MYTV Broadcasting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MYTV Broadcasting
Jenis/bentuk sahKerajaan dan swasta
IndustriPenyiaran, penyedia saluran televisyen digital terestrial
Ditubuhkan19 November 2014; 9 tahun yang lalu (2014-11-19) di Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Ibu pejabatCyberjaya, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Tokoh penting
KeluaranPenyiaran televisyen
PemilikAltel Holdings
Tapak webwww.mytvbroadcasting.my
www.mana2.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.[1] atau MYTV adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan televisyen digital bebas ke udara dan radio digital untuk Malaysia. Syarikat ini adalah usaha sama antara Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia.[2] Perkhidmatan MYTV terdiri daripada digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menjanjikan pelbagai saluran televisyen percuma kepada penonton tanpa perlu membayar yuran bulanan. Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma. Kotak atas set dan dekoder HD akan diberi secara percuma kepada penerima BR1M.

Sejarah

Latar Belakang Syarikat

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) adalah pemegang lesen yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan TV Terestrial Digital atau Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia, dalam merealisasikan penghijrahan penyiaran terrestrial analog ke digital ke seluruh negara dengan membina dan mengendalikan sistem myFreeview untuk selama 30 tahun akan datang.[3]

Inisiatif ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah badan yang mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek ini.

Melalui projek DTT ini, infrastruktur dan rangkaian kemudahan yang akan dibangunkan oleh MYTV adalah termasuk hab multimedia digital dan rangkaian pemancar digital TV berkuasa tinggi, sederhana dan rendah yang mampu menampung sehingga 39 definisi standard atau 13 definisi tinggi saluran TV digital di peringkat awal. Pada peringkat akhir migrasi ke digital, dijangkakan 75 peratus liputan untuk antena dalam rumah mudah alih dan 25 peratus antena di atas bumbung akan dicapai di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada proses migrasi DTT ini, sewaktu tempoh siaran serentak (simulcast) mencapai sehingga 98% liputan penduduk, iaitu tempoh di mana kedua-dua analog dan isyarat digital dipancarkan ke kediaman di seluruh Malaysia, MYTV adalah komited untuk menyediakan kapasiti saluran secara percuma kepada penyiar sedia ada dan Pembekal Kandungan, Aplikasi dan Perkhidmatan (CASPs). Dalam membawa DTT ke seluruh negara juga, MYTV akan menggunakan semua spektrum RF yang sedia ada dengan penggunaan 8 MUXs dan juga dengan pelaksanaan strategi “luar ke dalam” atau “outside-in”, di mana penumpuan awal adalah diberikan kepada kawasan luar bandar dalam memancarkan isyarat DTT.

Dalam memastikan bahawa DTT akan mencapai sekurang-kurangnya 98 peratus isi rumah di Malaysia menjelang 2016, MYTV juga komited untuk membekalkan secara percuma sebanyak dua juta Peralatan Premis Pelanggan atau Consumer Premise Equipment (CPE) yang terdiri dari satu dekoder, antena dan alat kawalan jauh kepada penerima yang layak, berdasarkan senarai yang disediakan oleh Kerajaan. Teknologi DVB -T2 Lite juga akan digunakan sepenuhnya oleh MYTV untuk menguasai pasaran pengguna peralatan mudah alih menjelang tahun 2019.

MYTV tidak membangun atau membekalkan kandungan. Sumber pendapatan utama MYTV adalah dari perkhidmatan kapasiti saluran utama dan perkhidmatan yang ditambah baik (enhanced services) untuk CASPs/ASPs melalui perkhidmatan yang berteraskan 5 tunggak atau dikenali sebagai 5-Pillar Services ("5PS"). Perkhidmatan ini telah direka untuk menjana pendapatan bukan sahaja untuk MYTV, tetapi untuk pemilik saluran dan pihak media yang lain untuk mempunyai peluang sumber pendapatan yang baru dan tidak lagi perlu untuk bergantung semata-mata kepada kaedah pengiklanan tradisional.

Antara perkhidmatan 5Ps adalah Perkhidmatan TV (Pengiklanan EPG, Saluran TV Percuma, Aplikasi Butang Merah dll), Perkhidmatan Radio, Perkhidmatan Berkaitan Internet (seperti Tayangan Bebas Masa, TV Sesawang, Permintaan Video dll), Pekhidmatan Aplikasi dan Dagang (membeli-belah dari rumah, Khidmat Pesanan dll) dan Perkhidmatan Sampingan seperti antara lainnya Aplikasi e-Pembelajaran, TV Media Sosial, Undian dan Talian Hotline.

MYTV juga adalah ahli kepada National Digital Taskforce (NDTF) dan Broadcasters’ Alliance (BA), yang merupakan kumpulan yang dibentuk oleh penyiar saluran TV percuma di Malaysia bagi tujuan penghijrahan DTT. Di bawah BA, MYTV telah ditugaskan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penghijrahan DTT, termasuklah dalam kerterlibatan pemimpin tempatan dan kerajaan.

Visi Nasional Untuk TV Terestrial Digital (DTT)

Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma.

Manfaat kepada negara

Merangsang pertumbuhan ekonomi, Peluang Pekerjaan

Dengan penghijrahan ke platform digital, spektrum yang bernilai adalah dibebaskan yang boleh diagihkan semula untuk perkhidmatan lain seperti jalur lebar mudah alih generasi akan datang dan teknologi tanpa wayar. DTT juga membantu dalam perkembangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menawarkan pelbagai peluang kepada industri kandungan tempatan dan kreatif untuk maju lagi ke hadapan.

Manfaat untuk pengguna

Kualiti TV yang lebih baik

DTT menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik dan gambar yang lebih jelas, terang dan tanpa gambar berbalam, bertindih (“ghosting”) atau gangguan. Tidak seperti satelit, DTT tidak akan terjejas oleh cuaca. Sama ada hujan atau panas, penonton dapat menonton siaran tanpa sebarang gangguan.

Lebih banyak pilihan

DTT boleh menampung lebih banyak saluran berbanding dengan perkhidmatan analog. Ia juga mampu menawarkan ciri-ciri tambahan lain seperti panduan program elektronik, sarikata pelbagai bahasa serta siaran TV berkualiti definisi tinggi (HDTV). Penonton akan menikmati lebih banyak saluran dan kemudahan tanpa perlu membayar yuran langganan. Selain daripada kos awal bagi mendapatkan dekoder yang juga dikenali sebagai set-top box (STB), pengguna hanya perlu membuat bayaran yang minima atau tiada bayaran langsung untuk menerima DTT.

Lebih ketersambungan

DTT menggunakan aerial UHF sedia ada dan tidak memerlukan apa-apa pemasangan kabel atau sebarang piring satelit. Siaran dapat diterima dengan cepat oleh penonton kerana ia disiarkan dari stesen transmisi UHF yang berdekatan melalui sambungan talian telefon yang sedia ada yang membuka laluan untuk interaktiviti. Melalui panduan program elektronik (EPG), DTT menawarkan penonton akses untuk perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli-belah dari rumah (home shopping), e-perbankan, perkhidmatan e-kerajaan dan akses kepada perkhidmatan internet asas.

Dengan merapatkan jurang antara mereka yang mempunyai akses kepada teknologi dan mereka yang tiada, DTT akan menghubungkan kawasan luar bandar dan pedalaman dan membantu untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia.

Manfaat kepada penyiar

Lebih pilihan, lebih interaktiviti

Oleh kerana isyarat digital menggunakan spektrum yang sedikit dan adalah lebih efisyen daripada isyarat analog, DTT membolehkan penyiar menawarkan pelbagai saluran baru dan perkhidmatan interaktif. Liputan juga boleh disesuaikan sama ada untuk siaran tempatan, serantau atau nasional tidak seperti satelit di mana adalah sukar untuk menghadkan liputan walaupun dalam negara-negara tertentu.

Peluang yang cerah untuk mengembangkan perniagaan

Melalui perkhidmatan yang lebih baik yang ditawarkan serta ciri-ciri interaktif, DTT menawarkan penyiar pelbagai peluang baru, bidang berpotensi untuk dibangunkan dan sumber pendapatan baru.

Pengurangan kos infrastruktur

Dengan DTT, kos perbelanjaan kapital dijangka akan dikurangkan kerana tiada keperluan untuk menyediakan kabel gentian sepaksi hibrid (hybrid fibre coaxial cables), menyewa transponder tambahan atau keperluan untuk melancarkan satelit baru. Dengan pengurangan kos infrastruktur, penyiar dapat menumpukan sumber kewangan mereka untuk usaha penerbitan kandungan. Ini juga akan menggalakkan peserta baru untuk menceburi industri penyiaran termasuk pemilik saluran butik yang sedang mencari cara untuk mendekati dan berhubung dengan kumpulan penonton khas sasaran mereka.

Dengan penggunaan DVB - T2 oleh Malaysia, iaitu teknologi digital yang terkini dan paling maju di pasaran, penyiar juga akan dapat bersiaran melalui aset mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aset bergerak seperti skrin televisyen di kereta api, bas dan kereta dalam fasa seterusnya.

Senarai saluran televisyen MYTV

Saluran televisyen MYTV yang masih bersiaran

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran televisyen terestrial digital dalam HD. Terdapat 15 saluran televisyen digital yang bersiaran secara sah di MYTV. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi Malaysia)

No. Saluran Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana
101HD TV1 Radio Televisyen Malaysia Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan bual bicara 24 jam dalam HD. Ya
102HD TV2 Radio Televisyen Malaysia Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan hiburan sekeluarga 24 jam dalam HD. Ya
103HD TV3 Media Prima Saluran terestrial swasta umum berbahasa Melayu 24 jam dalam HD. Tidak
107 NTV7 Media Prima Saluran terestrial swasta umum bagi golongan urban 24 jam. Tidak
108HD 8TV Media Prima Saluran terestrial swasta umum berbahasa Cina 24 jam dalam HD. Tidak
109 TV9 Media Prima Saluran terestrial swasta umum bagi golongan belia 24 jam berbahasa Melayu. Tidak
110HD TV Okey Radio Televisyen Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan gaya hidup 24 jam dalam HD. Ya
111HD Sukan RTM Radio Televisyen Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan sukan 24 jam dalam HD. Ya
112HD Awesome TV Awesome Media Network Sdn Bhd Saluran digital terestrial swasta umum 24 jam dalam HD. Tidak
113HD TV6 Radio Televisyen Malaysia Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan filem, siri dan lagu klasik 24 jam dalam HD. Ya
114HD TV AlHijrah AlHijrah Media Corporation Saluran terestrial berunsurkan Islam pertama 24 jam dalam berbahasa Melayu dalam HD. Ya
116HD SUKE TV DNF Group Sdn Bhd Saluran digital terestrial milik DNF Group Sdn Bhd 24 jam dalam HD. Ya
121HD Bernama TV Bernama Saluran digital terestrial berita 24 jam milik Bernama dalam HD. Ya
122HD TVS Sarawak Media Group Saluran digital terestrial milik Sarawak Media Group 24 jam dalam HD. Ya
123HD Berita RTM Radio Televisyen Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan berasaskan berita 24 jam dalam HD. Ya

Saluran televisyen MYTV yang bersiaran secara online

Kini terdapat 10 saluran televisyen digital yang bersiaran secara online (free online live TV) di aplikasi MYTV Mana-Mana secara percuma. [4]

Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana
TVRI Nasional Televisi Republik Indonesia Saluran digital terestrial kerajaan Indonesia umum berasaskan gaya hidup 24 jam dalam HD. Ya
TVRI World Televisi Republik Indonesia Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan sukan 24 jam dalam HD. Ya
TV IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia Saluran digital terestrial kerajaan Indonesia berasaskan berunsur Islam 24 jam dalam HD. Ya
MotorRacing TV Saluran perlumbaan motor dan kereta 24 jam dalam HD. Ya
Horizon Sports Saluran sukan dan kesihatan 24 jam dalam HD. Ya
My Cinema Europe Saluran wayang filem 24 jam dalam HD. Ya
Selangor TV Media Selangor Sdn Bhd Saluran digital terestrial milik Media Selangor Sdn Bhd dalam HD. Ya
CNA Mediacorp Saluran digital terestrial kerajaan Singapura berasaskan berita di antarabangsa 24 jam dalam HD. Ya
DW English Deutsche Welle Saluran digital terestrial kerajaan Jerman berasaskan berita di antarabangsa 24 jam dalam HD. Ya
Taiwan Plus Public Television Service Saluran digital terestrial kerajaan Taiwan berasaskan berita di antarabangsa 24 jam dalam HD. Ya
MYTV MYTV Broadcasting Sdn Bhd Saluran digital terestrial khas berkaitan dengan MYTV 24 jam dalam HD. Ya

Saluran radio MYTV

Terdapat 17 saluran radio yang bersiaran secara sah di MYTV. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi Malaysia)

No. Saluran Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana
701 Nasional FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu. Ya
702 TraXX FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Inggeris. Ya
703 Minnal FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa India. Ya
704 Ai FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Cina. Ya
705 Radio Klasik Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu. Ya
706 Asyik FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Orang Asli). Ya
707 Sabah FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sabah Ya
708 Sabah V FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sabah Ya
709 Sarawak FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk Sarawak Ya
710 Wai FM Radio Televisyen Malaysia Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Iban) untuk Sarawak Ya
711 Bernama Radio Bernama Radio separa kerajaan milik Bernama berbahasa Melayu Ya
712 Hot FM Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu. Ya
713 Fly FM Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Inggeris. Ya
714 Molek FM Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu untuk Pantai Timur. Ya
715 Eight FM Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Cina. Ya
716 Kool 101 Media Prima Berhad Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu. Ya
726 Manis FM Husa Network Sdn Bhd Radio terestrial swasta milik Husa Network Sdn Bhd berbahasa Melayu untuk Pantai Timur Ya

Saluran radio MYTV yang bersiaran secara online

Terdapat 4 saluran radio digital yang bersiaran secara online di aplikasi MYTV Mana-mana secara online

Nama Saluran Pemilik Huraian MYTV Mana Mana
Radio IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia Radio terestrial separa kerajaan berasaskan berunsur Islam berbahasa Melayu. Ya
988 FM Star Media Radio Group Radio terestrial swasta umum berbahasa Cina. Ya
Best FM Suara Johor Sdn Bhd Radio terestrial swasta milik Suara Johor Sdn Bhd umum berbahasa Melayu. Ya

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Laman utama MYTV". MYTV Broadcasting. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2022. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  2. ^ http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/19/MyTV-inks-RM1bil-accord-with-TM-It-is-to-provide-digital-terrestrial-television-services-in-the-coun/?style=biz
  3. ^ PM launches myFreeview digital broadcast, 4.2m decoders to be given free.
  4. ^ https://www.mana2.my/

Pautan luar