Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum
Lokasi
Kompleks MATAQU Jalan Nenas Tanah Gantian Sg. Tua, Pinggiran Batu Caves, 68100 Batu Caves,, Selangor]
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahMaahad Tahfiz
Ditubuhkan1423 Hijrah
Kod sekolahBZH7007 (Jakim)[1]


Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum atau Madrasah Qasimul Ulum (MQU) diasaskan pada akhir tahun 1423 Hijrah sebagai sebuah madrasah integrasi tahfiz dan akademik. Pengasasnya adalah Tuan Haji Alauddin bin Ishak. Nama Qasimul Ulum telah diberikan oleh penasihat madrasah ini, Ustaz Muhammad Razif Bin Abd. Wahab.

Qasimul Ulum bermakna"Pembahagi Ilmu", merujuk kepada matlamat madrasah ini untuk membentuk golongan ulama' amilin dan huffaz profesional yang akan meneruskan tradisi menyebarkan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah. Nama MQU kini telah ditukarkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum atau singkatannya MATAQU.

Dari jumlah yang kecil pada peringkat awal yakni seramai 15 orang pelajar dan 2 orang guru, MATAQU kini telah berkembang dengan mempunyai lebih dari 200 pelajar dan 30 orang guru.

Sesi pengajian juga telah berkembang dari peringkat tadika sehingga ke pengajian ulum tinggi. Pengajian di MATAQU bermula dari 7.30pagi sehingga 5.30petang. Sebelah pagi sesi pengajian tahfiz dan sebelah petang sesi pengajian diniah dan akademik.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum
Kompleks MATAQU Jalan Nenas
Tanah Gantian Sg. Tua
68100 Pinggiran Batu Caves
Selangor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]