Maahad Muhammadi Lelaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maahad Muhammadi Lelaki (MML) ialah sebuah sekolah menengah agama arab terkemuka di Kelantan yang terletak di jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan sebahagian daripada Maahad Muhammadi. Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berpusat di Nilam Puri. Sekolah ini menjalankan pendidikan multisistem atau lebih senang dikenali dengan istilah serampang dua mata dan mempunyai misi penting dalam menghasilkan intelektual berilmu agama di samping ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.

Isi kandungan

Sejarah MML [sunting]

Nama Maahad Muhammadi memang tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama', cendikiawan, negarawan, usahawan, teknokrat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. 1 April 1937 merupakan tarikh keramat bagi warga Maahad Muhammadi kerana tarikh tersebut merupakan tarikh penubuhan Maahad Muhammadi. Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis bersamaan 20 Muharram 1356 dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim

Falsafah, visi dan misi MML [sunting]

Falsafah MML [sunting]

Maahad Muhammadi Lelaki merupakan sebuah sekolah agama (arab) Kerajaan Negeri Kelantan yang terbesar. Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian dan kualiti pelajar dalam menyediakan pelapis kepimpinan negara hari ini. Berbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti Maahad Muhammadi Lelaki, antaranya menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki sebagai sebuah sekolah An-Namuzaji. Berdasarkan pencapaian dan kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, memang wajar Maahad Muhammadi Lelaki diletakkan sebagai sekolah An-Namuzaji. Oleh itu, bagi meralisasikan harapan ini kerjasama dari semua pihak adalah perlu termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan pihak kerajaan sendiri harus memberikan perhatian dan sokongan yang padu kepada Maahad Muhammadi Lelaki.

Visi MML [sunting]

Merealisasikan Falsafah & Matlamat Pendidikan YIK.

Misi MML [sunting]

Maahad Muhammadi Lelaki beriltizam untuk menjadi sebuah model institusi ilmu (mithali) terulung yang membangunkan sektor pendidikan sepadu dan menawarkannya untuk menggerak seluruh potensi pelajarnya bagi melahirkan generasi rabbani melalui program pendidikan terancang berteraskan Islam dan tradisi ilmunya.

Badan Utama di MML [sunting]

  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Badan Asrama MML (BAMML)
  • Badan Pengawas (BP)
  • Badan Latihan & Kepemimpinan Islam (BALKIS)
  • Badan Kaunseling & Kerjaya

Cawangan [sunting]

Syarat kemasukan [sunting]

Syarat kemasukan bagi tingkatan 1 [sunting]

Sekolah-sekolah Kawalan Kerajaan Kelantan [sunting]

  • Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
  • Maahad Muhammadi Perempuan (MMP)
  • Maahad Tahfiz Sains (MTS)
  • Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ)
  • Maahad Azhariah
  • Maahad Sulaimiyah

Syarat permohonan [sunting]

  • Murid-murid tahun 6 SK / SRK / SRJK / SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 1999 (usia 13 tahun) adalah layak untuk memohon masuk ke Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
  • Keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A 1B.
  • Permohonan boleh dibuat di Maahad Kawalan berkenaan.
  • Borang permohonan boleh didapati di Maahad berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.

Ujian kemasukan [sunting]

  • Ujian lisan (membaca) yang ditetapkan oleh pihak Maahad.
  • Ujian bertulis
  • Pemohon dikehendaki membawa slip asal keputusan UPSR.

Perkara yang diuji [sunting]

  • Ujian membaca
    • Al-Quran - 60 markah
    • Jawi - 40 markah
  • Ujian bertulis
    • Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  • Ujian hafazan
    • Hafazan Al-Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)
  • Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat Maahad sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.

Pautan luar [sunting]