Maahad Al Ehya Asshariff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maahad Al-Ehya Al Shariff)
Maahad Al Ehya Asshariff
SMA Maahad Al Ehya Asshariff
Bangunan lama Maahad Al-Ehya Al Shariff
Lokasi
Gunung Semanggol, 34400 Simpang Empat Semanggol, Kerian, Perak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahMadrasah, sekolah menengah
Ditubuhkan15 April 1934
PengasasAbu Bakar al-Baqir
Autoriti pendidikanPPD Kerian
Nombor sekolah6058901017
Kod sekolahAFT3005
PengetuaAhmad Jahid Mamduh Shahar Murshid
Faks6058905524


Maahad Al Ehya Asshariff atau nama rasmi Sekolah Menengah Agama Maahad Al Ehya Asshariff ialah sebuah madrasah dan sekolah menengah di Perak, Malaysia. Ia terletak di Gunung Semanggol, dalam daerah Kerian. Ia terletak bersebalah dengan Sekolah Rendah Islam Al Ehya Asshariff.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Al Ehya Asshariff ditubuhkan sebagai sebuah madrasah pada 15 April 1934 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir.[1] Pada 1940, statusnya sebagai madrasah diubah menjadi maahad.[2] Pada zaman pentadbiran Jepun, maahad ini dapat bergerak seperti biasa kerana ia dilindungi Penasihat Adat Istiadat Melayu di Markaz Tentera Jepun di Taiping, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selepas Perang Dunia Kedua, maahad ini telah terlibat dengan kegiatan politik sehingga mudirnya, Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditahan di bawah Ordinan Darurat 1948 selama empat tahun sehingga 1952.[2]

Maahad ini pernah menjadi pusat gerakan Islam prakemerdekaan bagi Tanah Melayu. Ia menjadi tempat penganjuran persidangan orang Islam seperti Persidangan Ekonomi-Agama pada 23-24 Mac 1947 yang berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA).[2] Ia juga menjadi tempat penubuhan parti politik orang Islam, Hizbul Muslimin pada 1948.

Status dan badan pengurus[sunting | sunting sumber]

Selepas kemerdekaan, maahad ini diuruskan sebagai sekolah agama rakyat (SAR). Pada 2006, ia memasuki aliran perdana sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dengan nama Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Ehya Asshariff.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Maahad Al Ehya Asshariff
Gunung Semangggol
34400, Semanggol
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058901017
Fax = 6058905524

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Badruddin, Mohd Nasif (2017-05-27). "Jasa Al-Ehya [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-26.
  2. ^ a b c "Ensiklopedia Harian PAS – Maahad Al-Ehya As-Syariff Gunung Semanggol: Pusat Kebangkitan Gerakan Islam". 16 Januari 2017. Dicapai pada 26 Disember 2023.