalanan.[6] US helicopters[3] dan kapal terbang dari negara yang tidak dikenali berlegar-legar mengelilingi Faina.[14] Kapal-kapal perang dari Amerika Syarikat dan tentera laut daripada negara-negara telah menyekat MV Faina di pantai Somalia, Lautan Hindi.[15] Bagaimanapun, lanun-lanun cuba untuk memunggah keluar senjata-senjata kecil berdekatan kampung Hinbarwaqo, walaupun telah diberi amaran tidak melakukannya oleh kapal-kapal tentera laut yang mengepungnya.[16]

Di atas kapal, ketegangan dilaporkan semakin memuncak dan pertelingkahan di antara lanun-lanun yang bermusuhan telah menyebabkan tiga orang lanun meninggal dunia.[17] Walaubagaimanapun, laporan ini telah dinafikan oleh lanun, sebaliknya menyatakan mereka sedang menyambut Eid ul-Fitr, dan sedang"...bergembira di atas kapal, dan kami sedang merayakannya."[8]

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Rusia, Somalia, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat sedang bekerjasama untuk merampas kembali kapal.[6]

Kenya telah mengatakan bahawa mereka enggan bekerjasama atau berunding dengan launun-lanun.[6]

Kementerian Perikanan Puntland, Ahmed Said Aw-nur menyokong untuk mengempur Faina dengan menggunakan komando-komando daripada negara Eropah atau Amerika, berkata, "Operasi ketenteraan mesti di lakukan."[7] Pada 1 Oktober, Mohammed Jammer Ali, pemangku Kementerian Luar Somalia berkata, "Komuniti antarabangsa dibenarkan untuk bertempur dengan lanun-lanun."[18]

Kumpulan insurgensi Somalia Al-Shabaab telah menasihatkan lanun-lanun agar "membakar hangus kapal dan persenjataannya atau menenggelamkannya" sekiranya wang tebusan tida dibayar.[19]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "WATERLUX AG". rs-head.spb.ru. http://www.rs-head.spb.ru/regbook/cd_eng/own_a/21/21677.htm. Capaian 2008-10-01. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Kekeliruan timbul ekoran pemilikan ke atas kargo persenjataan Ukrainie yang dirampas", Xinhua, 2008-09-29. Dicapai pada 2008-09-29. 
  3. 3.0 3.1 Kennedy, Elizabeth A.. "Tentera Laut A.S melihat kapal yang dirampas dengan kereta kebal Sudan", AP, 2008-09-29. Dicapai pada 2008-09-29. 
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 "Pirates call all the shots", Sunday Herald. Dicapai pada 2008-09-29. 
  5. Wadhams, Nick. "Lanun-lanun Somalia' Rampasan luar jangkaan: Kereta kebal Rusia", TIME, September 26, 2008. Dicapai pada 2008-09-28. 
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 "Lanun-lanun meminta jutaan wang tebusan", Sky News. Dicapai pada 2008-09-29. 
  7. 7.0 7.1 Gettleman, Jeffrey. "Ketegangan memuncak di atas rampasan kapal di luar pantai Somalia", New York Times, 2009-09-28. Dicapai pada 2008-09-29. 
  8. 8.0 8.1 8.2 Hassan, Mohamed Olad. "Lanun-lanun mengatakan mereka menyambut hari kelepasan Islam di atas kapal", AP, 2008-09-30. Dicapai pada 2008-09-30. 
  9. Gettleman, Jeffrey, Sesi soal jawab dengan lanun: “Kami hanya mahukan wang”, The New York Times (1 Oktober, 2008) http://thelede.blogs.nytimes.com/2008/09/30/q-a-with-a-pirate-we-just-want-the-money/
  10. Gettleman, Jeffrey. "Lanun Somalia merampas kereta kebal dan notis global", The New York Times, September 26, 2008. Dicapai pada 2008-09-28. 
  11. "Jurucakap lanun: Kami mahukan wang, bukannya senjata", Free Press, 2008-09-30. Dicapai pada 2008-10-01. 
  12. "US destroyer guardsship [sic] seized by pirates", The Independent, 2008-09-29. Dicapai pada 2008-09-29. 
  13. Pflanz, Mike. "US warship challenges Somalia pirates", Telegraph, 2008-09-28. Dicapai pada 2008-09-29. 
  14. Hassan, Mohamed Olad. "Lanun-lanun Somalia mahukan wang tebusan AS$ 20 juta; anak kapal meninggal dunia", AP, 2008-09-28. Dicapai pada 2008-09-29. 
  15. "US Navy plays waiting game with surrounded Somali pirates", AFP, 2008-10-01. Dicapai pada 2008-10-01. 
  16. Crilly, Rob. "Islamis merampas persenjataan dari kapal yang dirampas di Somalia", Times, 2008-09-29. Dicapai pada 2008-09-29. 
  17. "Tiga orang lanun ditembak mati dalam drama rampasan kapal", The Standard, 2008-09-30. Dicapai pada 2008-09-30. 
  18. Hassan, Mohamed Olad. "Somalia: Dunia boleh menggunakan kekerasan bagi menentang lanun-lanun", AP, 2008-10-01. Dicapai pada 2008-10-02. 
  19. "Islamis Somalia memberitahu lanun-lanun supaya memusnahkan kapal senjata Ukrainie", AFP, 2008-09-02. Dicapai pada 2008-10-03. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]