22 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mac 22)
| << | Mac 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 | ||||||
| MMXIII | ||||||
22 Mac merupakan hari ke-81 (hari ke-82 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 284 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Air Sedunia.
Peristiwa [sunting]
- 238 - Gordian I dan Gordian II diisytiharkan sebagai Maharaja Rom.
- 1765 - Parlimen Great Britain meluluskan Akta Setem, menghendaki bahan bercetak di Tiga Belas Jajahan, Amerika Utara British memiliki setem hasil, memperhebatkan lagi gerakan pemisahan.
- 1784 - Buddha Zamrud dipasang di Wat Phra Kaew yang terletak di halaman Istana Agung di Bangkok, Thailand.
- 1945 - Liga Arab (gambar lambang) diasaskan oleh 7 buah negara Arab: Arab Saudi, Iraq, Lubnan, Mesir, Syria, Transjordan dan Yaman.
- 1995 - Angkasawan Rusia daripada Rancangan Soyuz Valeri Polyakov kembali dari stesen angkasa Mir selepas 437 hari di angkasa lepas, dan mencipta rekod penerbangan angkasa lepas paling lama.
- 2004 - Helikopter Apache Israel menembak peluru berpandu AGM-114 Hellfire ke arah pengasas bersama Hamas Ahmed Yassin, membunuh beliau, dua pengawal serta sembilan orang awam.
- 2008 - Ma Ying-jeou dilantik sebagai Presiden Republik China di Taiwan.
- 2010 - Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China.
- 2012 - Presiden Mali Amadou Toumani Touré digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
Kelahiran [sunting]
- 1962 - Zambry Abdul Kadir, seorang Menteri Besar Perak ke-12 dan 14
Kematian [sunting]
- 2004 - Syeikh Ahmed Yassin, pengasas bersama Hamas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||