17 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mac 17)
| << | Mac 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
| MMXII | ||||||
17 Mac merupakan hari ke-76 (hari ke-77 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 289 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Santo Patrick.
[sunting] Peristiwa
- 45 SM - Perang saudara Caesar: Julius Caesar mencapai kemenangan ketenteraan terakhirnya dalam Pertempuran Munda, menewaskan angkatan tentera Optimat yang diketuai Titus Labienus dan Pompey si Lebih Muda.
- 624 - Sejarah Islam: Orang-orang Muslim Madinah menewaskan orang-orang Quraisy Makkah di Badar, Arab Saudi kini.
- 1776 – Revolusi Amerika: Tentera British mengosongkan Boston, Massachusetts setelah George Washington dan Henry Knox menghalakan meriam ke arah bandar tersebut.
- 1950 - Penemuan kalifornium, salah satu unsur transuranium radioaktif, diumumkan penyelidik Universiti California, Berkeley.
- 1957 - Sebuah pesawat Douglas C-47 terhempas di lereng Gunung Manunggal, mengorbankan Presiden Filipina Ramon Magsaysay dan 24 orang lagi.
- 1958 - Satelit pertama berkuasa suria, Vanguard 1 (gambar) dilancarkan. Ia merupakan objek dilancarkan manusia terlama yang masih mengelilingi Bumi hari ini.
- 1969 - Golda Meir daripada Parti Buruh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Israel.
- 2000 – Lebih 800 ahli kultus Gerakan Pemulihan Sepuluh Rukun Tuhan di Uganda terkorban dalam apa yang dilihat sebagai pembunuhan/bunuh diri beramai-ramai yang diatur oleh para ketua kultus ini.
- 2004 – Pergolakan di Kosovo: Lebih 22 orang terbunuh, 200 lagi cedera, serta musnahnya 35 tempat suci Ortodoks Serbia di Kosovo dan dua masjid di Belgrade dan Nis.
- 2008 – Gabenor New York Eliot Spitzer meletak jawatan setelah terlibat dalam skandal yang melibatkan pelacur golongan atasan. Jawatannya diambil alih oleh Leftenan Gabenor David Paterson.
- 2009 – Bekas datuk bandar Antananarivo Andry Rajoelina dilantik oleh tentera Madagaskar sebagai Presiden, menggantikan Marc Ravalomanana.
- 2010 – Tapak Warisan Dunia Uganda Kuburan Kasubi (gambar), di mana raja-raja Buganda dikuburkan, musnah terbakar.
- 2011 – Perang saudara Libya: Majlis Keselamatan PBB menerima Resolusi 1973, membenarkan campur tangan ketenteraan bagi melindungi orang awam di Libya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||